X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

3 min bacaan
Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

Jika anak meragam dan asyik menangis sebelum tidur, apa anda buat? Pujuk atau biarkan saja, takut mereka jadi manja? Kajian terbaru membuktikan anda perlu pujuk bayi yang menangis untuk memudahkan tidur mereka!

Serabut anak gemar meragam dan menangis sebelum tidur? Sering biarkan anak anda menangis, sebab anda tak mahu mereka terlalu manja jika dipujuk? 

Sebenarnya, anda sedang melakukan satu kesalahan yang boleh memberi kesan pada anak-anak! 

Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

Jangan tinggalkan anak anda menangis atau meragam dengan teruk lagi sebelum tidur. Anda tak dapat berehat, mereka pun sama! Tak ada sesiapa yang menang dalam situasi ini. 

Teknik menidurkan bayi yang berkesan

Baru-baru ini, pengkaji dari Universiti La Trobe, Mercy Health, Safe Sleep Space Pty. Ltd., Parent Infant Consultants dan Universiti Utara Texas telah menerbitkan hasil kajian terbaru mereka.

Ia melibatkan tentang teknik untuk menidurkan bayi. Selepas penyelidikan dijalankan, jelas terbukti bayi yang diberi perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa ketika waktu tidur mereka, akan tidur dengan lebih lama.

Akhirnya! Ibu bapa tak payah nak berdebat lagi sama ada mereka perlu tinggalkan bayi untuk “menangis” agar mereka tak jadi manja. atau perlu pujuk mereka.

Helen Stevens, pakar tentang tempoh tidur bayi baru lahir adalah ketua penyelidikan ini. 

Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada bayi 

Kajian mendapati ibu perlu memberi lebih perhatian pada bayi baru lahir untuk menggalakkan kualiti tidur yang lebih baik.

Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

Perhatian yang diberi juga akan mengurangkan tangisan bayi! Tapi perhatian ke atas apa? Ha… berikut adalah perkara yang harus diambil berat oleh ibu bapa untuk mengurangkan ragam bayi sebelum tidur dan membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak:

  • Faham dan peka dengan tanda-tanda mengantuk anak
  • Beri respon atau layan tingkahlaku bayi sebelum tidur
  • Tawarkan keselesaan pada bayi. Pujuk jika mereka menangis!

Hal ini kerana bayi yang meragam akan lebih susah untuk tidur. Oleh itu, pujukan dan keselesaan daripada ibu bapa mampu membenarkan bayi tidur dengan selesa.

Manfaat pujuk bayi jika mereka meragam sebelum tidur

Profesor Madya Dr Middlemiss daripada Jabatan Pendidikan Psikologi UNT menerangkan banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh ibu bapa malah bayi, jika ibu bapa memujuk bayi mereka yang menangis.

Antaranya, bayi akan melalui fasa tumbesaran yang lebih positif, membesar dengan emosi sosial yang lebih stabil dan memiliki hubungan yang lebih sihat dan terbuka dengan ibu bapa. 

Memujuk anak yang meragam juga terbukti mampu menolong para ibu menangani masalah “meroyan” atau kemurungan selepas bersalin dan kebimbangan melampau.

Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!

Oleh sebab itu, ibu bapa tidak digalakkan untuk membiarkan anak mereka menangis, dengan anggapan mereka akan berhenti kelak. Sudahlah rehat pun tak boleh, anak membesar dalam keadaan negatif pula! Tak mahu, kan?

Yang pasti, tindakan memujuk anak yang meragam sebelum tidur mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti tidur anak anda. Lepas ini tak payah nak berdebat dengan orang lain lagi, doktor sendiri sudah keluarkan kajian!

Janganlah anda tinggalkan mereka atau tak hiraukan tangisan mereka lagi, okay? Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penyelidikan yang telah dijalankan ini, anda boleh semak ia di sini. 

Sumber rujukan: New Born Baby dan Early Human Development

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Meragam Sebelum Tidur? Kajian Minta Ibu Pujuk Anak Yang Menangis!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham