Isteri Tak Perlu Malu Menangis Depan Suami, Luahkan Saja Apa Yang Terpendam Di Hati

Isteri, jadikan bahu suami untuk anda meluahkan rasa hati yang mungkin terpendam sekian lama, jadi tak usah rasa malu untuk menitiskan air mata anda

Perempuan menangis bukan bererti mereka insan yang lemah sampai kadang kala digelar cengeng oleh orang sekeliling.

"Sikit, sikit nak nangis, susahlah kalau macam ini"

Inilah antara pandangan orang sekeliling bila berkaitan perempuan menangis. Sedangkan menangis itu mampu memberikan aura positif pada diri.

Malahan dengan menangis juga sebagai jalan untuk meluahkan perasaan, isi hati dan bersikap jujur dengan emosi yang mereka rasakan di kala itu.

Apatah lagi, isteri kalau boleh tak perlu berasa malu untuk menangis di hadapan suami kerana siapa lagi untuk kita luahkan perasaan kalau bukan suami sendiri.

Dengan menangis itu juga dapat membantu masalah yang mungkin kita alami sekaligus mendapat cadangan atau bantuan daripada suami tercinta.

Jadi tak perlulah rasa malu untuk menangis di hadapan suami kerana ia membawa banyak kesan positif dalam diri seperti ini.

4 Manfaat perempuan menangis di hadapan pasangan

Kredit: Baituljannah

#1. Dapat mendekatkan diri dengan pasangan

Antara salah sebab utama tentang manfaat perempuan menangis di hadapan suami adalah dapat membuatkan fikiran lebih aman sehingga berani jujur dengan emosi yang dilalui.

Hal ini kerana, isteri dapat meluahkan sisi kesedihan di dalam hidupnya kepada sang suami sekaligus membantu memperbaiki apa jua masalah yang dihadapi oleh si isteri.

Selain daripada itu, dengan cara ini juga dapat merapatkan hubungan suami isteri kerana isteri jujur dalam mengutarakan apa yang dirasakan pada suami.

Malah suami juga rasa dirinya dihargai dan diutamakan oleh isteri tercinta kerana sudi berkongsi apa yang terpendam dalam hati.

#2. Meningkatkan komunikasi suami isteri

Apabila suami tidak malu memperlihatkan sisi lemah kepada isteri, sudah tentu isteri akan buat hal yang sama jika wujud kelemahan pada dirinya hingga membuatnya menangis.

Dengan kata lain, komunikasi antara suami dan isteri lebih terbuka serta tidak berselindung antara satu sama lain.

Anda juga lebih mudah mengungkapkan perasaan dan meningkatkan kepercayaan antara suami isteri.

#3. Berjaya temui cinta sejati

Dalam masa yang sama apabila perempuan menangis mampu memperlihat ketulusan cinta di saat isteri dilanda kesedihan.

Inilah masanya untuk suami membuktikan rasa cintanya kepada sang isteri dengan menghapus air mata yang mengalir itu.

#4. Air mata mampu mengeluarkan racun dari masalah

Mendiamkan masalah tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri seseorang jadi adalah lebih baik mengutarakan perasaan itu dengan jujur kepada pasangan masing-masing.

Oleh sebab itu, menangis boleh menjadi jalan terbaik untuk memperlihatkan masalah yang perlu mencari jalan keluarnya.

Apatah lagi, kalau sekadar mendiamkan diri ia hanya memburukkan lagi keadaan sekiranya tidak di atasi segera.

Justeru, tak usah ragu-ragu atau malu untuk menangis di hadapan suami, luahkan sahaja apa yang anda pendam sama ada disebabkan kerja, emosi atau lain-lain.

Semoga kehidupan anda bertambah bahagia hendaknya.

Sumber: Fimela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Tanda Isteri Tak Bahagia Dan "Makan Hati" Dengan Suami Dalam Diam