TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kelahiran Mati: Apa Yang Harus Saya Lakukan Jika Bayi Kurang Menendang?

5 min bacaan
Kelahiran Mati: Apa Yang Harus Saya Lakukan Jika Bayi Kurang Menendang?

Pergerakan janin yang berkurangan atau semakin aktif menandakan ia semakin membesar dengan baik. Namun, bagaimana anda dapat memastikannya kekal sihat?

Pengalaman yang penuh kegembiraan dan tidak akan dilupakan bagi setiap ibu adalah ketika anda merasai tendangan dan pergerakan janin di dalam perut. Dengan memberikan sepenuhnya perhatian terhadap perkara ini ketika usia kandungan memasuki trimester ketiga, ia mampu mengurangkan risiko kelahiran mati (stillbirth) atau kehamilan berakhir situasi tragik.

Menyimpan catatan harian tendangan bayi mampu membantu anda mengetahui corak pergerakan janin dan memberi amaran sekiranya berlaku sebarang perubahan yang tidak diingini.

Pakar mengesyorkan agar ibu hamil mula mengira tendangan bayi pada minggu ke-28 kehamilan atau 26 minggu sekiranya berisiko tinggi atau hamil bayi kembar.

Walaupun perjalanan berjalan lancar tanpa banyak komplikasi,  kehamilan normal kadang-kadang boleh menjadi masalah dan bayi yang aktif turut mengalami kesusahan.

Ia kadang-kadang boleh berlaku dengan cepat dan tanpa tanda amaran lain kecuali penurunan aktiviti dalam rahim.

Kurang pergerakan janin pada trimester ketiga

Berapa kerapkah bayi saya boleh bergerak?

pergerakan bayi

Tendangan janin merujuk kepada pergerakan bayi dalam kandungan. Bentuknya boleh berubah ketika kehamilan dan dapat merasa tendangan, berpusing, tusukan dan kadang-kadang seperti pukulan!

Walaupun setiap bayi berbeza dan tidak ada jumlah pergerakan normal yang seharusnya anda alami, menyimpan catatan tendangan harian mampu memberi idea tentang corak biasa serta memberi amaran jika penurunan pergerakan janin berlaku.

Secara amnya pada trimester ketiga kehamilan, segelintir ibu merasakan lebih kurang 10 pergerakan bayi dalam tempoh satu jam.

Anda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak lebih banyak dan mengalami tendangan lebih kerap dari usia kandungan 18 hingga 24 minggu. Pergerakan bayi biasanya diatur setelah 32 minggu dan bentuknya akan tetap sama sehingga kelahiran.

Kepercayaan populor yang tidak benar adalah bayi kurang bergerak menjelang saat akhir kehamilan dan sepatutnya ibu perlu merasai pergerakan biasa sehinggalah bersalin.

Merasai bayi bergerak di dalam perut anda adalah tanda bahawa semuanya berjalan lancar dan sihat. Sebarang perubahan pada corak pergerakan biasa sering menunjukkan tanda amaran bahawa bayi tidak sihat atau berada dalam keadaan tertekan.

Dalam hal ini adalah penting untuk ibu peka terhadap pergerakan janin kerana ia boleh memberikan pertolongan pada waktu yang tepat dan sekaligus mampu menyelamatkan nyawa bayi.

Pergerakan janin trimester ketiga menurun: Apa yang perlu saya lakukan sekiranya corak pergerakan semakin berkurang?

pergerakan kandungan

Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza dan unik, kebanyakan ibu mengandung menyedari bahawa mereka mula-mula merasai adanya pergerakan ketika 16-24 minggu.

Namun jika anda belum merasakan pergerakan dalam rahim setelah 24 minggu, perlu segera mendapatkan rawatan dari pakar kesihatan bagi memeriksa degupan jantung bayi serta ultrasound untuk memeriksa kesihatan kandungan.

Penurunan pergerakan janin trimester ketiga: Antara minggu 24 dan 28

Antara minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, apa-apa yang tidak biasa berkaitan dengan pergerakan bayi perlu dilaporkan kepada doktor dan sebaiknya segera berjumpa pada hari sama.

Sebarang penurunan dalam pergerakan sepanjang tempoh kehamilan anda memerlukan pemeriksaan degupan jantung bayi dan rutin lengkap yang merangkumi:

  • Mengukur bentuk perut untuk memeriksa ukuran bayi.
  • Memeriksa tekanan darah anda
  • Melakukan ujian air kencing bagi mengetahui kandungan protein.
  • Anda juga biasanya akan melakukan imbasan ultrasound, terutamanya jika bayi lebih kecil dari yang dijangkakan.

Jika berlaku pergerakan menjadi kurang, ia boleh menyebabkan bayi tidak sihat. Tetapi bagi kebanyakan ibu mengatakan situasi ini berlaku seiring pertambahan usia kehamilan dan kesihatan kandungan.

Walaupun begitu, anda mesti mendapatkan bantuan perubatan untuk memastikan keselamatan diri dan bayi terjamin.

Lebih dari 28 minggu kehamilan

pergerakan janin trimester ketiga

Segala episod penurunan aktiviti selepas kehamilan 28 minggu perlu dilaporkan segera dan anda hendaklah berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan tunggu sehari untuk mengetahui keadaannya atau menunda beberapa jam kerana ia boleh membahayakan keselamatan bayi anda

Doktor akan segera memaklumkan masalah mengenai sebarang perubahan yang anda alami dan biasanya akan dihantar ke unit bersalin bagi menjalani beberapa ujian seperti:

Stories Rakan Kongsi
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
  1. Laporan pergerakan bayi
  2. Pemeriksaan antenatal, termasuklah memeriksa degupan bayi anda dan mengukur ukuran perut
  3. Pemantauan degup jantung bayi menggunakan mesin kardiotokografi (CTG), biasanya sekurang-kurangnya 20 minit.
  4. Imbasan ultrasound

Anda tidak boleh dibenarkan pulang sehingga pergerakan bayi kembali teratur dan tendangan menunjukkan corak yang normal.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya pergerakan bayi berkurangan setelah keluar wad?

Setelah memperoleh pemantauan perubatan, anda biasanya akan dibenarkan pulang ke rumah apabila semuanya kembali normal.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu masih perlu mengawasi pergerakan bayi dan peka terhadap penurunan atau perubahan segera tanpa mengira berapa kerap ia berlaku.

Kami menasihatkan anda untuk segera melaporkan semua perubahan ini kepada petugas kesihatan tanpa rasa takut ia menjadi gangguan terhadap tugas mereka.

Jangan cuba menangani masalah sendiri dan terlibat dalam penggunaan peranti seperti doppler rumah, monitor genggam atau aplikasi telefon bagi memeriksa bayi di rumah.

Ini tidak bermaksud bahawa bayi sihat walaupun anda sudah mengesan degupan jantung. Ibu perlu dipantau oleh mesin kardiotokografi atau profesional perubatan yang dapat mentafsirkan degupan jantung bayi dan apa-apa rawatan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Jangan cuba memaksa bayi anda bergerak. Jika merasai ia mula perlahan, berhenti atau berubah, segera hubungi hospital atau unit bersalin anda.

Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris di theAsianparent dan diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran di theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kelahiran Mati: Apa Yang Harus Saya Lakukan Jika Bayi Kurang Menendang?

Baca juga:

https://my.theasianparent.compergerakan-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Shabnam Muzammil

  • halaman rumah
  • /
  • Kehilangan Bayi
  • /
  • Kelahiran Mati: Apa Yang Harus Saya Lakukan Jika Bayi Kurang Menendang?
Kongsikan:
  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

    Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

    Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham