Anak Gadis Hartawan Rusia Ini Kahwin Umur 18 Tahun & Kos Perkahwinan Mencecah 6 Juta!

Memang sangat mengujakan apabila perkahwinan anak gadis billionaire Rusia ini mencecah hampir jutaan ringgit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak berangan yang majlis pernikahan anda itu berada dalam kategori perkahwinan termahal di dunia? Namun, janganlah berangan sampai membebankan diri pula ya hingga pasangan boleh gatal kepala sebab nak kena cari duit lebih supaya dapat penuhi impian itu. 

Tapi kalau anda adalah golongan anak orang kaya atau anak orang ada-ada maka tiada apa yang mustahil untuk dilakukan bagi merealisasikan impian kahwin itu. 

Seperti anak gadis  billionaire Rusia ini yang bernama Irina Chigirinskaya yang menamatkan zaman bujangnya pada umur 18 tahun setelah menemui cinta hati dengan lelaki pilihan Moris Mirelli yang berusia 23 tahun. 

Perkahwinan pasangan mempelai ini diadakan di sebuah kelab golf Agalarov Golf and Country Club yang dimiliki oleh seorang teman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.  

Menurut sumber, Irina merupakan anak perempuan hartawan terkenal di Rusia, Alexander Chigirinsky,55 yang juga rakan kepada pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich. 

Sementara itu, suaminya pula Moris adalah anak bekas Timbalan Gabenor di Rusia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan termahal di dunia milik anak gadis billionaire Rusia 

Apa yang menarik tentang perkahwinan mereka ini mendapat liputan media antarabangsa yang meluas dan kira-kira 1500 orang tetamu dijemput hadir ke majlis gilang gemilang itu. Bahkan, majlis perkahwinan itu mencecah hampir jutaan ringgit! 

Dari segi dekorasinya pula memang boleh dikatakan sangat WOW dan indah-indah belaka. Bayangkan kek perkahwinan saja sudah enam tingkat dan dihiasi bunga-bunga segar. 

Manakala gaun perkahwinan pula direka khas dan tetamu yang hadir dihiburkan oleh penyanyi tersohor yang berasal dari Rusia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan mencecah 1.6 juta bersamaan Ringgit Malaysia 6 juta! 

Menurut sumber yang sama, perkahwinan Irina mencecah hampir $ 1.6 juta yang bersamaan dengan RM 6 juta ringgit. 

Gaun yang digayakan pada hari tersebut direka oleh Zuhair Murad yang bernilai $219,000 bersamaan 800 ribu ringgit. Memang sangat mewah! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, Irina memang sudah biasa hidup mewah sejak dari kecil dan pernah mendapat jam Rolex sewaktu umur 10 tahun. Menurutnya, membeli barangan peribadi menggunakan jet peribadi adalah sesuatu yang biasa kerana itu adalah sebahagian dari hidupnya yang sudah dirasai sejak kecil. 

Seronok betul bila jadi anak orang ada ada ini. Namun, sebaiknya kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan ini supaya hidup tetap bahagia meskipun tidak semewah mana. 

Tips idea perkahwinan secara asas 

  • Pilih butik pengantin yang ada menawarkan pakej yang berpatutan dengan bajet anda. 
  • Buat temujanji dan tentukan tema serta warna pilihan. 
  • Pastikan pakej tersebut termasuk pelamin, baju pengantin, mekap, hantaran, baju akad nikah dan lain-lain.
  • Tentukan lokasi perkahwinan sama ada di rumah pengantin, dewan atau hotel. 
  • Cari katering dan tentukan jumlah tetamu. 
  • Tempah kad kahwin dan pilih design yang sesuai.

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Nona

Baca juga 

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan