Ini Perkara Penting Ibu & Ayah Perlu Tahu Tentang "Tics" dan Penggunaan Gajet

Anak kecil sering kerap angkat kening berkali-kali, angkat-angkat bahu dan senget-senget kan kepala selepas pengunaan gajet terlalu lama? Ini masalah besar ibu dan ayah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mata dia asyik berkedip-kedip, mula-mula sikit lama-kelamaan makin kerap. Daripada berkedip-kedip tu dia sudah menjadi habit anak mata tu tengok hujung kiri mata, dia masih sedar macam biasa masa berlaku tu. Tapi dia kata tak boleh hendak kawal. Yang saya risau sekarang ini, dia mula buat bunyi ‘tounge clicking’ pula doktor. Isk pening saya.”

Bila puan mula nampak anak menjadi seperti ini?

“Sejak dia menggunakan skrin dalam jangka masa lama, yelah kan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pun sudah terpaksa atas stalian, anak saya pula terpaksa pakai skrin telefon kecil. Selepas PdPR, dia akan guna telefon ini sampai 5-6 petang untuk bermain games pula. Kemudian dia gunakan telefon untuk tengok YouTube.”

Emm..

Fenomena Penyakit Tic

Ini satu lagi fenomena yang makin kerap pula kami temui di klinik. Anak usia prasekolah dan awal sekolah rendah dengan ‘facial tics’.

Antara komen mak ayah selain dari yang dihadapi kanak-kanak cerita di atas adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kerap angkat kening berkali-kali
  • Kerap angkat-angkat bahu
  • Kerap senget-senget kan kepala

Ini kemungkinan ada perkaitan dengan penggunaan gadget yang lama, namun masih tiada kajian formal yang dilakukan berkaitan penyakit tic ini. Apbila ditanya, memang ayah dan ibu kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan memberitahu perkara sama iaitu:

  • “Mula berlaku selepas 5 hingga 6 bulan anak lalui PdPR dalam talian”
  • “Anak menggunakan screen kecil iaitu telefon pintar”
  • “Selepas PdPR, anak akan menggunakan telefon untuk bermain games dan tonton YouTube, kadangkala sampai lewat malam”

Ada persamaan bukan? Apabila dibuat pemeriksaan tiada signs atau tanda yang merisaukan malah EEG juga menunjukkan keputusan yang normal sahaja.

Kami meminta ibu dan ayah untuk mengawal penggunaan gajet dan cuba untuk gadget-free sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Selepas tempoh tersebut, kami review anak itu semula, Alhamdulillah memang nampak perubahan dan semakin kurang berlakunya ‘facial tics’ itu.

Ibu dan ayah perlu tahu bahawa selain daripada bahaya yang kita biasa dengar berkaitan dengan pendedahan skrin jangka masa yang lama, satu lagi fenomena yang semakin ramai ibu ayah bawa anak-anak mereka berjumpa doktor adalah kerana ‘facial tic’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Itu Tic?

Facial tics ini adalah pergerakan otot muka yang luar kawalan seperti mata kerap kali berkedip-kedip, otot hidung berkerut, mengangkat-angkat kening, membuka mulut berkali – kali, ‘clicking’ lidah, berdehem berkali-kali atau juga pergerakan mata yang luar biasa (namun masih dalam keadaan sedar bukan sawan).

Selalunya ‘facial tics’ ini berlaku secara sementara yang mana berlaku lebih dari sebulan tetapi kurang dari setahun dan ia hilang dengan sendirinya atau hanya dengan perubahan cara hidup tanpa rawatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ini perlu dibawa berjumpa doktor bagi memastikan ianya bukanlah sawan atau penyakit atau sindrom yang berbahaya. Kebanyakan kes, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan ujian EEG bagi memastikan ianya bukan sawan. Kemungkinan juga memerlukan scan atau sebagainya.

Cara-cara Mengurangkan Facial Tic Anak

Antara cara-cara mengurangkan facial tics ini adalah dengan tukar rutin anak (lifestyle changes) seperti:

  1. Kurangkan penggunaan gajet dan pendedahan elektronik screen termasuk TV. Sebaik-baiknya selama 4 minggu ke atas.
  2. Banyakkan aktiviti fizikal dan aktiviti bersama keluarga yang menarik agar anak-anak tidak berfikir tentang gajet semata-mata.
  3. Sentiasa ingatkan anak untuk cuba mengawal facial tic itu, namun teguran mestilah dengan baik dan tidak menyebabkan stress pada anak-anak.
  4. Follow up dengan pakar kanak-kanak untuk pastikan keadaan semakin baik dan memastikan tiada masalah kesihatan lain di sebaliknya.

Ibu dan ayah, jangan lupa untuk sentiasa pantau dan pelihara anak kita daripada komplikasi penggunaan skrin elektronik berlebihan seperti penyakit tic ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini ditulis oleh Anayasmin Azmi untuk theAsianparent Malaysia. Dia merupakan pakar pediatrik (MBBS, Monash Australia), MRCPCH UK.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Haramkan Gadjet Ketika Di Meja Makan, Waktu Inilah Untuk Anak Bonding Dengan Keluarga!

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi 4 Waktu Terbaik Untuk Menasihati Anak Agar Mudah Dengar Kata

Baca juga: Biasakan Anak Buat Kerja Di Rumah Seawal Usia, Penting Untuk Mereka Belajar Mengurus Diri