Walaupun bersalin czer, nilai seorang ibu tak pernah berkurang, percayalah!

Kadang-kadang, wanita rasa 'down' apabila melahirkan bayi secara czer. Namun, tak ada apa yang berubah kerana anda seorang ibu yang berani!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa murninya perjuangan seorang ibu melahirkan anak. Tak kira sama ada bersalin secara normal mahupun pembedahan. Kedua-duanya sama, hanya cara saja yang berbeza.

Secara lazimnya, melahirkan bayi adalah proses yang harus ditempuhi wanita sebelum dapat berpeluk cium dengan anak.

Namun begitu, setiap ibu mempunyai kondisi dan tahap kesihatan yang berbeza hingga membuatkan si ibu terpaksa bersalin dengan cara pembedahan czer.

Malangnya, masih ada masyarakat yang mengatakan ibu bersalin secara caesarean adalah wanita yang tak sempurna kerana mereka tak merasai kesakitan saat melahirkan itu.

Seorang ibu, Raquel Renteria berkongsi pengalaman menakutkan ketika menghadapi pembedahan czer semasa melahirkan anak perempuannya, Alexa yang membuktikan pembedahan czer tidak pernah menjatuhkan nilai seorang ibu.

Perjuangan seorang ibu melahirkan anak melalui pembedahan caesarean

Pada minggu sebelum bersalin, Raqueal tidak bersemangat dan dalam ketakutan kerana perlu menghadapi pembedahan czer.

Malah, dia juga bimbang bakal mempunyai luka pembedahan yang parutnya akan kekal buat selamanya.

Bukan setakat itu saja, pembedahan czer juga ada kesan jangka panjang terhadap fizikal dan mental seorang ibu apabila tidak dapat bersalin secara normal seperti mana wanita yang lain.

Bahkan, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah buat dirinya.

Atas sebab itu, dia memperbanyakkan bacaan tentang pembedahan czer ini supaya pemikirannya lebih terbuka dalam menempuhi pengalaman bersalin nanti.

Menurutnya, dia bimbang apakah dirinya itu tidak layak kerana melahirkan anak dengan cara pembedahan.

Namun, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga dan teman rapat yang memberi dorongan dan nasihat bahawa semuanya akan berakhir dengan baik. Ternyata itu benar belaka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjuangan ibu melahirkan anak sebuah pengalaman yang cukup indah

Kredit: Sihat Cerita Bahagia

Setelah selamat melahirkan Alexa, Raquel sedar dia adalah seorang ibu yang kuat dan berani.

Malah, dia berharap kisahnya ini memberi inspirasi kepada ibu yang takut untuk melakukan pembedahan czer kerana tidak dapat melahirkan anak secara normal.

Menurutnya lagi, dia tidak merasakan pengalamannya melahirkan anak itu tidak sempurna atau dirinya lemah. Tapi luka dan parut czer ini membuktikan dia adalah ibu yang sangat berani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika proses melahirkan anak perempuannya juga, Raquel merasakan sebuah pengalaman yang cukup indah terutama saat menyentuh kulit halus bayinya dan melihat suami memotong tali pusat bayi mereka.

Ia sebuah pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Paling penting adalah bayi selamat dan dilahirkan sempurna.

Di akhir coretannya, dia berasa bangga dengan bekas luka itu dan dirinya sendiri.

Malah segala ketakutannya selama ini terungkai setelah melihat bayinya ada di hadapan mata yang telah diimpikan sekian lama. Semuanya berakhir dengan selamat dan menggembirakan.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan