Berita baik buat ibu bapa, pada umur 5 tahun 4 bulan anak anda akan mula mempunyai kawalan emosi yang lebih baik. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak 5 tahun 4 bulan mereka?
Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang si manja apabila menginjak usia 64 bulan!
Perkembangan Anak 5 Tahun 4 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Saiz kepala hampir kepada orang dewasa
- Mungkin akan hilang beberapa gigi susu
- Nisbah badan menyamai manusia dewasa
- Sangat aktif
- Mempunyai kemahiran jejak visual yang lebih baik
- Boleh mula berjalan arah terbalik
- Mula naik dan turun tangga tanpa bantuan
- Boleh mencapai ibu jari kaki tanpa membengkokkan lutut
- Mempunyai daya keseimbangan badan lebih baik
- Pandai menangkap bola daripada 3 kaki jauh
- Boleh naik basikal dengan kawalan kemas
- Lompat ke hadapan hampir 10 langkah tanpa jatuh
- Dan terpenting, boleh mula mewarna dalam dan diantara garisan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Bantu anak anda untuk menyalurkan tenaga mereka dengan mempelajari aktiviti ataupun skil fizikal
- Ajar anak anda untuk mula menggunakan kutleri dengan lebih baik
- Galakkan mereka untuk lebih berdikari, antara aktiviti yang sesuai adalah untuk mengikat tali kasut sendiri ataupun memakai butang baju sendiri.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak boleh berjalan terus ataupun berdiri dengan sebelah kaki ataupun melompat
- Mempunyai masalah memegang pen atau pensil
- Tidak boleh memegang sudu dan garpu di tangan
Perkembangan Anak 5 Tahun 4 Bulan: Perkembangan Kognitif
- Mengira sehingga 20 dan ke atas
- Menyusun objek berdasarkan dua dimensi seperti warna dan bentuk
- Mencantumkan dua kiub segi tiga menjadi satu petak
- Mempunyai kefahaman konsep tertinggi dan terbesar
- Kefahaman konsep pertama, kedua dan terakhir
- Dapat menentukan masa melalui jarum jam
- Kenal syiling dan mula mempunyai tabiat menyimpan
- Faham konsep setengah
- Bertanyakan banyak soalan berkaitan objek di sekelilingnya
Tips Untuk Ibu Bapa
- Dedahkan anak anda dengan pelbagai jenis aktiviti. Perkenalkan kepada mereka mainan baru seperti jam, untuk mereka lebih mudah memahami konsep
- Buat latih tubi menulis abjad dan huruf bersama
- Bagi arahan mudah kepada mereka, tidak melebihi 3 langkah
- Berlatih mengira objek dan manusia, begitu juga dengan membacakan perkataan dan abjad
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor:
Jika anak anda:
- Tidak boleh mengira sehingga lima
- Tidak berminat dengan persekitaran dan tidak bertanya banyak soalan
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Anak anda mula menunjukkan sifat empati dan penyayang
- Anak anda mudah mendengar kata
- Namun begitu masih memerlukan perhatian dan kasih sayang anda
- Kawalan emosi yang lebih baik dan kurang meragam
- Suka bersembang bersama ahli keluarga yang lain
- Suka menayangkan kejayaan mereka
Tips Untuk Ibu Bapa
- Pada usia ini, anak anda sudah mula memahami konsep kawan baik, mereka juga mungkin menghadapi penolakan dalam perhubungan. Fahamkan anak anda dengan lebih baik konsep persahabatan
- Bagi anak anda buat pilihan sendiri dengan siapa mereka mahu berkawan. Jangan dipaksa
- Pada masa yang sama pastikan anak anda tidak dibuli oleh rakan-rakan
- Galakkan anak anda bermain bersama kanak-kanak yang lain
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Bersendirian dan mengelak daripada bercakap dengan kanak-kanak lain
- Tidak mahu ke sekolah dan bermain dengan rakan-rakan
- Kerap mengadu sakit perut
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Boleh mengenalpasti empat hingga lima objek berlainan
- Boleh mengenalpasti cerita melalui gambar
- Mudah mengenalpasti 10 jenis warna berbeza
- Boleh mula memahami lawak dan buat lawak sendiri
- Boleh cakap nama sendiri, tempat tinggal dan nama ibu bapa
- Boleh menjawab panggilan telefon dan mengambil pesanan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda untuk lebih banyak membaca
- Bantu anak anda untuk mengingat nama-nama ahli keluarga yang lain
- Ajarkan ayat penuh mudah kepada mereka
- Boleh ajarkan pantun ataupun rima mudah kepada mereka
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak boleh bercakap dengan jelas
- Tidak boleh mengingati nama ahli keluarga yang lain
- Tidak boleh cakap dengan ayat penuh
Perkembangan Nutrisi
- Pada usia ini anak anda mempunyai berat diantara 17kg -19kg dan tingginya diantara 41.7 – 44.2 inci.
- Anak anda memerlukan 1200 kcal sehari dan tidur yang cukup.
Nutrisi penting:
- 1,000 miligram kalsium dan 3,000 IU vitamin D
- 10 miligram zat besi
- Tidak melebihi 650 miligram vitamin C
Vaksin dan Penyakit Kerap
Anak anda wajib mendapat vaksin seperti berikut:
- Tetanus
- Diphtheria
- Whooping cough (pertussis) (DTaP) (Dos kelima)
- Polio (IPV) (Dos keempat)
- Measles, mumps, and rubella (MMR) (Dos kedua)
- Chickenpox (varicella) (Dos kedua)
- Influenza (Flu) (Setiap tahun)
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor:
Jika anak anda:
- Terlampau kurus atau terlampau gemuk
- Ketinggian terbantut
- Mempunyai ruam yang banyak
- Mempunyai lebam yang banyak
- Demam melebihi 39 darjah Celsius
Semoga bermanfaat!
Baca juga:
Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!