Tahukah anda, perasaan bayi dalam kandungan tersangatlah dipengaruhi oleh perasaan si ibu ketika hamil? Bayi dalam rahim itu bukan sahaja menyerap nutrien hasil pemakanan anda, malah “menyerap” emosi yang anda rasai!
Sama ada anda gembira, sedih, marah, atau tertekan, percayalah bahawa si comel anda dalam kandungan dapat merasainya!
Anda nak tahu tak apa yang terjadi pada perasaan bayi dalam kandungan ketika anda tenang gembira, tersenyum dan tertawa? Oh, apa yang terjadi adalah sangat comel dan indah!
Perasaan bayi dalam kandungan – Apakah kesan emosi ibu kepada anaknya?
Pakar ada menyatakan sebaik sahaja anda mencapai usia kehamilan 6 bulan, bayi anda akan dapat merasakan impak daripada emosi ibunya.
Cara anda menguruskan stress atau mengawal emosi – sama ada gembira, sedih atau marah – semuanya memberikan kesan kepada perasaan bayi dalam kandungan.
Dr. Janet DiPietro, Naib Dekan di Fakulti dan Kajian di John Hopkins ada berkongsi tentang perkara yang terjadi pada bayi ketika si ibu ketawa kegembiraan. Menurutnya, bayi dalam kandungan akan bergerak dan melompat atas bawah ketika ibunya gembira!
Jika anda ingin melihat si kecil melompat aktif dalam kandungan ketika membuat pemeriksaan scan kandungan, apa yang anda boleh buat adalah ketawa!
Sebab lain mengapa ibu hamil perlu sentiasa gembira, tersenyum dan ketawa
Selain daripada dapat melihat aksi comel bayi anda terlompat-lompat dalam rahim, ada beberapa sebab lain yang boleh menggalakkan anda untuk kekal tenang dan gembira ketika mengandung. Antara sebabnya ialah:
- Tahap stress anda dapat mempengaruhi sikap bayi selepas dilahirkan. Si kecil mudah meragam dan tertekan jika anda kuat stress dulu!
- Ibu yang tenang dan gembira ketika hamil akan cenderung memperolehi anak yang juga cool dan sentiasa tersenyum
- Perasaan gembira boleh memberikan kesan kepada sistem ketenangan anda. Ibu yang tenang dan gembira adalah lebih sihat dan kurang untuk berasa gelisah. Perkara yang sama akan terjadi pada bayi anda!
Jadi, ibu sekalian, mari perbanyakkan senyuman dan kawal perasaan ketika mengandung ya. Teruslah berasa gembira.
Ayah, kalau anda ingin anak yang tidak kuat meragam, pastikan anda menjaga emosi si ibu terlebih dulu. Percayalah, anda tidak akan berasa menyesal melakukannya!
Kalau anda kenal mana-mana ibu hamil yang sering berasa sedih atau gundah gulana, jom berkongsikan artikel ini dengannya. Dia pasti akan lebih berusaha untuk mengawal emosinya, demi kesejahteraan si kecil dalam kandungan!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!