Pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya tentang perkembangan anak, kan? Sekarang, anak baru masuk usia tiga tahun. Jadi, apa yang perlu anak tahu lakukan pada usia ini? Ini adalah senarai perkembangan anak 3 tahun yang perlu anda ketahui.
Tapi sebelum itu, anda perlu ingat yang semua perkembangan anak 3 tahun ini bukannya tetap. Setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri.
Perkembangan anak 3 tahun: Ini apa yang anak anda boleh lakukan pada usia 3 tahun
Untuk memudahkan bacaan, kami telah bahagikan senarai perkembangan anak 3 tahun ini mengikut kategori. Jom kita semak!
Perkembangan anak 3 tahun: Perkembangan fizikal
1. Turun dan naik tangga berganti kaki
2. Mengayuh basikal tiga roda
3. Berjalan lurus
4. Boleh berjalan dengan kaki jengket
5. Lari jarak dekat tanpa jatuh
6. Panjat perabot rendah dengan mudah
7. Berjalan ke depan dan ke belakang dengan mudah
8. Boleh menendang dan membaling bola dengan baik
9. Membongkok tanpa jatuh
10. Boleh memakai dan membuka baju sendiri
11. Melompat dan berdiri satu kaki selama lebih dari lima saat tanpa jatuh
12. Memegang sudu dan garfu dan menyuap diri mereka sendiri (tapi masih buat sepah!)
Perkembangan anak 3 tahun: Kemahiran bahasa
13. Cakap nama dan umur sendiri
14. Jawab soalan mudah
15. Bercerita cerita mudah
16. Tahu 250 ke 500 perkataan
17. Cakap dengan jelas walaupun masih belum difahami sepenuhnya sehingga mereka berusia 4 tahun
18. Guna lima ke enam perkataan dalam satu ayat
19. Tanya soalan mudah
Perkembangan anak 3 tahun: Kemahiran kognitif
20. Selesaikan puzzle mudah
21. Ingat apa yang berlaku pada hari sebelumnya
22. Kira sampai lima
23. Boleh padankan bentuk
24. Kenal bentuk asas
25. Beri tumpuan lebih dari lima minit
26. Boleh namakan warna yang biasa dilihat
27. Faham masa dengan lebih baik (siang, malam)
28. Faham tentang persamaan dan perbezaan
29. Pandai bermain jadi orang lain
30. Ikut arahan mudah
Perkembangan anak 3 tahun: Kemahiran tangan dan jari
31. Boleh tukar mukasurat dengan mudah
32. Mengambil dan mengendalikan objek kecil dengan mudah
33. Boleh menggunakan gunting sesuai umur
34. Tulis beberapa huruf besar
35. Boleh meniru bentuk bulat dan empat segi (tak perfect)
36. Membina menara dengan empat atau lebih blok
Perkembangan anak 3 tahun: Kemahiran emosi dan sosial
37. Meniru anda atau ahli keluarga lain
38. Kurang tantrum
40. Menunjukkan kasih sayang pada anda atau ahli keluarga lain
41. Faham konsep “saya punya”, “dia punya”
42. Menunjukkan emosi yang lebih luas seperti gembira, sedih, bosan
43. Mempunyai imaginasi yang aktif
Perkara yang anda perlu perhatikan
Anda yang paling kenal dengan anak. Jika anda rasa ada sesuatu yang tak kena, percaya dengan naluri dan bawa anak anda untuk diperiksa.
Ini adalah beberapa perkara yang menunjukkan anak anda mungkin ada masalah perkembangan:
- Tak boleh cantumkan blok atau pegang objek kecil
- Tak boleh membaling atau memegang bola atau mengayuh basikal tiga roda
- Salah gunakan “saya” “awak” dan tak boleh bercakap lebih dari tiga perkataan dalam satu ayat
- Air liur meleleh selalu dan sukar bercakap
- Selalu jatuh
- Mempunyai masalah yang ekstrem bila berpisah dengan anda
- Tak membuat eye contact
- Tak mahu bermain dengan kanak-kanak lain
- Tak faham arahan mudah
- Hilang kemahiran yang mereka ada sebelum ini
Jika anda dapati mereka ada masalah-masalah seperti di atas, bawa anak anda untuk berjumpa pakar dengan segera.
Walaupun anak anda tak boleh capai kesemua 43 perkembangan di atas, ia tak bermakna anak anda bermasalah. Masanya akan tiba tak lama lagi.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Parents patut ajar potty training bila anak masuk umur 3 tahun 3 bulan!
Baca juga: Suruh Makan Sayur, Mulalah Wajah Anak Berkerut! Ini 7 Cara Berkesan Didik Si Kecil Makan Sayur