X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

4 min bacaan
Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

Parents, hati-hati kalau nak tanam pokok kerana ada beberapa jenis tumbuhan yang boleh mendatangkan kecederaan dan membahayakan nyawa anak.

Sebagai ibu bapa, kita akan lakukan apa sahaja untuk baby proof rumah seperti memasang pintu gril, mengunci semua tingkap atau kabinet, menyorok barangan tajam daripada mereka dan banyak lagi. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan tanaman di rumah kerana beranggapkan ia selamat. Pokok beracun boleh memudaratkan kesihatan anak-anak!

Menghias rumah dengan tanaman menghijau bukan sahaja menenangkan minda, malah ia juga antara deko trending yang kian diikuti ramai. Namun begitu, sesetengah tanaman tidak sesuai ditanaman di rumah kerana ia mampu memudaratkan kesihatan terutamanya buat kanak-kanak yang gemar memasukkan objek dalam mulut.

Menurut Cathleen Clancy, MD, pengarah perubatan bersekutu National Capital Poison Center di Washington, DC, Amerika Syarikat, cara terbaik untuk membezakan kemudaratan tanaman anda adalah membawanya ke pusat racun selain mempelajari nama saintifik tumbuhan tersebut. Dia juga mencadangkan agar ibu bapa mengajar anak-anak tentang nama pokok beracun itu dan pastikan ia disimpan di bahagian yang lebih tinggi, agar sukar buat mereka untuk capai.

Sebelum anda beli pokok idaman anda, kenali beberapa pokok hiasan yang boleh memudaratkan nyawa anak anda.

5 Pokok Hiasan Ini Boleh Memudaratkan Anak Anda! 

Meskipun anak kelihatan ceria semasa bermain di halaman rumah, namun sebenarnya mereka juga boleh diancam bahaya jika tiada pengawasan dari ibu bapa. Bahaya yang paling dekat ialah tumbuh-tumbuhan yang ditanam sekitar kawasan tersebut.

Walaupun ibu bapa merasakan ia tidak berbahaya, namun sebenarnya ada sesetengah pokok yang ditanam itu berbisa dan berisiko besar bahayakan nyawa anak.

#1. Caladium bicolor

tumbuhan beracun

  • Pokok ini memiliki daun yang berbentuk oval seperti kepala anak panah (arrowhead) dan ia memiliki pelbagai kacukan yang menghasilkan variasi bentuk dan rona daun.
  • Kandungan racun yang terdapat dalam Caladium bicolor dikenali dengan nama Calcium Oxalate Crystals dan asparagine.
  • Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun jika termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya ada kanak-kanak termakan, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.
  • Lain-lain simptom yang dialami adalah cirit-birit, muntah, sakit mulut, lidah menggelembung, mata kemerahan dan sebagainya.
  • Jika ini berlaku, segera lap mulut anak dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air sejuk. Kemudian beri anak minum susu dan jika berlanjutan bawanya segera ke hospital.

#2. Zamioculcas Zamiifolia 

tumbuhan beracun

Kredit: Hartology

  • Pokok hiasan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Zanzibar Gem, Money Plant, Succulent Philodendron, Chinese New Year Festive Plant dan arum fern.
  • Ia membentuk daun yang tebal, batang berkilat yang seolah-olah sama seperti pokok artificial.
  • Keseluruhan pokok ini mengandungi racun dan sebaiknya diletak jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Jika ingin uruskan tumbuhan ini sebaiknya pakai sarung tangan dan cuci sebersihnya.

#3. Nerium Oleander

pokok hiasan

  • Nerium Oleander mempunyai bunga yang berlingkar dan ia membesar di kawasan terbuka yang boleh mencuri tumpuan orang ramai.
  • Walaupun pokok ini cantik, namun ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat berbahaya pada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Jika anda menguruskan pokok ini, sebaiknya pakai sarung tangan getah bagi mengelak terhisap getah pokok yang boleh mengancam nyawa.

#4. Anthurium Spp 

pokok hiasan

  • Berdasarkan kepada penulisan Springer dalam artikel Handbook of  Poisonous and Injurious Plants, kanak-kanak bawah umur enam tahun mudah terdedah kepada racun dari tumbuhan ini.
  • Ini kerana, pokok ini memiliki Calcium Oxalate yang berbahaya pada manusia dan haiwan. Namun, racunnya masih dalam kategori sederhana. Pun begitu, jika termakan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius.
  • Antara simptom yang boleh terjadi seperti sakit kulit, mulut, lidah, tekak dan membuatkan mangsa sukar bernafas.

#5. Dieffenbachia 

Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

  • Jus dari tumbuhan ini biasanya digunakan untuk sapu pada anak panah pemburuan bagi penduduk Amazon.
  • Ini kerana, kandungan toksin dalam pokok ini ialah Calcium Oxalate yang sederhana. Namun ia juga memberi kesan sampingan pada kanak-kanak.
  • Antara kesan yang boleh kelihatan seperti memusnahkan buah pinggang, gastrik dan arteries.

Sekiranya anda syak bahawa anak anda termakan atau tergigit pokok beracun, segera mendapatkan rawatan sebelum situasi melarat. Bahkan untuk masa hadapan, jika anda masih ingin menanam pokok itu, jangan lupa meletak label pada pokok agar anda tahu sama ada ia beracun atau tidak.

Selain itu, jika anda sedang bercucuk tanam pokok beracun, pastikan anda memakai sarung tangan dan segera membasuh tangan dengan sabun. Ini bagi mengelakkan iritasi pada kulit mahupun mata terutamanya jika selepas menanam, anda ingin menyentuh anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mothership, Impiana 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comtanaman-hiasan-dalam-rumah

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!
Kongsikan:
  • 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

    7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

  • 11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

    11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

    7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

  • 11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

    11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.