Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

Seorang ibu berkongsi cerita tentang jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi. Ia membantu menyebarkan kesedaran di kalangan ibu ayah lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah pasti sudah tahu betapa mudahnya penyakit tangan kaki mulut berjangkit pada bayi anda yang suci. Oleh sebab itu, kita perlu sering mengambil langkah pencegahan di mana kita membasuh tangan si kecil selepas mereka bermain di tempat awam atau berkongsi mainan dengan kanak-kanak lain.

Namun, perkara seperti jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut masih boleh terjadi, seperti yang berlaku pada ibu ini.

Dia membuatkan kita berfikir banyak kali, terutamanya apabila ia melibatkan jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi, turut dikenali sebagai HFMD!

Penyakit tangan kaki mulut - Peringatan daripada seorang ibu

Seorang ibu, Amrina Meena, baru-baru ini ada berkongsi di FB tentang pengalamannya. Ibu ayah, mari ambil perhatian ya.

Ibu ini membawa anaknya, Airil, ke sebuah restoran untuk makan malam, tetapi si kecilnya jatuh sakit keesokkan harinya, akibat terkena jangkitan HFMD.

Kredit: FB Amrina Meena

Beliau menulis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Mama syak kerusi baby inilah sebab mengapa Airil terkena virus HFMD...sebab esoknya Airil demam. Silap mama sebab tidak bawa baby wipes malam itu. Kerusi pun tak nampak kotor, so mama tidak mengelapnya."

Mama Amrina juga menyebut yang selepas ini, dia akan lebih berhati-hati. Beliau akan mengelap dahulu mana-mana kerusi sebelum dan selepas duduk.

Selain itu, beliau turut menasihatkan ibu ayah lain supaya mengelakkan daripada tempat awam semasa musim jangkitan HFMD ini. Malah, jika terkena jangkitan, mereka perlu dikuarantin.

Jika anak didapati tidak sihat, anda perlu menghantarnya berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada dia terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut.

Elakkan juga daripada pergi ke restoran, taman permainan, pasaraya dan pusat membeli-belah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: FB Amrina Meena

Walaupun begitu, anaknya Airil telah pun sembuh. Menurutnya, beliau menyapu minyak kelapa (vco) dan memberikannya sedikit kepada si kecil.

Terima kasih Mama Amrina kerana berkongsi pengalaman anda dan menimbulkan kesedaran. Kami harap Airil segera sembuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Tanda, simptom dan langkah pencegahan

Kredit: Nus News

Antara tanda pertama jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi adalah:

  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit tekak
  • Rasa tidak sihat

Simptom ini kemudiannya diikuti oleh:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ulcer yang pedih pada mulut, tekak dan lidah
  • Ruam atau biji kecil pada tapak tangan, kaki dan punggung
  • Muntah dan cirit-birit 

Walaubagaimanapun, simptom ini mungkin tidak terjadi kepada semua orang. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan simptom berikut. Tetapi, mereka masih boleh menyebarkan virus.

HFMD adalah jangkitan virus

Disebabkan ia adalah berpunca daripada jangkitan virus, maka tiada rawatan yang spesifik yang boleh diambil.

Melainkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta pengawalan demam pada bayi atau kanak-kanak.

Selalunya, anak kecil akan sembuh dalam masa seminggu jika terkena jangkitan tangan kaki dan mulut pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah, anda perlu ingat perkara berikut:

  • Galakkan anak minum air: Berikan anak anda sedikit air (lebih kurang 10-30 ml setiap kali) seperti air kosong setiap setengah jam sepanjang hari.
  • Berikan makanan sejuk seperti aiskrim, popsicle, atau sorbet untuk mengurangkan rasa sakit, terutamanya jika anak anda sukar untuk menelan.
  • Pastikan bintiknya bersih dan kering. Basuh dengan air suam serta sabun. Lap dengan kering menggunakan tuala. 
  • Pastikan anak kekal hidrasi dengan memberikannya air sejuk atau susu. Jangan berikannya minuman berasid seperti soda atau jus buah.
  • Beri anak makanan lembut yang tidak memerlukannya untuk mengunyah. Contohnya seperti bubur atau sup. Elakkan makanan pedas atau bergaram kerana ia akan menyakitkan lagi.

Anda juga perlu membawa si kecil ke hospital jika anda perasan seperti berikut: 

  • Anak anda tidak mahu minum air secukupnya, atau tidak mampu untuk menelan makanan dan sering muntah-muntah
  • Lidahnya kering dan kadar pembuangan air kecil sangat sedikit
  • Badan lemah tidak bermaya dan sering menangis
  • Berlakunya sawan
  • Sukar untuk bernafas
  • Kelihatan pucat lesu

Kesan penyakit ini pada ibu hamil

Kredit: Freepik

Ibu hamil yang terkena jangkitan tangan, kaki, dan mulut juga akan berisiko untuk mengalami keguguran atau menyebabkan penyakit serius pada bayi yang bakal lahir.

Jadi, ibu mengandung perlu mengamalkan penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan selepas bersentuhan dengan kanak-kanak yang terkena jangkitan ini.

Mari ambil langkah pencegahan, ya ibu sekalian. Ini membantu untuk mengelakkan jangkitan ini daripada semakin merebak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Penulis

Noor