Apa maknanya kajian ini untuk kita sebagai suami isteri?
Untuk para isteri:
-
Jika anda perasan yang anda sedang membebel pada suami kerana tak mampu buat banyak kerja pada satu masa, berhenti dan tarik nafas panjang seketika. Ingat, cara mereka berfikir memang begitu secara lumrahnya!
-
Duduk sekejap dan cari jalan untuk bantu suami anda menguruskan tugasan yang telah diberikan kepadanya. Dan, sentiasalah berkompromi.
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you!
Untuk para suami:
-
Kurangkan merungut tentang tabiat isteri anda yang suka sangat multitasking. Itulah perbezaan lelaki dan perempuan, mereka memang mahir memasak sambil buat banyak perkara lain lagi pada masa yang sama (umpama ninja!).
-
Apabila anda lihat isteri anda keletihan melakukan banyak perkara di rumah, tawarkan diri anda untuk membantunya dalam salah satu tugasan. Jaga anak, kemas rumah, memasak, lipat baju – pilih satu yang anda suka!
Jadi, diharapkan dengan kajian ini, kita lebih mampu untuk saling memahami antara satu sama lain. Perbezaan antara lelaki dan perempuan inilah yang mewarnai kehidupan berumah tangga kita!