Gara-gara takut dijangkiti corona virus atau Covid-19, seorang ibu bertindak spray penyegar udara kepada anak lelakinya yang baru tiba di tanah air di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Momen lucu itu, dikongsikan secara online di Facebook pemilik bernama Qi En pada Isnin yang lalu.
Ibu spray anak dengan penyegar udara
Video yang berjudul “Bagaimana untuk mencegah coronavirus 101 oleh ibu Asia” menunjukkan di mana seorang lelaki muda disambut oleh keluarganya selepas pulang dari Jerman.
Tatkala itu, ibunya telah spray badan anaknya itu dengan penyegar udara untuk mencegah dari sebarang virus misalnya corona virus yang semakin membimbangkan seluruh penduduk dunia.
Kemudian anak lelakinya itu mengambil penyembur udara itu dan terus spray di badannya dengan sendiri.
Hmmm…macam mana. apa pandangan anda setelah melihat video anak beranak ini?
Tip mengurangkan pencemaran dalam rumah
Berikut ini adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi menjaga kebersihan udara di dalam rumah sekaligus melindungi ahli keluarga dari jatuh sakit atau terkena penyakit yang serius.
Ini langkah-langkahnya:
#1. Dilarang merokok dalam rumah
Cara pertama paling mudah untuk mengurangkan pencemaran dalam rumah adalah mengurangkan bahan pencemar seperti nitorgen dioksida.
Jadi untuk mendapatkan manfaatnya, adalah lebih baik jika anda pertimbangkan untuk tidak mengamalkan tabiat merokok di dalam rumah atau berhenti merokok?
#2. Guna pewangi semulajadi
Selain itu, anda juga boleh mengelak dari menggunakan wangian yang jenis sintetik seperti penyegar udara dan lilin aromaterapi kerana ia menghasilkan gas yang mampu membiakkan risiko penyakit tertentu.
Tapi sebaliknya, adalah bagus kalau anda menggunakan bunga atau produk aromaterapi yang diperbuat dari minyak atau essential oils atau soda penaik yang telah dicampurkan dengan jus limau.
Dengan cara ini dapat menyegarkan udara dalam rumah.
#3. Sentiasa bersihkan lantai
Pada masa yang sama gunakan kain basah dan kain fiber mikro yang membantu mengurangkan zarah termasuklah debu atau bulu haiwan.
Kalau boleh lap sekerap mungkin kerana ia cenderung memerangkap habuk yang serius.
#4. Pengaliran udara
Buka tingkap dan gunakan kipas supaya udara lebih segar dan mengalir dengan baik dalam seluruh rumah anda.
Kemudian, jangan lupa menggunakan penyedut asap semasa memasak supaya dapat mengurangkannya di dalam rumah.
#5. Letak pokok dalam rumah
Langkah terbaik yang seterusnya adalah meletakkan tumbuh-tumbuhan dalam rumah yang boleh meningkatkan mutu udara.
Menurut beberapa kajian, ada beberapa pokok yang boleh singkirkan formaldehid, benzene dan beberapa bahan toksik yang ada dalam rumah.
Antara pokok yang baik seperti Chinese Evergreen, Bamboo Palm dan Geranium.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Next Shark
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.compenyakit-berbahaya