X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Mencerdaskan Otak Diri, Anak & Keluarga Menurut Dr Hamid Arshat

5 min bacaan
Cara Mencerdaskan Otak Diri, Anak & Keluarga Menurut Dr Hamid Arshat

Otak merupakan bahagian badan paling penting dan perlu dijaga dengan sebaiknya. Dengan itu, Dr Hamid Arshat berkongsi petua dan cara menjaga kecerdasan otak supaya lebih sihat bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa

Pakar Bidan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi 9 cara mencerdaskan otak yang diamalkan sejak dahulu seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Disebabkan itu, walaupun sudah menjangkau usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan setiap pembedahan untuk pesakitnya sama ada kelahiran, rawatan fibrioid dan lain-lain. 

Generasi muda boleh ikuti dan jadikan 9 cara mencerdaskan otak yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk lebih sihat dan cergas setiap hari hingga ke usia tua. 

9 cara mencerdaskan otak dikongsikan Dr Hamid Arshat 

#1. Amalkan gaya hidup sihat 

cara mencerdaskan otak, cerdaskan otak, kecerdasan otak, cara menjaga kesihatan otak, kesihatan otak, petua kecerdasan otak, cara menjaga kecerdasan otak kanak-kanak, cara menjaga kecerdasan otak orang dewasa, petua kecerdasan fungsi otak

Menurut Dr Hamid Arshat, apabila usia melebihi 70 tahun, ada risiko untuk penyakit Alzheimer iaitu penghidap nyanyuk dan kehilangan daya ingatan.

Oleh sebab itu, otak tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menganggu urusan seharian.

Namun begitu, peningkatan usia fungsi otak ini akan tetap berkeadaan baik jika orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif secara fizikal juga mental.

#2. Rajin baca Al-Quran dan hafal sifir 

Cara Mencerdaskan Otak Diri, Anak & Keluarga Menurut Dr Hamid Arshat

Untuk mencerdaskan otak, anda harus rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari.

Kemudian ulangi ayat-ayat Al-Quran itu  sebanyak 40 kali sama ada ketika bersolat, memandu atau di mana saja.

“Antara surah yang saya hafal seperti Al-Mulk, As Saff, Al Sajadah, Al Qiyamah, Al Insan dan separuh Al Waqiah serta lain-lain. Surah ini kena selalu baca untuk terus ingat.

“Selain itu, kanak-kanak perlu dilatih hafal sifir dan buat kira-kira tanpa menggunakan kalkulator atau komputer. Ketika di sekolah rendah saya hafal sifir satu hingga 12. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matematik untuk semua peperiksaan,” katanya. 

#3. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal 

Cara mencerdaskan otak yang lain ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal selama 30 minit kerana ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

Antara kebaikan lain: 

  • Menambah sel-sel neuron 
  • Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron. 
  • Senaman bantu mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran. 
  • Meluaskan pusat ingatan 
  • Melancarkan aliran darah pada otak 

#4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi yang kita minat 

Rahsia sihat Tun Mahathir, Tun M, Tun  M kekal muda, kekal sihat Tun M, rahsia Tun M sihat

Jika ingin terus sihat, belajar sesuatu kemahiran baru dan cari hobi yang kita minati serta gembira ketika melakukannya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. 

#5. Jangan buat banyak kerja serentak 

Ya, jangan buat kerja serentak atau multi tasking contohnya membuat panggilan telefon tapi pada masa yang sama menyusun dan menyimpan barang.

Pasti kita akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana. 

#6. Jaga waktu tidur 

cara mencerdaskan otak, cerdaskan otak, kecerdasan otak, cara menjaga kesihatan otak, kesihatan otak, petua kecerdasan otak, cara menjaga kecerdasan otak kanak-kanak, cara menjaga kecerdasan otak orang dewasa, petua kecerdasan fungsi otak

Perlu cukup tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

“Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur waktu siang menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa pula jika tidur sekejap waktu siang (power nap) meningkatkan daya fungsi otak,”.

#7. Buat nota kecil 

Amalan mencatit setiap perkara baru yang dipelajari dalam buku nota dapat meningkatkan ingatan kita. Apatah lagi, amalan ini juga menjadi tabiat untuk orang-orang di negara Jepun dan Korea.

“Perlakuan ini juga dilakukan oleh Imam Shafie. Setelah mendengar kuliah dari gurunya dia sering menulis nota di sebelah tapak tangan kirinya. Kemudian dia boleh mengingat semula segala yang dicatatkan di tapak tangannya itu.

“Satu kajian ke atas kanak-kanak yang suka melukis tentang perkara baru yang dipelajari mendapati bahawa mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian,”. 

#8. Amalkan makanan terbaik untuk otak 

Makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Selain itu, kurangkan gula, karbohidrat dan makanan segera kerana meracuni sel-sel otak. 

Khasiat tumbuhan alami untuk otak 

Cara Mencerdaskan Otak Diri, Anak & Keluarga Menurut Dr Hamid Arshat

  • Kunyit dan kari: Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan dan pertumbuhan sel neuron.
  • Saderi, lada dan lobak merah: Mengandungi luteolin yang mencegah kerosakan sel neuron. 
  • Brokoli, cauliflour dan kuning telur: mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Selain mencegah tindakan racun otak.  
  • Kacang walnut, almond ikan makeral dan salmon: Mengandungi omega 3 atau DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkatkan fungsi otak dan pemulihan sel otak. 
  • Pisang, sayuran hijau dan beans: Mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepatkan maklumat. Magnesium ini juga meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak, jika diberikan mereka makan pisang waktu sarapan melonjakkan kecerdasan otak. 
  • Daging lembu: Sumber B 12 untuk pertumbuhan sel otak. 
  • Bluebarries: mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran dan ingatan. Serta kurangkan kerosakan sel otak. 
  • Minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan: Makanan mencegah fungsi otak dan melawan penyakit alzheimer. 

#9. Permainan otak dan elak stres 

Bermain permainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman dan hafalan juga dapat meningkat fungsi otak supaya lebih baik. 

Selain itu elakkan tekanan fizikal, mental dan emosi secara berleluasa kerana ia boleh meracuni sel otak manusia. 

Semoga bermanfaat. 

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Hamid Arshat 

Baca juga: 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

Baca juga: Berlumba Nak Anak Cepat Pandai Sebelum 7 Tahun, Sedangkan Ia Bawa Kesan Buruk Pada Perkembangan Otak & Emosi

Baca juga: Anak Yang Boleh Menulis Guna Kedua Belah Tangan Adalah Bijak! Ia Dikenali Sebagai Ambidexterity

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Mencerdaskan Otak Diri, Anak & Keluarga Menurut Dr Hamid Arshat
Kongsikan:
  • Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

    Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

  • Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

    Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

    Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

  • Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

    Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.