5 Perkara Yang Membatalkan Puasa Suami Isteri, Hati-Hati Jangan Sampai Bernafsu

Bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan adalah termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa suami isteri. Sila take note!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi perlu mengawal nafsu juga. Bagi yang sudah berkahwin, ketahui perkara yang membatalkan puasa suami isteri.

Perkara Yang Membatalkan Puasa Suami Isteri

Walaupun suami isteri adalah pasangan yang halal dan sah menurut islam, namun semasa berpuasa di bulan Ramadan, jangan sampai melakukan perbuatan yang mengurangkan pahala puasa.

Berikut adalah beberapa perkara yang menyebabkan puasa suami isteri terbatal:

1. Menonton pornografi

Tengok pornografi atau video lucah tidak membatalkan puasa akan tetapi ia dapat mengurangkan pahala puasa.

Ketagihan suami atau isteri terhadap video tersebut boleh melemahkan akal fikiran dan hati jadi gelap. Ia akan mengundang suami isteri melakukan seks di siang hari.

Sama ada berpuasa atau tidak, hendaklah sentiasa takut kepada Allah.

2. Ghibah

Ghibah bermaksud mengumpat, berkata keji dan mencela orang lain baik di alam maya mahupun nyata tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa tetapi boleh menyebabkan puasa jadi sia-sia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Beronani sehingga keluar air mani

Bermesraan dengan pasangan termasuklah bercium, mandi bersama atau menyentuh kemaluan boleh merangsang nafsu sehingga keluar air mani dari kemaluan.

Seperti yang diketahui, beronani sehingga keluar air mani termasuk dalam perkara yang dapat membatalkan puasa jika ia dilakukan secara sengaja.

4. Bertengkar dan marah tanpa sebab

Kedatangan bulan Ramadan sepatutnya menjadi lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta.

Bagaimanapun, rasa penat dan letih boleh menyebabkan suami isteri mula mengungkit dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ia berpanjangan, ianya boleh mengurangkan pahala dan keberkatan puasa itu sendiri.

Apatah lagi jika perbalahan yang berlaku membawa kepada penceraian oleh suami terhadap isterinya.

5. Perkara yang membatalkan puasa suami isteri: Bersetubuh

Melakukan persetubuhan di siang hari secara sengaja boleh membatalkan puasa walaupun tidak mengeluarkan inzal atau air mani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum bersetubuh secara sengaja bukan sahaja membatalkan puasa bahkan suami wajib dikenakan kaffarah manakala isteri hanya perlu ganti puasa.

Ini berdasarkan firman Allah SWT tentang melakukan persetubuhan di siang hari termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu – Surah al-Baqarah ayat 187

Sekiranya perbuatan itu menaikkan syahwat suami isteri adalah lebih baik menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana boleh jadi makruh kalau dibiarkan berterusan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Baca juga: Boleh Ke Mandi Wajib Selepas Sahur? Ini Penjelasan Mufti WP

Baca juga: Swab Test Tak Batal Puasa, Tapi Korek Hidung Boleh Batal Puasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah