Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 3 Bulan, Banyaknya Celoteh Mereka Sekarang Ini!

Banyak yang nak dibualkan anak dalam perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan ini. Mereka suka bercerita kembali pengalaman dan bertanya pelbagai perkara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pasti terkejut dengan banyaknya soalan yang diajukan anak anda dalam perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan ini. Mereka sangat berceloteh dan inginkan jawapan sesegera mungkin!

Mereka belajar dengan pantas, lebih bersosial, ingin tahu tentang perbezaan dan mencuba pelbagai jenis makanan. Mari lihat perkembangan si kecil pada usia ini.

Perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan: Adakah anak anda di landasan yang tepat?

Perkembangan fizikal

Keyakinan anak anda terhadap keupayaan fizikalnya berkembang, jadi dia ingin mencuba sesuatu yang baru. Daya penglihatan mereka lebih luas dan mereka juga boleh:

  • Melukis orang dengan badan dan menyambung segitiga, bulatan, persegi
  • Mengayuh basikal tiga roda, memanjat tangga di taman permainan dan berlari lebih laju

Tip untuk ibu bapa

Luangkan banyak masa bersama anak anda. Ia mampu mengasah kemahiran fizikal dan motor kecil, membantu penglihatan dan perkembangan otak mereka.

Bila perlu berjumpa doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jumpa doktor jika anak anda tidak dapat melompat setempat, menghadapi masalah melihat dan mendengar, tidak boleh menconteng atau melakar, dan kehilangan kemahiran yang pernah dimiliki.

Perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan: Perkembangan kognitif

Pada usia ini, anak anda boleh membaca abjad dan mengenal pasti banyak bentuk dan warna. Mereka juga akan:

  •  Bertanya banyak soalan kerana itulah cara terbaik untuk dia belajar. Bersedia dengan soalan seperti,

"Mengapa kita tidak dapat melihat Tuhan?" dan "Dari manakah bayi datang?"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Faham konsep masa, pengiraan, fungsi objek, serta membezakan realiti dan fantasi.

Tip untuk ibu bapa

Membaca membantu dalam perkembangan kognitif. Apabila anda membaca dengan anak anda:

  • Berhenti dan tanya soalan tentang apa yang telah berlaku sebelum ini dalam cerita, dan apa yang difikirkannya akan berlaku kemudian.
  • Memasak juga adalah satu aktiviti yang dapat mengajar mereka konsep matematik.

Bila perlu berjumpa doktor

Sekiranya anak anda tidak dapat fokus lebih daripada lima minit, tidak boleh menyebut nama pertama dan terakhir dengan betul,  dan tidak boleh mengikuti arahan 2 bahagian, mungkin anda perlu mendapatkan nasihat doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

Anak anda semakin bersedia untuk meneroka dunia di sekelilingnya dan berkawan. Walau bagaimanapun, dia masih kecil, jadi perkara baru akan mempengaruhi emosi dan tingkah lakunya seperti:

  • Pindah ke negara atau sekolah lain
  • Kelahiran anggota keluarga baru

Tip untuk ibu bapa

Pada usia ini, anda boleh mula ajarkan mereka:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bahagian peribadi, dan keselamatan di sekeliling orang yang tidak dikenali
  • Bezakan emosi seperti bahagia, sedih, dan marah

Bila perlu berjumpa doktor

Dapatkan nasihat doktor jika anak anda masih bermasalah untuk makan, tidur, dan menggunakan tandas serta sering rasa takut, sedih, dan tertekan.

Perkembangan bahasa dan pertuturan

Anak anda sudah boleh memperkatakan sesuatu dengan jelas dan difahami orang sekeliling. Malah, mereka juga boleh bertanya tentang “kenapa”, “bila”, dan “bagaimana” dan maksud perkataan tertentu. Mereka juga:

  • Boleh menceritakan kembali cerita kegemaran mereka
  • Membuat ayat lebih daripada 5 patah perkataan

Tip untuk ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membantu perkembangan bahasa dan pertuturan mereka, teruskan terus bercakap dan bertanya tentang perjalanan hariannya dan apa yang dia lakukan. Anda juga boleh:

  • Membaca bersama, menceritakan cerita, menyanyikan lagu dan membaca puisi anak-anak
  • Bermain bersama dan menggalakkan mereka bercakap, berfikir, dan berimaginasi

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anak anda tidak bercakap dengan jelas menggunakan tiga perkataan dan tidak bercakap tentang aktiviti dan pengalaman hariannya.

Perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan: Kesihatan dan nutrisi

Bergantung pada umur, saiz, dan tahap aktiviti, kanak-kanak berusia 4 tahun 3 bulan memerlukan kira-kira 1,200 hingga 1,800 kalori sehari dengan tinggi sekitar 98 hingga 105cm dan berat 14 hingga 18kg.

Makan dengan anak anda supaya mereka melihat anda menikmati buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Sediakan makanan bersama-sama untuk menggalakkan mereka makan makanan yang mereka masak sendiri.

Bila perlu jumpa doktor

Jika anak anda kurang berat badan atau kecil untuk umurnya, atau jatuh sakit terlalu kerap, berunding dengan pakar pediatrik untuk mengetahui punca dan kesannya.

Celotehnya kadang-kala memenatkan anda, namun itulah cara mereka belajar dan meneroka kehidupan pada usia ini.

Baca juga:

 

 

 

Penulis

Yaya