Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

Komplikasi yang berlaku sewaktu tempoh hamil boleh menjadi penyebab kematian ketika melahirkan bayi. Mengapa ini terjadi?

Dalam tempoh beberapa tahun ini, kerajaan Malaysia telah berjaya mengurangkan kadar penyebab kematian golongan ibu yang menjalani proses kelahiran.

Ia turut mendorong banyak negara membangun mencontohi pendekatan dilaksanakan oleh kerajaan.

Penyebab kematian ibu bersalin

credit to sources

Malaysia turut menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar penyebab kematian ibu bersalin hanya 11 orang bagi setiap 100 000 kelahiran hidup menjelang 2015.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian ibu yang melahirkan bayi ialah 28 orang bagi setiap 100 000 pada tahun 2000 berbanding 770 orang pada 1940.

Dalam memastikan angka ini memenuhi sasaran, kerajaan telah mengambil beberapa langkah termasuk menyediakan kemudahan dan meningkatkan kualiti kesihatan ibu, perkhidmatan perancang keluarga dan kualiti perkhidmatan obstetriks.

Menurut Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr. Imelda, pada setiap tahun kira-kira 13 atau 14 orang ibu bersalin di Malaysia menemui ajal kerana berlakunya pembekuan darah dalam saluran paru-paru (pulmonary embolism).

Boleh dikatakan bahawa dalam 100 kes kematian ibu bersalin, 60 daripadanya adalah disebabkan oleh masalah ini.

Risiko kematian ibu Melayu

''Hal yang lebih mengejutkan adalah risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu kaum lain di Malaysia,''

'' Kadar kematian ibu kaum Melayu disebabkan darah beku pula adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah,'' ujar Prof. Imelda.

Tambahnya lagi, 73% daripada kematian disebabkan oleh masalah darah beku yang berlaku selepas bersalin dan hanya 3 daripada 10 kes berlaku sebelum bersalin.

Manakala, 90% daripada penyebab kematian yang sama terjadi selepas pembedahan Caesarean section, iaitu selepas ibu dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Lihat sahaja angka perbezaannya di negara United Kingdom, hanya 50% sahaja masalah darah beku menjadi penyebab kematian ibu selepas bersalin secara Caesarean section

Kematian ibu kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain

credit to sources

Tambah Prof. Imelda, penyebab utama keadaan ini terjadi tiada bukti yang kukuh. Namun, mungkin segelintir daripada mereka menghadapi masalah obesiti.

''Bukan itu sahaja, ibu pada zaman moden ini tidak mengamalkan pantang dengan betul seperti keluar berjalan-jalan biarpun berada dalam rumah atau kurang pengambilan air yang mencukupi,'' tambahnya.

Terdapat juga para ibu Melayu yang dilanda kerisauan sehingga ingkar dengan nasihat doktor untuk mengambil ubat suntikan pencair darah seperti clexane yang berunsur khinzir.

''Jika ibu berhadapan masalah pembekuan darah semasa hamil, rawatan yang terbaik adalah clexane atau ubat yang sejenis dengannya low molecular weight heparin seperti deltaparin, enoxaparin dan tinzaparin,'' kongsi Prof. Imelda.

Ibu hamil dan baru bersalin miliki risiko tinggi

Pertama sekali, semua ibu perlu menyedari bahawa kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ketika hamil bagi merangsangkan badan menghasilkan lebih protein yang memekatkan darah.

Tujuannya adalah untuk melindungi ibu bersalin daripada tumpah darah yang berlebihan selepas bersalin.

Terdapat perubahan kandungan air dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Pembekuan dalam saluran darah mengganggu pengalirannya ke paru-paru dan menghalang kemasukan oksigen yang secukupnya ke dalam darah.

Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung pada bahagian kanan. Hal ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan menjadi penyebab kematian secara mengejut. 

Cara mengatasi kematian bersalin 

#1. Pengambilan makanan berkhasiat

credit to sources

Tabiat pemakanan yang sehat sangat penting bagi ibu hamil kerana bayi yang dikandung sangat memerlukan makanan yang sihat, bukannya gula dan lemak.

Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayuran berwarna, makanan tinggi kalsium dan rendah lemak.

#2. Mengambil vitamin

Pastikan untuk mendapatkan asid folik dan kalsium yang secukupnya sepanjang tempoh kehamilan. Anda juga boleh mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan ini dari pemakanan seharian seperti bayam, brokoli dan kacang merah.

Bagi mendapatkan bekalan kalsium pula, anda perlu mengambil susu ataupun yogurt.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan nutrisi optimum dalam multivitamin prenatal. Pastikan anda terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor tentang jenis multivitamin prenatal yang terbaik mengikut kesesuaian anda.

#3. Rawatan prenatal yang tepat

Ibu mengandung perlu mendapatkan rawatan pranatal secara teratur dari pakar kesihatan. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan ini, ia mungkin membawa risiko komplikasi kehamilan yang tidak diinginkan.

#4. Pilih waktu yang tepat untuk hamil

“Jika memilih untuk mengandung ketika anda menyedari dalam keadaan paling sihat, ia akan meningkatkan peluang untuk memiliki kehamilan dan kelahiran yang sihat,” kata Dr. Meadows.

#5. Tabiat seharian yang baik 

Tabiat seharian yang baik turut memerlukan tidur nyenyak dan kehidupan yang kurang dari tekanan.

Tempoh tidur berkualiti memerlukan 7 hingga 9 jam yang sangat penting bagi kesihatan  ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Anda turut disarankan tidur secara mengiring untuk meningkatkan aliran darah.

Bukan itu sahaja, stres yang minimal dapat meningkatkan kelahiran yang selamat. Oleh itu, anda perlu  menghindarkan diri dari sebarang keadaan penuh tekanan.

Sumber: Imelda Balchin, Astro Awani

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: