Doktor Ini Pesan Pantau Perkembangan Anak, Boleh Slow And Steady Tapi Janganlah Slow Sangat!

Memang setiap anak itu perkembangannya tidak sama. Ada yang cepat dan lambat.Tapi apa yang penting perkembangan anak sesuai usia itulah yang paling baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang setiap kanak-kanak itu perkembangannya tidak sama. Ada yang cepat, biasa saja dan lambat. Tapi apa yang penting perkembangan anak sesuai usia itulah yang paling baik.

Jika cepat mungkin tiada masalah, tetapi jika lambat itu yang perlu anda berikan perhatian lebih. Disebabkan itu doktor ini sentiasa pesan, ibu bapa wajib pantau perkembangan anak.

Perkembangan anak sesuai usia amat penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dengan apa yangs sepatutnya mereka capai apabila menginjak sesuatu usia itu.

Perkembangan anak sesuai usia penting untuk masa depannya

Memang anak itu lain-lain pencapaian dan perkembangannya, tetapi anda sebagai ibu bapa banyakkanlah membaca dan tambah ilmu mengenai keibubapaan.

Pastikan anak anda perkembangannya tidak terbantut bukan saja daripada segi fizikal, malah spiritual, mental dan emosi juga penting.

Menurut Dr Izzar Anwari seperti yang dikongsikan di laman Instagramnya, ada beberapa petanda amaran yang ibu bapa perlu peka dan ambil tahu mengenai anak mereka.

Jangan terleka sedikit pun. Berikut adalah antara perkongsian doktor berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab untuk memerhati dan menggalakkan perkembangan anak masing2.

Perkembangan anak2 pula dipengaruhi oleh faktor2 genetik, neurologi, fizikal, persekitaran dan emosi. Gabungan daripada faktor2 inilah yang menetukan sama ada anak berkembang ikut masa atau lambat perkembangannya.

Memang ada anak2 yang lambat sikit perkembangannya kalau banding dengan anak2 lain yang sama dengan umurnya. Sebab tu kita jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain! Slow n steady. Tapi janganlah slow sangat.

Tanda amaran perkembangan anak lambat sangat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut doktor berkenaan, petanda amaran yang anak itu lambat sangat adalah

  • Tiada respon kepada persekitaran atau ibu bapa setelah 12 bulan
  • Tidak berjalan lagi setelah 18 bulan
  • Tiada perkataan jelas lagi setelah 18 bulan
  • Tiada ayat dua perkataan lagi setelah 2 tahun
  • Masalah interaksi sosial pada umur 3 tahun
  • Lewat atau tak dapat mencapai ‘milestone’ normal

Apa yang ibu bapa boleh buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Izzar ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak adalah sumber rujukan paling tepat kerana mereka melihat anak itu setiap hari.

Jadi ibu bapa perlu perhatikan anak mereka, lihat perhembangan anak masing-masing. Apa yang ibu bapa boleh buat elak perkembangan anak menjadi lambat?

#1. Galakkan mereka bercakap

Rajin bersembang dengan anak anda banyak manfaatnya. Jika mereka sekolah, tanyakan kepada mereka aktiviti di sekolah. Apa yang mereka makan, main apa di sekolah dan nama rakan-rakannya.

Mereka akan rasa anda ambil berat mengenai mereka kerana bertanyakan aktiviti seharian yang dilakukan.

Jika mereka sedang menonton televisyen, tanyalah pada mereka rancangan apa yang sedang ditonton. Tanyakan apa saja mengenai rancangan yang ditonton supaya di samping memberi perhatian kepada televisyen mereka dapat memproses maklumat bahan yang ditonton.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Galakkan anak melukis

Ada kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka dengan melukis. Jika sedih mereka akan melukis mimik muka sedih sebagainya.

Tidak salah untuk galakkan mereka melukis perasaan mereka. Selain itu, anda juga boleh bawak anak ke taman dan melukis apa saja yang ada di hadapan mereka.

#3. Menconteng

Biarkan mereka menconteng. Ada ibu bapa yang tidak kisah jika anak conteng dinding tetapi ada ibu bapa yang kisah. Jadi, jika anda kisah, ajar anak anda untuk menconteng di atas kertas. Atau sediakan satu bahagian dinding untuk dia menconteng saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai cara boleh anda pilih untuk galakkan mereka ini menconteng. Jangan terus halang minat mereka kerana ia membantu menguatkan kemahiran motor mereka yang penting untuk perkembangannya.

#4. Buat perangai

Berilah dia ruang. Anak kita juga manusia biasa, ketahuilah mereka juga ada perasaan. Biarkan mereka menangis dan selepas selepasi pujuklah. Ada masanya anak memerlukan ruang untuk melepaskan tekanan yang mereka rasai

Jangan ingat anak kecil tidak tertekan ya. Percayalah, jika anak tengok dn rasa mereka akan rasa diberi perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa. Jangan menidakkan hak mereka untuk mendapat perhatian anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Izzar Anwari

Baca juga:

Anak Semakin Matang Antara Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan!

Penulis

Lala Annuar