Peralatan Bayi: Apa yang boleh digunakan semula dan apa yang perlu dibeli baru?

Ketika hamil kali kedua, tahukah anda apakah peralatan bayi yang boleh digunakan semula dan apa pula yang patut dibeli baru? Adakah peralatan itu selamat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mengandung anak pertama, kebanyakan bakal ibu bapa sudahpun membuat persiapan semua peralatan bayi yang diperlukan.

Tetapi bagaimana pula apabila hamil kali kedua? Apakah peralatan bayi yang boleh digunakan semula dan apa pula yang patut dibeli baru?

Peralatan Bayi yang patut dibeli baru

  1. Lampin pakai buang – tetapi langkah ini boleh diabaikan kalau ibu bapa yang sudah bertukar kepada cloth diaper. Bolehlah jimat sikit.
  2. Tissue lembap (baby wipes)
  3. Set potong kuku – terutamanya kalau set lama sudah tumpul
  4. Sabun badan, rambut dan losyen bayi
  5. Puting – Kalau ingin tahu tentang cara untuk elak bayi tidak mahu lepaskan puting, layari sini
  6. Set botol, puting botol baru dan berus untuk mencuci botol – Botol susu tanpa BPA tidak boleh digunakan melebihi tempoh 6 bulan!
  7. Tilam baru, tapi tengok juga keadaan tilam lama. Kalau ia sudah nipis dan lusuh ia adalah lebih baik untuk membeli tilam baru. Tilam lama yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik boleh melepaskan gas yang boleh membahayakan bayi dan mungkin dikaitkan dengan SIDS.
  8. Car seat – Sebenarnya, terdapat ramai car seat terpakai yang masih selamat, boleh dijual atau dipinjamkan. Di sini saya lampirkan tips-tips untuk memastikan car seat yang digunakan anak selamat digunakan:

  • Pastikan ia tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Kalau ya, ibu bapa kena beli car seat yang baru.
  • Pastikan semua bahagian-bahagian ada, dan dalam keadaan yang baik.
  • Pastikan car seat itu belum tamat tempoh tarikhnya.
Sumber gambar-gambar di atas dari thecarseatlady.com

 

Peralatan bayi yang boleh diguna semula

  1. Play Yard – play yard ini sebenarnya agak tahan lasak, kecuali ia dibuat daripada plastik. Pastikan tiada retakkan atau bahagian-bahagian yang pecah dan tajam.
  2. Stroller 
  3. Baby Carrier – Pastikan buckle carrier masih berfungi dan tidak rapuh serta pastikan jahitan pada carrier masih kukuh
  4. Baju bayi – Bagi ibu-ibu yang pandai menjahit, jangan buang baju bayi yang mempunyai kesan makanan, sebaliknya cuba tip ini. Tengok bertapa cantik hasilnya:
  5. Bouncer / Swing
  6. Baby Monitor
  7. Kerusi tinggi

Dengan ahli keluarga yang semakin bertambah, menjimatkan wang menjadi keutamaan keluarga. Jadi berjimatlah dan pakai semula peralatan yang masih boleh digunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau rezeki, mungkin orang lain akan memberikan peralatan bayi mereka pula. Tetapi apabila ibu bapa kurang pasti keselamatan peralatan bayi tertentu, ingatkan tips-tips disini. periksa balik tarikh pengeluaranya ataupun tanya terus dengan pengeluar produk tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Mommy’s Bundle, Cafe Mom

Penulis

Rosanna Chio