Gara-Gara Stres Lambat Dapat Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Sanggup Bunuh Diri!

Adakah anda tahu penyebab susah hamil padahal haid lancar? Ini kerana ada satu kejadian yang berlaku hingga ada isteri sanggup bunuh diri kerana tiada anak!

Anda tahu tak apakah penyebab susah hamil padahal haid lancar? Ini kerana, masih ramai wanita di luar sana yang tidak tahu apakah punca lambat dapat anak hingga ia membuatkan ramai pasangan suami isteri yang stres dan tertekan.

Situasi tekanan itu rata-ratanya muncul apabila ada pihak yang suka bertanyakan pada mereka “bila nak dapat anak” hingga ia membuatkan ada pasangan yang berkecil hati lalu merasakan diri mereka tidak berguna kerana belum ada zuriat.

Inilah yang terjadi pada sepasang suami isteri dari Odisha, India yang dipercayai membunuh diri akibat tidak mempunyai anak. Mayat pasangan suami isteri itu iaitu R Jayabalan dan Malini Kesavan yang berasal dari Tamil Nadu ditemui dalam rumah mereka pada hari Sabtu lalu.

Jayabalan, 38 merupakan pensyarah di Jabatan Sains Institut Teknologi Nasional di Rourkela.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ini menguncikan diri selama dua hari dan jiran mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada mereka lalu bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Mayat suami isteri dijumpai tanpa pakaian 

Setelah mendapat laporan kejadian tersebut, polis memecah masuk dalam rumah mereka lalui menemui mayat pasangan itu yang tidak berpakaian.

Malah, empat helai nota bunuh diri turut ditemui dalam rumah pasangan ini yang menulis tentang kekecewaan mereka kerana tidak mampu mempunyai zuriat dan meminta maaf kepada ibu bapa kedua-duanya.

Polis syak kedua-dua mereka minum racun untuk membunuh diri dan kes masih dalam siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar insiden itu.

Pihak theAsianparent Malaysia amat kesal dengan kejadian ini, dan merayu agar netizen berhenti menekan mana-mana pasangan di luar sana yang masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki anak, kerana kita tidak tahu di sebalik tindakan kita itu, pelbagai perkara buruk boleh berlaku.

Buat pasangan yang sukar untuk hamil pula, di sini kami akan kupaskan serba sedikit tentang penyebab susah hamil padahal haid lancar. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda di masa hadapan. 

Penyebab susah hamil padahal haid lancar 

Ini antara punca mengapa seseorang wanita itu sukar hamil meskipun haid mereka lancar setiap bulan.

#1. Stres yang melampau boleh menyebabkan gangguan psikologi kerana adanya tekanan yang mengvanggu fizikal, emosi dan mental. Atas sebab itu, ia mengganggu tiub follopian, ovulasi dan menurunkan ghairah untuk hubungan seks.

#2. Gaya hidup tak sihat juga menyebabkan seseorang wanita itu lambat atau sukar mendapatkan zuriat. Contohnya mengambil minuman keras, merokok, sukar tidur malam dan sebagainya.

#3. Beberapa kelainan pada organ reproduksi wanita seperti vagina tersumbat, kelainan rahim, endometriosis, kelainan ovarium dan lain-lain menjadi punca keadaan ini terjadi.

shutterstock

#4. Organ reproduksi pasangan bermasalah juga antara punca mengapa lambat dapat zuriat seperti sel sperma yang lemah dalam jumlah yang sedikit atau mobiliti sel sperma yang terlalu lambat.

#5. Mengambil beberapa jenis ubat boleh menjadi punca susah hamil kerana ia boleh mengganggu reproduksi wanita atau lelaki. Contohnya ubat jenis antibiotik, ubat kejang, anti depres, ubat darah tinggi dan lain-lain.

#6. Usia yang semakin tua juga boleh menyebabkan penurunan tingkat kesuburan pada wanita terutama yang berumur di atas 35 tahun.

Apapun, jangan mudah berputus asa. Jika anda tidak dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri, tiada salahnya untuk anda mencurahkan kasih sayang terhadap anak angkat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdugaan-tiada-zuriat