Berumur 5 tahun 3 bulan, anak anda sekarang semakin cepat belajar benda baru dan kenali persekitaran baru. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 3 bulan mereka?
Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak 5 tahun 3 bulan.
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 3 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Menyarung kasut tanpa bantuan
- Berdiri atas satu kaki selama 10 saat
- Tepuk tangan mengikut rentak
- Menggunakan garpu, sudu dan pisau semasa waktu makan
- Tidak terkencing di dalam seluar pada waktu malam
- Buang air dan mandi sendiri
- Lompat putar
- Naik tangga tanpa bantuan, satu kaki pada setiap tapak tangga
- Lari tanpa terjatuh
- Memanjat peralatan taman permainan atau pokok
Tips Untuk Ibu Bapa
- Jangan tinggal anak anda keseorangan terlalu lama semasa waktu mandi, sekiranya ada kemalangan kecil.
- Bawa anak anda ke taman permainan yang baru dan mencuba peralatan taman permainan baru
- Masukkan anak anda ke dalam kelas berenang, jika belum
- Hadkan masa menonton skrin dan galakkan lebih banyak aktiviti fizikal
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mempunyai air kencing keruh atau merah jambu, mengalami kesakitan semasa kencing dan sentiasa terkencing di dalam seluar
- Kerap jatuh apabila aktif
- Rabun atau kurang pendengaran
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 3 Bulan: Perkembangan Kognitif
- Faham konsep betul dan salah
- Menulis huruf
- Menulis nombor
- Kira sampai 10 ke atas
- Menyebut setiap huruf dengan betul
- Melukis manusia dengan tubuh badan
- Fokus kepada sesuatu aktiviti selama 5-10 minit
- Membaca perkataan yang terdiri daripada dua huruf
Tips Untuk Ibu Bapa
- Kenalkan aktiviti-aktiviti baru kepada anak anda
- Berlatih susun suai gambar dengan 12 keping
- Galakkan anak anda merancang aktiviti mereka seterusnya
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal fokus kepada sesuatu aktiviti selama 5 minit
- Tak mampu memegang krayon dengan dua jari
- Hilang kemahiran yang sudah dipelajari
Perkembangan Anak 5 Tahun 3 Bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi
- Yakin dengan diri sendiri
- Seronok bermain dengan rakan sebaya, terutamanya rakan sama jantina
- Berkongsi mainan
- Faham dan mengikut arahan
- Mengikut tingkah laku orang dewasa, termasuk emosi
- Kenal pasti samada seseorang sedang gembira, sedih atau marah
- Tahu perbezaan antara fantasi dan realiti
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda membuat keputusan sendiri sebanyak mungkin
- Duduk berbincang dengan anak anda apabila anda sedar mereka sedang menipu.
- Pasang sistem kawalan ibu bapa di komputer dan TV anda
- Awasi anak anda apabila mereka melintas jalan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tiba-tiba menjadi malu atau pendiam selepas balik dari sekolah, ini mungkin kesan dibuli.
- Menunjukkan sifat agresif yang melampau
Perkembangan Anak 5 Tahun 3 Bulan: Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Menuturkan ayat yang penuh dan berstruktur, dengan lima hingga lapan perkataan pada suatu masa
- Bertanya tentang maksud perkataan yang anda gunakan, jika mereka tidak tahu
- Sedikit pelat bila menyebut perkataan yang ada huruf “S”.
- Berdebat dengan anda dan menggunakan perkataan “sebab” dengan kerap
- Membandingkan objek, orang dan apa ada di sekeliling. Contoh: Tangan awak lebih besar daripada tangan saya
- Mula sedar sesetengah perkataan ada lebih daripada satu maksud
- Fahami sesetengah jenaka
Tips Untuk Ibu Bapa
- Cuba menggunakan ayat yang membelit lidah supaya anak anda boleh kenal pasti perbezaan pelbagai bunyi.
- Galakkan anak anda bercerita tentang hari mereka di sekolah
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda tidak bertanya tentang perkataan atau situasi yang mereka tidak tahu.
Perkembangan Anak 5 Tahun 3 Bulan: Perkembangan Nutrisi
- Ketinggian normal mereka adalah antara 106 cm – 112 cm dan berat normal mereka adalah antara 17 kg – 20.3 kg.
- Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,200 – 1,600 kcal setiap hari.
Nutrisi penting:
- 1,000 miligram kalsium
- 10 miligram zat besi
- 10 miligram Omega-6 dan 10 miligram Omega-3
- 130 miligram magnesium
- 0.4 miligram vitamin A
- 25 miligram vitamin C
- 7 miligram vitamin E
- 3,800 miligram potasium
- 5 miligram zink
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya.
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Tips Untuk Ibu Bapa
- Elakkan memberi makanan yang terlalu berlebihan untuk bantu anak anda menaikkan berat badan – setiap kanak-kanak mempunyai carta pertumbuhan yang berbeza.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk
- Demam panas dengan suhu lebih daripada 39 celcius
- Terdapat kesan lebam atau gatal-gatal di tubuh badan
Baca lagi:
Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun – Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!