Menginjak usia ini, anak anda akan memulakan fasa baru dengan menjadi lebih berdikari. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 1 bulan mereka?
Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak ketika ini yang pastinya lebih mencabar! Tetapi jangan risau ya, kami ada sediakan beberapa garis panduan untuk ibu ayah.
Perkembangan Anak 5 Tahun 1 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Melakukan baling kuang ke hadapan
- Berayun, bergantung, dan memanjat
- Berdiri atas satu kaki untuk sekurang-kurangnya 10 saat
- Menyarung dan menanggalkan pakaian tanpa sebarang bantuan
- Menggunakan garpu, sudu dan pisau semasa waktu makan
- Membuang air di tandas tanpa bantuan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Bawa anak anda mencuba peralatan-peralatan yang ada di taman permainan.
- Masukkan anak anda ke dalam kelas berenang, kalau belum.
- Biarkan anak anda bila mereka ingin melakukan sesuatu perkara sendiri, seperti menyarung pakaian atau pergi ke tandas.
- Elakkan sebarang gadget di dalam bilik tidur.
- Mula meminta tolong daripada anak anda dalam kerja-kerja rumah.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal memegang pensil atau krayon
- Mengalami kesukaran makan, tidur atau pergi ke tandas sendiri
- Tak boleh menanggalkan pakaian tanpa bantuan
Perkembangan Anak 5 Tahun 1 Bulan: Perkembangan Kognitif
- Mengingati dan mampu mengulang semula lebih banyak maklumat
- Mengenal pasti objek yang sering digunakan di rumah
- Mengira sampai 20 ke atas
- Melukis manusia dengan enam atau lebih anggota tubuh badan
- Menamakan sekurang-kurangnya empat warna atau lebih
- Menulis huruf atau nombor
- Lebih faham konsep masa
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda untuk melukis
- Bantu anak anda menulis surat kepada rakan-rakan mereka.
- Mulakan projek DIY bersama-sama gam, gunting dan pelbagai peralatan serta bahan seni.
- Hadkan masa menonton rancangan televisyen berilmu ke sejam atau kurang.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Fokus senang terganggu
- Tidak mampu fokus lebih daripada lima minit
Perkembangan Anak 5 Tahun 1 Bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi
- Bermain dengan kanak-kanak lain dengan lebih baik apabila ada objektif yang sama
- Berkongsi mainan dengan kanak-kanak lain
- Bertolak ansur apabila rakan-rakan mereka tak setuju dengan permainan yang dicadangkan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Beri peluang kepada anak anda untuk memilih aktiviti yang ingin dilakukan bersama rakan-rakan
- Biarkan anak anda cuba menyelesaikan sebarang konflik antara mereka dan rakan-rakan.
- Sentiasa beri anak anda perhatian sepenuhnya apabila mereka bercakap dengan anda.
- Galakkan anak anda menari, menyanyi dan berlakon
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mempunyai perasaan takut, malu atau agresif yang melampau
- Menjadi tak tentu arah apabila terpisah daripada anda
- Benci bermain dengan kanak-kanak lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Fahami deskripsi yang anda berikan
- Menghafal dan boleh menceritakan semula apabila anda membaca kepada anak anda
- Nyatakan nama penuh
- Menghafal alamat penuh dan nombor telefon
- Bercakap dengan jelas dan boleh menyusun ayat yang terdiri daripada lima atau lebih perkataan
- Mengenali lebih kurang 2,000 perkataan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Membaca kepada anak anda dan tunjukkan rasa minat kepada buku serta perpustakaan.
- Tunjukkan perkataan yang sering digunakan dalam percakapan semasa membaca bersama-sama anak anda
- Berbual dengan anak anda tentang persekitaran sekeliling dan galakkan mereka menceritakan apa yang mereka sedang lihat.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagap
Perkembangan Nutrisi
- Ketinggian normal mereka adalah antara 106 cm – 112 cm dan berat normal mereka adalah antara 17 kg – 20.3 kg.
- Gigi kekal mula tumbuh dan penglihatan anak anda sekarang 20/20.
- Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,300 kcal setiap hari.
Jumlah sajian yang dicadangkan:
- 6 hidangan kecil bijirin
- 3 – 4 hidangan lemak
- 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
- 2 hidangan daging
- 3 hidangan susu
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya.
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak.
Baca juga:
Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir