Kisah perceraian artis sering menjadi buruan media mahupun masyarakat di seluruh dunia kerana mereka ini dianggap public figure dan role model bagi masyarakat setempat.
Contohnya seperti kehidupan dan rumah tangga penyanyi tersohor Adele yang sangat terkenal dengan bakat nyanyiannya malah lagu yang dibawa juga sering mendapat tempat di hati para peminat.
Namun, bukan hanya kerjayanya sahaja, tapi kisah perceraian artis ini juga turut didedahkan kepada umum setelah dia melalui fasa sukar dalam hidupnya akibat bercerai dengan bekas suami selepas lapan tahun hidup bersama.
Berita perceraian Adele dan bekas suaminya, Simon Konecki ini diumumkan pada 19 April yang lalu.
Perceraian artis – Adele kini sah bercerai dengan bekas suami
Kisah perceraian Adele ini cukup mengejutkan para peminatnya, namun ia sebenarnya telah dihidu sejak beberapa bulan lalu selepas dia dikhabarkan menjual rumah milik keluarganya di Baverly Hills.
Bahkan, melalui sumber yang dipercayai, Adele dan Simon tidak lagi tinggal serumah hampir beberapa tahun dan hubungan mereka sangat dingin dan sukar dipulihkan kembali.
Apapun, punca perceraian belum dikenal pasti dan kedua-duanya tidak memberi sebarang ulasan tentang khabar perceraian itu kerana menganggap ia terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.
Terdahulu, Adele dan bekas suami berkahwin selama tiga tahun sebelum bercinta selama lima tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Angelo yang kini berumur enam tahun.
Perceraian artis Adele, ini komitmen yang harus ditempuhi selepas berpisah
Walaupun telah berpisah dengan bekas suami, namun Adele dan Simon memiliki komitmen dalam menguruskan anak bersama-sama.
Selain anak, Adele dan bekas suaminya juga membicarakan tentang harta sepencarian yang dimiliki bersama-sama sepanjang hidup berumah tangga itu.
Menurut laporan US Weekly, Adele dilaporkan memberi sebuah rumah di Los Angeles untuk suaminya yang berharga £ 500.000 bersamaan RM 2091157.42. Sementara itu, rumah yang Adele menginap juga turut dijual di Baverly Hills.
Bahkan mereka juga menjual rumah yang dibeli bersama ketika masih bergelar suami isteri hinggalah terhidu kes perceraian mereka itu.
Kisah percintaan Adele dan Simon
Semasa bercinta, kedua-duanya dilihat sangat akrab pada Januari 2012. Kemudian penyanyi ini mengumumkan kehamilannya selepas enam bulan kemudian.
Beberapa tahun kemudian, kedua-duanya bernikah secara sorok-sorok tanpa pengetahuan pihak media hinggalah Adele mengumumkannya di hadapan umum semasa menerima Anugerah di Grammy Award sekitar tahun 2017.
Apapun keputusan yang dibuat dalam hidupnya diharap Adele dapat berkarya dengan baik dan tetap mendapat sanjungan di hati para pengikutnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comartis-bercerai