Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup

Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup

Dalam satu kajian yang melihat perkembangan otak kanak-kanak berusia 3 tahun, perbezaan kasih sayang ibu akan memberikan impak kepada saiz otak anak.

Kajian tentang perkembangan otak anak anda!

Satu hasil kajian tentang perkembangan otak kanak-kanak akan membuatkan kita semakin ingin memeluk dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya pada anak kita.

Ibu ayah, cuba perhatikan kedua-dua gambar otak di bawah ini.

perkembangan otak kanak-kanak 3 tahun

Selain saiznya yang berbeza, gambar otak di sebelah kiri juga ada kedutan dan tanda hitam yang lebih kurang berbanding gambar di sebelah kanan.

Ahli neurologis menafsirkan kedua-dua gambar tersebut, dan menemui satu perbezaan yang sangat mengejutkan dan luar biasa.

Gambar otak di sebelah kanan secara jelasnya memiliki kekurangan di beberapa bahagian dibandingkan dengan gambar di sebelah kiri.

Kekurangan tersebut menyebabkan anak anda tidak mungkin dapat berkembang sesuai dengan kapasiti yang mampu dilakukan oleh pemilik otak di gambar kiri.

Kekurangan ini juga menyebabkan pemilik otak di gambar sebelah kanan kurang cerdas, kurang mampu berempati kepada orang lain, malah mungkin juga menjadi penagih, atau terlibat dalam kes jenayah.

Lebih buruk lagi, kekurangan tersebut boleh menjadikannya seorang penganggur, masalah mental hingga masalah kesihatan yang serius.

Tanpa melihat tafsiran, apabila melihat keadaan otak seperti itu, kita mungkin menjangka yang pemilik otak gambar kanan mungkin pernah mengalami kecelakaan atau menderita penyakit serius!

Penyebab utama perbezaan saiz otak anak – Ia akan mengejutkan anda!

kesihatan mental anak

Kredit: Momsrising.org

Penyebab utama yang menyebabkan perbezaan pada saiz otak tersebut adalah bergantung kepada bagaimana kedua-dua kanak-kanak yang berusia 3 tahun ini dilayani oleh ibunya.

Anak yang disayangi sepenuh hati dan sikap ibu yang selalu berusaha memenuhi keperluannya akan mengalami perkembangan otak yang maksimum.

Sementara, kanak-kanak pemilik otak di gambar sebelah kanan pula sering diabaikan dan diperlakukan dengan kasar oleh ibunya.

Layanan tersebut ditunjukkan dengan kadar kerutan dan pengecutan saiz otak.

Salah seorang Professor dari Universiti California Los Angeles (UCLA), Allan Schore, menegaskan bahawa perkembangan otak kanak-kanak merupakan hasil interaksi dirinya dengan pengasuh utama (yang biasanya adalah ibu).

“Perkembangan otak anak kecil sangat memerlukan interaksi yang positif antara ibu dan bayi. Perkembangan saraf otak sangat bergantung kepada hubungan tersebut.”

Profesor Schore turut menjelaskan apabila anak-anak tidak diperlakukan dengan baik pada dua tahun pertamanya, maka genetik yang membantu pelbagai fungsi otak (contohnya kecerdasan) tidak dapat berfungsi dengan baik, malah mungkin tidak wujud!

Perkembangan otak dan cara mengasuh anak tak dapat dipisahkan

perkembangan otak anak sihat

Kredit: Shutterstock

Genetik atau faktor keturunan yang ada pada seorang bayi ternyata akan terpengaruh dengan bagaimana si bayi itu dilayani oleh kedua ibu bapanya.

Proses pemberian kasih sayang kepada anak di awal kehidupannya memang bersifat sementara.

Sayangnya, apabila kedua ibu bapa gagal dalam melakukan proses tersebut, maka kerosakan yang akan berlaku adalah bersifat kekal dan selama-lamanya.

Tahap kerosakan yang terjadi memang berbeza-beza, bergantung kepada bagaimana kerasnya layanan ibu bapa dan kadar pengabaian yang anak tersebut terima.

Namun, disebabkan 80% otak anak terbentuk dalam dua tahun pertamanya, maka sekecil apa pun kerosakan, kekurangan tersebut akan terus kekal pada otak anak!

Sebab itulah ibu ayah sekalian, mari kita mulai untuk melayani si manja kita dengan baik.

Selalulah peluk mereka dan tunjukkan yang kita menyayangi dan akan selalu berada di samping mereka.

Bukankah apabila perkembangan otak anak kita menjadi maksimum, kita pula yang akan berbangga dengan kemampuan dan kebijaksanaannya di kemudian hari?

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Makanan Menyebabkan Anak Bodoh dan Menyekat Perkembangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner