Anak Dah Nak Masuk Prasekolah? Ini Perkara Yang Kanak-Kanak 5 Tahun Sudah Mahir

Kanak-kanak usia ini juga kebanyakannya sudah pandai mengeja nama sendiri dan melukis bentuk seperti segi tiga. Jika anda peka, waktu ini anda boleh perhatikan sama ada anak anda kidal atau tidak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan ibu bapa bukan? Malah apabila anak sudah mencecah usia kemasukan prasekolah, tentunya ibu bapa inginkan yang terbaik dalam masa yang sama mengharapkan anak boleh mengikuti pembelajaran di kelas. 

Pada usia 5 tahun, perkembangan anak-anak antaranya adalah mereka boleh menguasai kebanyakan skil motor, dia boleh melompat dengan tinggi, berlari laju, memanjat dengan baik, malah sudah boleh membuat aktiviti yang lebih andvanced seperti menari balet, gimnastik atau karate. 

Kanak-kanak usia ini juga kebanyakannya sudah pandai mengeja nama sendiri dan melukis bentuk seperti segi tiga. Jika anda peka, waktu ini anda boleh perhatikan sama ada anak anda kidal atau tidak. 

Apabila masuk ke alam prasekolah atau tabika kebanyakan guru inginkan murid-muridnya sudah mahir menggunakan alat-alat dengan selamat. Seperti memegang pensel dengan betul, menggunakan gunting dengan selamat serta pandai menggunakan peralatan tulis lain.

“Tugasan seperti itu sepatutnya diajar oleh ibu bapa di rumah sebelum anak-anak melangkah ke alam prasekolah,” kata Brenda Rogers, M.D., pakar pediatrik di Children’s Mercy Hospitals & Clinics, Kansas City. 

Perkembangan anak-anak umur 5 tahun

#1. Tingkah laku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak di usia 5 tahun ini cukup selesa berdikari, dia seronok berada bersama keluarga tapi pada masa yang sama dia juga inginkan kebebasan berkawan dengan rakan-rakannya atau bersama saudara mara. 

Anak anda sudah mula mengenal sempadan, dan waktu inilah sebaiknya anda mengajar dia buat sesuatu tugasan dengan sendiri. Contohnya seperti mengemas katil sendiri walaupun tidaklah sekemas mana, mandi sendiri dan mengemas mainan tanpa di suruh. 

Apabila anak sudah mulai melangkah ke tadika cuba perhatikan tingkah laku dia dalam mendengar arahan. Sekiranya anda lihat kelakuan anak menjadi sedikit agresif sebaik di mula bersekolah, cuba selidik apa yang memberi efek pada kelakuannya.

Lebih baik pantau tingkah laku anak seawal usia persekolahan ini berbanding di usia remaja nanti. Sentiasa memuji kelakuannya yang melibatkan hal persekolahan. Seperti mengemas beg sendiri atau mengemas alat tulis dan alat mewarna. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bahasa

Kemahiran bahasa dan kosakata anak di usia ini lebih terserlah. Mereka telah menguasai kosakata dengan bagus. “Sekiranya di tahap ini anda masih mengira perkataan yang mereka boleh sebut, itu tandanya ada kelewatan dan percakapan (speech delay),” kata Lauren Krause, Chief of Speech-Language Pathology, La Rabida Children’s Hospital, Chicago, IL.

Anak anda sudah pandai ekspresi emosi mereka melalui kata-kata, bercerita dan menyusun ayat untuk menjelaskan situasi kepada ibu bapa. 

Pada fasa ini juga kanak-kanak sudah mulai belajar membaca, jadi ibu bapa perlu terus membacakan buku cerita sebelum tidur dan asah kemahiran mereka dalam membaca. Sedikit kepelatan dalam bercakap adalah normal, namun sekiranya berlanjutan hingga umur 7 tahun, anda perlu rujuk kepada pakar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kesihatan

Untuk memasuki alam prasekolah, imunisasi mereka amatlah penting. Setiap negara berlainan dalam imunisasi anak ini. Jadi pakar pediatrik anak anda sepatutnya tahu apa yang diperlukan untuk anak anda menginjak alam persekolahan. 

Pada waktu ini juga, anak-anak sudah semakin aktif dalam bersukan. Kemahiran bersukan mereka kadang-kadang boleh membahayakan kesihatan mereka baik dari segi jangkitan atau kecederaan ketika bersukan. Risiko untuk mereka jatuh dan patah gigi adalah tinggi di fasa ini. Sekiranya terjadi keceraan pada gigi, perlu segera dirawat supaya ia tidak memberi kecederaan kekal pada gigi anak anda. 

#4. Tidur

Sebaik anak anda menginjak usia 5 tahun, mereka akan tidur sehingga 11 jam sepanjang malam. Walaupun mereka kurang tidur siang pada usia ini, namun ia tetap memberi kebaikan untuk anak-anak jika mereka tidur sekurang-kurangnya setengah jam di waktu petang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejutkan anak anda dalam jam 6 pagi hingga 7.30 pagi terpulang kepada waktu sekolah bermula. Ramai ibu bapa yang ‘struggle’ untuk anda bangun pagi tapi mengejutkan anak bangun pagi adalah satu tabiat yang bagus. Elakkan kejut anak sebelum jam 6 pagi, kerana itu dikategorikan terlalu awal. Apabila anak bangun terlalu awal, mereka akan cepat keletihan di waktu petang. Mereka juga berkemungkinan berasa mengantuk di kelas. 

#5. Perkembangan sosial

 

Kemahiran bersosial dan komunikasi mereka pada waktu ini cukup memberangsangkan. Mereka sudah pandai mengikut peraturan dalam permainan dan suka bermain permainan board. Usia 5 tahun ini adalah satu transisi yang cukup ketara dalam perkembangan anak-anak, di mana mereka akan mengasah lagi kemahiran bersosial apabila berjumpa dengan kawan-kawan baru dan perlu memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk kanak-kanak yang selama ini dibawah jagaan ibu bapa sahaja mungkin akan mengalami hari pertama yang kekok di prasekolah, namun itu adalah normal. Beri anak anda dalam satu hingga dua minggu untuk melihat membiasakan diri. Sebaik anak anda mula prasekolah, adakan satu temujanji bermain bersama salah seorang rakan sekelasnya. Ini dapat membantu mereka tampil lebih yakin di sekolah sekiranya mereka mempunyai seorang temain baik. 

Apa ibu bapa patut buat bila anak memasuki prasekolah? 

  • Biarkan kanak-kanak bermain supaya dapat melatih kecerdasan otak
  • Cuba melatih anak melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.
  • Apabila anak menghadapi kesulitan atau masalah, cuba perbetulkannya terlebih dahulu dan jangan terus membantu, supaya mereka belajar bagaimana cara untuk selesaikannya dengan sendiri. 
  • Ibu bapa harus tegas mengenai disiplin dan etika supaya anak-anak sentiasa menghormati orang sekelilingnya. 
  • Jangan terlalu memaksa anak untuk membaca, menulis dan belajar tapi sentiasa memberi galakan kepada dia untuk terus memupuk sikap belajar. 
  • Semasa mengajar anak anda, pastikan anda menggunakan bahasa komunikasi yang betul seiring dengan usianya supaya dia mudah menerimanya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parents

Baca juga:

Amboi Perkembangan Anak Umur 5 Tahun Ini, Ada Saja 'Akal' Mereka Untuk Hiburkan Orang!