"Bukan Saya Buat!", Si Kecil Sudah Tahu Berdalih? Itu Antara Perkembangan Anak 5 Tahun 5 Bulan Yang Makin Bijak!

Wah! Anak anda sekarang sudah semakin aktif dan bijak menggunakan kaki dan tangannya!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 5 tahun 5 bulan anak anda mempunyai kemahiran motor dan koordinasi yang lebih baik. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak 5 tahun 5 bulan mereka?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan si manja pada usia ini. Jom kita lihat!

Perkembangan Anak 5 Tahun 5 Bulan: Perkembangan Fizikal 

  • Mahir menggunakan sudu dan garpu
  • Boleh memegang pen dan pensil dengan baik
  • Boleh menyambut bola dengan baik daripada jauh
  • Koordinasi kaki dan tangan yang lebih baik 
  • Boleh meloncat kaki ke kaki tanpa jatuh

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Galakkan anak anda untuk lebih banyak melukis, mewarna dan menulis
  • Tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan mereka daripada melihat skrin
  • Ajarkan mereka sukan yang sesuai dengan umur

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Masih mudah terjatuh sendiri apabila berlari
  • Tidak boleh mengimbangi diri dengan sebelah kaki
  • Susah untuk menggunakan kutleri, pen dan pensil
  • Mempunyai masalah mendengar dan melihat

Perkembangan Kognitif

  • Boleh berdebat dan mengutarakan pendapat
  • Memahami arahan dengan mudah
  • Memahami konsep betul dan salah
  • Membilang sehingga 20
  • Tahu kesemua abjad
  • Tahu mengeja nama sendiri
  • Tahu bentuk objek dan warna
  • Mengingati peristiwa sebelumnya

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Bila anak anda mengutarakan pendapat, tanyakan kepada mereka kenapa mereka mempunyai pendapat sedemikian
  • Berikan mainan seperti blok yang membantu perkembangan kognitif mereka
  • Buat lawatan ke zoo ataupun muzium supaya mereka boleh belajar di luar kelas

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda:

  • Tidak boleh mengira sehingga 20 dan tidak tahu abjad
  • Tidak berminat dengan persekitaran dan tidak bertanya banyak soalan

Perkembangan Sosial dan Emosi

  • Anak anda mula menunjukkan sifat empati dan penyayang
  • Anak anda mudah mendengar kata
  • Namun begitu masih memerlukan perhatian dan kasih sayang anda
  • Kawalan emosi yang lebih baik dan kurang meragam 
  • Sudah pandai bergurau senda
  • Suka bermain dengan rakan jantina yang sama
  • Peramah, kadangkala dengan orang yang tidak dikenali
  • Sudah pandai berceloteh dan bercerita

Tips Untuk Ibu Bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Galakkan anak anda supaya lebih banyak bercerita dan fahamkan mereka mengenai konsep tipu dan implikasi
  • Ajar anak anda supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali
  • Galakkan anak anda bermain bersama kanak-kanak yang lain

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Bersendirian dan mengelak daripada bercakap dengan kanak-kanak lain
  • Tidak mahu ke sekolah dan bermain dengan rakan-rakan
  • Mempunyai perangai yang agresif

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

  • Boleh berkomunikasi dengan jelas dan difahami
  • Boleh menerima dan menyampaikan arahan kepada orang lain
  • Mudah untuk mempelajari bahasa baru
  • Mula untuk memilih perkataan kegemaran dalam buku
  • Boleh menyanyi dan menyampaikan puisi

Tips Untuk Ibu Bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Elakkan daripada bercakap pelat dengan mereka
  • Tanya anak anda mengenai hari mereka sebelum tidur
  • Tanya soalan kembali kepada anak anda untuk mereka lebih banyak berlatih bertutur
  • Ajarkan kepada anak anda lagu baru yang mereka gemari

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Gagap dengan teruk
  • Hilang keupayaan yang pernah dimiliki
  • Tidak boleh cakap dengan ayat penuh

Perkembangan Nutrisi

  • Pastikan anak anda mendapat nutrisi daripada makanan secukupnya, elakkan daripada makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Anak anda memerlukan 1200 kcal sehari dan tidur yang cukup

Nutrisi penting:

  • 1,000 mg kalsium dan 3,000 IU vitamin D
  • 10 mg zat besi
  • 10 gram Omega-6
  • 0.9 gram Omega-3
  • 130 mg Magnesium
  • 0.4 mg Vitamin A
  • 25 mg Vitamin C
  • 7 mg Vitamin E
  • 3,800 mg Potassium
  • 5 mg zinc

Vaksin dan Penyakit Kerap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Dalam tempoh usia ini juga anak anda akan kerap mendapat flu dan selsema, jangan terlampau risau, kerana proses ini akan membantu menguatkan daya tahan imuniti anak anda.

Semoga bermanfaat.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman