Perempuan Mengandung Dua Bayi Serentak, Tapi Bukan Kembar Walaupun Wajah Seiras

Perempuan mengandung dan lahirkan dua bayi serentak tetapi bukan kembar. Kisah yang pelik tetapi benar terjadi pada pasangan ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang perempuan mengandung lagi selepas lima hari hamil, kisah benar ini telah berlaku di San Pablo, California. Keadaan yang dipanggil superfetasi dan ini sangat jarang berlaku.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perempuan mengandung anak pertama lima hari, kemudian disahkan mengandung lagi anak kedua
  • Perempuan hamil dua bayi, kenali apa itu superfetasi?

Perempuan mengandung anak pertama lima hari, kemudian disahkan mengandung lagi anak kedua

Sering kali dianggap sebagai pasangan kembar, memang tidak dinafikan kedua-dua bayi ini mempunyai wajah yang sangat seiras dan ciri fizikal mereka juga tidak jauh berbeza.

Pernah mengalami keguguran pada November 2020, sepasang suami isteri berasa sangat gembira kerana si isteri hamil lagi.

Namun, hasil ujian imbasannya yang pertama benar-benar mengejutkan pasangan tersebut apabila wanita itu mendapati yang dirinya sedang hamil dua bayi pada dua waktu yang berbeza.

Ketika pemeriksaan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi yang berbeza dan disenyawakan pada minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikenali sebagai superfetasi di mana seorang wanita hamil sekali lagi dengan anak lain semasa sedang hamil anak yang pertama. Superfetasi ini sangat jarang untuk berlaku.

Odalis juga berkata, kelahiran Lilo dan Imelda Martinez-Atoyac merupakan satu keajaiban bagi mereka. Walaupun bukan pasangan kembar, namun rupa mereka berdua sangat serupa sehinggakan sering tertukar anaknya itu.

Oleh disebabkan ramai yang menyangka kedua-dua bayi ini adalah kembar, Odalis berkata dia perlu menjelaskan bahawa mereka bukan kembar tetapi adik beradik yang jarang terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua bayi perempuan ini dilahirkan pada 10 Ogos 2021 ketika usia kehamilan memasuki 40 minggu dan 39 minggu 4 hari dengan berat Lilo 3.06 kg manakala Imelda pula seberat 3.26kg.

Kedua-duanya kini dalam keadaan yang sihat dan menariknya mereka juga memiliki senyuman yang sama.

Perempuan hamil dua bayi, kenali apa itu superfetasi?

Superfetasi ini adalah satu fenomena yang jarang berlaku di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan yang pertama.

Hal ini berlaku apabila telur disenyawakan oleh embrio dan menempel pada dinding rahim untuk kali yang kedua beberapa hari atau pun minggu selepas kehamilan yang sebelumnya. Kes ini berlaku lebih kurang 10 kali sahaja di dunia dan direkodkan terjadi di UK, Itali dan Kanada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Superfetasi ini juga berisiko tinggi untuk kelahiran bayi secara pramatang kepada bayi yang usianya lebih muda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Tanda Mengandung Anak Kembar, Penat Melampau Salah Satu Petandanya

Baca juga: Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani