Implan Perancang Keluarga Hilang Dalam Lengan, Wanita Ini Tanggung Sakit Tidak Terkata!

Wanita ini berkongsi pengalaman ngeri apabila tangannya dikorek selama 1 jam kerana ingin mencari implan perancang yang hilang dan bertukar posisi!

Untuk mereka yang ingin mencuba implan perancang keluarga atau implanon, fikir baik-baik dulu. Ada sebab mengapa anda perlu memikir tentangnya masak-masak.

Buat yang masih tidak tahu, implan atau implanon adalah sejenis rod plastik berbentuk batang mancis yang terdiri dari hormon progestin sintetik. Ia akan dimasukkan di bawah kulit pada bahagian lengan. 

Kandungan hormon progestin yang terdapat dalam rod implan bergantung kepada jenis implan yang digunakan. 

Setiap hari hormon progestin (hormon yang sama seperti hormon semulajadi progestogen) akan dihasilkan pada kadar yang sama untuk mencegah kehamilan. 

Bagaimana untuk memasang implan perancang keluarga?

Pamasangan dan pembuangan implan dan implanon boleh dilakukan di klinik dengan menggunakan ubat bius setempat.

Cara pemasangan adalah senang dan dimasukkan melalu suntikan.

Manakala untuk mengeluarkannya pula, doktor akan menyuntikkan ubat bius dan melakukan pembedahan (torehan) kecil pada lengan anda.

Wanita yang menggunakan kaedah ini akan kembali subur dengan serta merta selepas implan itu dikeluarkan.

Video prosedur memasukkan implan perancang keluarga ke dalam lengan

Anda boleh lihat bagaimana prosedur ini dijalankan, sama seperti video di bawah:

Ibu ini berkongsi mengapa implan perancang keluarga bukan kaedah perancang yang baik

Akan tetapi, ada buruknya menggunakan kaedah perancang keluarga jenis implan ini. 

Kelly King telah berkongsi pengalamannya apabila 3 orang doktor dan jururawat gagal untuk mencari implan yang telah dimasukkan ke dalam lengannya.

Selepas melakukan X-ray untuk mencari rod yang telah hilang, mereka masih tidak dapat mengesannya.

Hingga satu ketika doktor itu mula mengorek bahagian tendon tangan Kelly kerana menyangka dia telah menjumpai rod tersebut!

Tapi selepas hampir 2 jam dan 2 lubang di lengan Kelly, 3 doktor berdaftar itu masih tidak dapat menemuinya.

Kelly terpaksa dibius beberapa kali kerana dalam keadaan berjaga sepanjang prosedur yang menyakitkan itu.

Akhirnya mereka memutus untuk mengeluarkan rod tersebut melalui pembedahan kerana tidak mahu menambahkan kesakitan saya.” jelas Kelly akhirnya.

Selepas tangan Kelly pulih dari luka jahitan dan tidak lagi rasa sengal atau sakit, beliau diminta untuk balik ke klinik tersebut bagi menjalani pembedahan yang dijadualkan. 

Semasa pembedahan tersebut, mereka telah menggunakan imbasan ultrasound untuk mencari rod itu dan akhirnya mereka berjaya mengeluarkannya.

Implan yang ditanam boleh berubah posisi

Dalam pos Facebooknya, Kelly menjelaskan yang dia bukan hanya ingin memberi amaran tentang implan yang dimasukkan itu boleh berubah posisi.

Tapi, dia juga berkongsi tentang kesan sampingan yang dialaminya iaitu termasuklah kemurungan dan mood swing yang teruk.

Selepas Kelly berkongsi tentang kisahnya, ramai wanita tampil ke depan dan berkongsi tentang pengalaman yang sama di mana rod mereka yang hilang dan terpaksa dikelurkan melalui pembedahan juga. 

Seorang lagi mangsa berkata dia terpaksa menjalankan kaunseling akibat kemurungan teruk dan tidak dapat mengawal emosinya.

Kelly bukan ingin mengatakan kaedah implan tidak baik untuk semua wanita.

Ramai juga yang menggunakan kaedah ini dan tidak mengalamai sebarang masalah. Dia cuma ingin berkongsi pengalamannya sebagai amaran kepada wanita-wanita lain yang ingin mencuba kaedah ini.

Kesan sampingan untuk setiap kaedah perancang adalah berbeza untuk setiap wanita, jadi fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Baca juga: Ingin Rancang Kehamilan Anda? Banding Pilihan Harga Perancang Keluarga Di Sini!

Baca juga: Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Penulis

Rosanna Chio