Anak usia 2 tahun 5 bulan kerap mengamuk & moody - Normal ke?

Anak anda 29 bulan? Adakah mereka moody dan selalu tantrum? Jangan risau ini adalah normal. Ketahui perkembangan anak 29 bulan untuk keterangan lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Di usia 29 bulan, kanak-kanak memang akan mula moody. Jika mereka merungut atau marah untuk dapatkan apa yang mereka mahu, ia perkara biasa.

Ibu ayah perlu banyak bersabar dan cuba memahami kehendak anak dari perspektif mereka.

Tapi jangan risau, perkembangan anak 29 bulan ini bukan hanya tantrum dan tangisan sepanjang masa. Jika anda perhatikan, anak anda sudah mula mengetahui banyak perkataan dan mereka akan cuba mengekspreskan diri mereka sebanyak mungkin.

Ini bermakna, anak anda akan cakap lebih banyak dan mereka mula pandai membahasakan diri mereka dengan nama atau panggilan tertentu.

Perkembangan anak 29 bulan: Perkembangan Kognitif

Anda akan nampak tanda mereka mula belajar berdikari. Si kecil mungkin mahu bersiap sendiri, minum dari cawan tanpa bantuan dsb.

Walaupun mereka belum boleh lakukan perkara-perkara ini tanpa bantuan dan berakhir dengan membuat sepah, anda perlu sentiasa mendorong mereka untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.

Di peringkat ini juga, mereka akan mula meneroka dunia. Jika mereka melihat sesuatu yang menarik minat, mereka akan terus lari ke arahnya.

Mereka juga akan mula memeriksa barang-barang dalam rumah, jadi jauhkan barang-barang bahaya dari capaian mereka.

Perkembangan anak 29 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada perkembangan anak 29 bulan ini, anda akan perasan mereka lebih banyak tantrum. Ini kerana mereka akan mengalami banyak kekecewaan.

Selalunya ia terjadi kerana mereka susah untuk memahami perasaan mereka dan mereka tak dapat ekspres diri mereka sepenuhnya.

Cara paling baik untuk tenangkan anak anda adalah dengan bercakap dan tegas ketika menerangkan apa yang anda mahu mereka lakukan.

Jangan menjerit atau marah setiap kali mereka mengalami tantrum, ini akan memburukkan keadaan. 

Anak anda juga akan cepat mesra dengan kanak-kanak yang mereka lihat. Walau bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati kerana mereka boleh menjadi terlebih mesra dan ini bahaya untuk keselamatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa perhatikan anak kerana ada yang suka pergi ke orang yang tak dikenali dan cuba berkawan dengan mereka.

Perkembangan anak 29 bulan: Perkembangan bahasa dan percakapan

Pada usia 29 bulan, anak akan tahu banyak perkataan dan mula pandai beritahu apa yang mereka mahukan.

Mereka juga akan mula pandai mengambil hati orang lain. Mereka mungkin akan mulakan perbualan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadikan masa makan sebagai salah satu masa untuk berbual dengan mereka. Dengan cara ini, mereka akan berlatih dan anda bileh mengajar mereka perkataan baru.

Perkembangan anak 29 bulan: Perkembangan kesihatan dan nutrisi

Anak sudah mula pandai memilih makanan dan menolak makanan seperti sayur dan buah.

Jika anda selalunya memotong buah atau sayur dan berharap mereka tak rasa dalam makanan, trik ini mungkin tak akan berhasil lagi.

Jika anda paksa anak makan, ia akan membuatkan mereka teringat akan pengalaman dipaksa makan dan akan membuat mereka tak suka dengan sayur atau buah langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elak beri anak makanan ringan. Fokus dengan memastikan mereka makan dengan betul semasa waktu makan.

Perkembangan anak 29 bulan: Tip untuk ibu bapa

Pada usia 29 bulan, sikap anak akan berubah berbanding beberapa bulan sebelum ini. Apa yang penting, anda perlu bersabar dan memahami kenapa anak anda bersikap begini.

Jangan jerit atau marah mereka jika mereka mengalami tantrum atau menolak untuk makan makanan yang anda beri.

Beri galakkan untuk anak anda berkawan dengan rakan sebaya. Anda juga boleh masukkan mereka ke sekolah bermain untuk memberikan mereka peluang bersosial dengan kanak-kanak lain. 

Anda juga perlu galakkan mereka untuk berdikari. Jangan takut untuk membiarkan mereka meneroka dan mencuba benda baru. Bagaimanapun, pastikan anda sentiasa memerhatikan mereka dan keselamatan mereka adalah keutamaan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-dua-tahun

Penulis

Nadia Ghafar