10 Perkara Yang Membantu Membentuk Anak Anda Menjadi Lebih Baik

Isu mendisiplinkan anak bukan satu-satunya isu penting yang perlu dididik dalam diri anak anda. Ada pelbagai aspek lain yang perlu anda beratkan supaya dapat membentuk anak yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai ibu bapa, banyak perkara yang kita harus berhati-hati, jika tidak, kita akan lebih tertumpu pada satu perkara hingga terlepas pandang akan perkara yang lain.  

Malah, kita selalu melihat ibu bapa yang terlalu fokus dalam mendisiplinkan anak-anak hingga terlupa perkara yang lebih besar tentang mereka.

Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang lebih penting dalam membentuk anak-anak dari cuba mengubah perangai dengan teknik yang sedia ada.

Berikut adalah 10 perkara yang lebih penting dari semua teknik yang anda mungkin gunakan.

1. Hubungan

Hubungan yang dibina antara kita dan anak-anak adalah antara perkara yang paling banyak mempengaruhi hidup mereka.

Hubungan ini akan memberi contoh kepada mereka bagaimana sesuatu hubungan itu di dalam hidup mereka nanti.

Jika hubungan anda sihat, penuh dengan rasa hormat, empati dan kasih sayang, maka itulah yang mereka cari di dalam hubungan mereka nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun jika sebaliknya hubungan anda penuh dengan kemarahan, ego, mengongkong...maka itulah juga yang mereka akan lihat di dalam hubungan mereka nanti.

Jika anda lihat, hubungan yang baik sebenarnya akan membina kepercayaan di antara ahlinya.

Anak-anak akan lebih mendengar serta merujuk kepada kita jika hubungan yang dibina adalah sihat dan positif.

2. Pandangan anda

Apabila anda melihat anak anda, apa yang anda nampak? Negatif atau positif?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anda fikirkan tentang mereka sebenarnya mempengaruhi cara anda melayan mereka.  

Apa yang anda fikir akan mempengaruhi perasaan anda sepanjang hari.

Jika anda berfikir tentang 'kenakalan' anak anda, hanya itu yang anda akan nampak.

Begitu juga sebalik jika anda berfikir tentang 'kebaikan' anak anda, itu jugalah yang anda nampak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, jika si kecil anda melukis di dinding, anda melihat dia sedang menunjukan kreativitinya atau sedang merosakkan dinding rumah?

3. Hubungan dengan pasangan

Anak anda umpama 'cermin' di rumah. Mereka akan mengikut segala tindak tanduk anda. Terutamanya bagaimana anda melayan pasangan anda.

Asas sesebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang, akan menjadikan hubungan kekeluargaan lebih kuat dan baik.

Jika anda melayan pasangan dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat, mereka juga akan menghormati pasangan anda mengikut contoh yang anda tunjuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga sebaliknya, jika mereka tidak nampak anda menghormati ibu atau ayah mereka, bagaimana anda boleh mengharap mereka akan hormat ibu atau ayah mereka.

4. Suasana di dalam rumah

Apa yang menjadikan sesuatu suasana di dalam rumah? Tentu sahaja setiap apa yang disenaraikan di atas tadi.

Suasana rumah akan menjadi ceria dan penuh kasih sayang jika hubungan di dalam rumah tersebut begitu.

Dan sebaliknya suasana rumah akan menjadi tegang jika tiada kasih sayang dan rasa hormat yang secukupnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda pergi ke rumah seseorang dan dapat merasakan suasana yang tegang dan negatif? Itu juga yang anak anda akan rasa.

Jika inginkan suasana rumah umpama 'syurga', maka andalah yang harus hiaskan rumah anda dengan hiasan seperti syurga. Sifat yang baik, penuh kasih sayang dan rasa hormat.

5. Cara anda melayan orang luar

Cuba fikir sejenak, bagaimana anda melayan orang lain terutamanya di hadapan anak anda? Jiran-jiran, ibu bapa, mertua malah pembantu rumah bagi yang ada.

Mereka juga akan melakukan perkara yang sama seperti anda lakukan, kerana itu yang mereka faham.

6. Komuniti

Bagaimana anda terlibat dengan komuniti anda? Sukarelawan, menyokong, menghadiri majlis ilmu dan menderma adalah antara cara anda boleh libatkan diri.

Secara gambaran lebih besar, anda melibatkan ramai orang, membantu ramai orang, tetapi yang paling utama, anda meletakkan contoh yang tinggi pada anak anda tentang bagaimana dia harus melibatkan diri dalam masyarakat.

7. Sekolah

Apa sahaja pilihan anda, sama ada sekolah swasta, sekolah kerajaan, belajar dari rumah, ini semua akan memberi impak pada anak anda.

Pilihlah dengan berhati-hati selepas menimbangkan dari semua sudut. Walaupun begitu, pengaruh diri anda adalah lebih besar terhadap anak anda.

Bagaimana anda menjaga diri anda? Sekiranya diri anda cukup sabar, cukup rasa empati dan cukup tenaga emosi dan fizikal, anda cukup untuk memberikan semua itu pada anak anda.

Kerana, jika anda cukup menghormati diri anda, anak anda akan turut menghormati diri anda.

9. Media sosial, gajet, permainan video.

Bukan anda harus menolak semuanya mentah-mentah, tidak. Namun anda harus ambil tahu apa yang anak anda minat dan tonton di alam maya.

Ketahui apa karakter kartun yang mereka minat dan sering tonton. Kerana apa? Kerana karakter kartun yang diminatinya boleh mempengaruhi anak anda.

Ya, perilaku karakter ciptaan juga penting di dalam dunia anak anda.

Pernah tengok orang yang terlalu taksud dengan sesuatu karakter hingga mahu menjadi seperti karakter tersebut?

Jika baik bahasa dan perilaku karakter itu, begitulah yang diikuti anak anda. Dan juga sebaliknya.

10. Keperluan asas

Nutrisi, tidur, dan aktiviti fizikal yang mencukupi bukan sahaja penting untuk kesejahteraan anak anda, tetapi juga akan mempengaruhi perilakunya. Bagaimana?

Nutrisi membantu perkembangan tubuh dan otak mereka.

Fizikal mampu mengeluarkan tenaga berlebihan seperti stress, marah, malah mampu meningkatkan skil motor mereka.

Dan tidur yang cukup; ianya amat penting untuk anak anda dan tidak patut dipandang remeh.

Baca juga:

my.theasianparent.com/5-cara-ibu-bapa-di-denmark-mendidik-anak-menjadi-manusia-gembira/

Sumber: motherly

Penulis

Aqma