Kadang-kadang ibu bapa leka dengan perkara yang remeh seperti memastikan kebersihan diri ketika mengendali bayi sendiri. Inilah pengajaran perit bagi seorang ayah apabila dia hampir kehilangan anak akibat penyakit RSV pada bayi.
RSV adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.
“Kerana penyakit RSV, kami hampir kehilangannya…”
Seorang ayah yang berasal dari Memphis, Tennessee telah berkongsi di Imgur tentang kisah anaknya yang terjangkit penyakit RSV dan menegaskan kepentingan amalan mencuci tangan.
Apabila orang dewasa terjangkit penyakit RSV, tanda-tandanya sama seperti selesema biasa dan orang itu akan pulih dalam masa 1 minggu.
Tapi situasi ini tidak sama jika berlakunya penyakit RSV pada bayi, kerana keadaan mereka boleh bertambah teruk sehingga menjadi pneumonia (radang paru-paru) dan bronkitis (radang pada salur bronkus).
Bayi perempuan tersebut, mula-mulanya dimasukkan ke dalam wad kerana menghidap penyakit meningitis. Kemudian bayi perempuan itu telah terjangkit RSV dan keadaannya bertambah teruk sehingga terpaksa dipindah ke hospital yang lain.
“Pihak hospital berkata, jika keadaan anak saya semakin parah, mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa lagi.”
Penyakit RSV pada bayi: Pencegahan yang sangat mudah
Sambungan dari perkongsiannya di Imgur, ayah itu memberi amaran
“Jangan menganggap penyakit RSV sebagai penyakit yang remeh. Sebelum ini saya tidak tahu bahayanya penyakit RSV pada bayi sehingga ia hampir meragut nyawa anak saya. Pastikan anda membasuh tangan sebelum memegang bayi anda.“
Penyakit tersebut boleh berjangkit dengan sangat mudah, dan boleh tersebar apabila pesakit itu batuk ataupun bersin.
Virus ini juga boleh bertahan sambil menunggu mangsa di pelbagai permukaan barang kegunaan harian seperti troli di pasar raya.
Disebabkan penyebaran penyakit ini yang sangat mudah, amalan mencuci tangan dengan kerap adalah salah satu langkah pencegahan yang sangat baik.
Jadi jangan pandang ringan atau leka untuk mencuci tangan anda sebelum mengendalikan bayi yang kecil.
Ingat! Walaupun tangan kelihatan bersih, kita masih tidak boleh melihat jangkitan yang mungkin ada.
Lagipun sistem imun seorang bayi masih lemah dan mereka senang terjangkit jika terdedah kepada penyakit. Utamakan kebersihan untuk kesejahteraan and kesihatan keluarga.
Sumber: theAsianparent Indonesia, Parents
Baca juga:
Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!