Anak Semakin Matang Antara Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan!

Pemikiran anak semakin matang dalam perkembangan anak umur 5 tahun 6 bulan. Dia dah boleh diajak bersembang dan memikirkan penyelesaian masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 5 tahun 6 bulan anak anda bukan lagi bayi yang anda jaga suatu masa dahulu. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 6 bulan mereka?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak pada usia ini.

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan: Perkembangan Fizikal 

  • Berayun dan memanjat
  • Mengayuh basikal roda tiga
  • Naik tangga tanpa masalah, menggunakan kedua-dua kaki
  • Menggunakan kutleri seperti garpu, pisau dan sudu
  • Tidak lagi menggunakan lampin dan boleh pergi ke tandas sendiri
  • Melompat sekeliling
  • Boleh berdiri atas satu kaki lebih daripada 10 saat

Tip Untuk Ibu Bapa

Bila Perlu Berjumpa Doktor 

Jika anak anda:

  • Tidak bermain permainan yang bersifat fizikal
  • Mempelajari kemahiran baru tetapi cepat terlupa kemahiran tersebut
  • Tidak berminat dengan sebarang aktiviti fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan: Perkembangan Kognitif

  • Mempunyai imaginasi yang aktif dan perasaan ingin tahu
  • Berdebat dengan anda
  • Melukis bentuk segi tiga atau apa-apa bentuk yang lain
  • Kira sampai 10 ke atas
  • Melukis manusia dengan sekurang-kurangnya 7 tubuh badan
  • Faham fungsi wang dan bagaimana menggunakannya
  • Menulis semula huruf dan nombor
  • Mula pandai menyelesaikan masalah
  • Membaca dan mengira

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Sentiasa pastikan anak anda dapat memahami anda apabila dalam perbualan.
  • Galakkan anak anda menulis atau melukis
  • Tanya anak anda tentang hari mereka, setiap hari

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gagal fokus untuk masa yang lama dan fokus senang terganggu
  • Tak boleh mengulang semula kejadian yang terjadi atau tentang hari mereka
  • Tidak menyahut apabila dipanggil atau tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain
  • Tidak melukis

Perkembangan Anak 5 Umur Tahun 6 Bulan: Perkembangan sosial dan emosi

  • Bertanya soalan yang lucu dan penuh berimaginasi
  • Sedar bahawa seseorang boleh ada perbezaan pendapat dengan orang lain
  • Berdebat dengan anda bila mereka tak bersetuju dengan keputusan anda, kurang tantrum apabila tak dapat apa yang mereka mahu
  • Ingin menggembirakan rakan-rakan
  • Emosi berubah-ubah
  • Faham peraturan dan cuba mengikut peraturan
  • Suka menyanyi, menari dan berlakon
  • Kenal konsep perbezaan jantina
  • Meniru tingkah laku rakan-rakan

Tip Untuk Ibu Bapa

  • Ajar anak anda untuk meminta maaf apabila membuat salah
  • Tunjukkan contoh yang baik dengan meminta maaf apabila anda sendiri membuat salah
  • Bagi masa dan ruang untuk mendengar apa yang anak anda ingin katakan apabila mereka marah dan kecewa.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda:

  • Menunjukkan sikap agresif, pemalu, penakut dan sedih dengan melampau
  • Tak menunjukkan sebarang emosi
  • Tiada keinginan untuk bermain dengan kanak-kanak lain

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan: Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

  • Berbual dengan orang dewasa
  • Menyanyi dan mereka perkataan-perkataan unik
  • Boleh mengira sampai 10
  • Kenal pasti empat warna atau bentuk
  • Kenal huruf
  • Bercakap dengan jelas
  • Faham konsep masa dengan mengaitkan masa dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari
  • Tahu mana mereka tinggal
  • Baca perkataan yang pendek, terdiri daripada 2 – 4 huruf
  • Menulis nama mereka sendiri

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Berkomunikasi dengan anak anda menggunakan ayat yang kompleks
  • Jawab soalan anak anda dengan soalan lain untuk galakkan mereka berbual
  • Tapi jangan paksa anak anda jika mereka kurang suka bercakap

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda:

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 6 Bulan: Perkembangan Nutrisi

  • Ketinggian normal mereka adalah antara 106 cm – 112 cm dan berat normal mereka adalah antara 17 kg – 20.3 kg.
  • Anak anda memerlukan 1200-2000 kcal sehari dan tidur yang cukup

Jumlah sajian yang dicadangkan: 

  • 0.5 cawan protein
  • 1 – 1.5 cawan buah-buahan
  • 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
  • 0.75 cawan bijirin
  • 2.5 cawan susu

Vaksin dan Penyakit Kerap

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Demam panas 
  • Perubahan berat badan
  • Anak anda mengadu tentang kesakitan

Baca juga:

7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!

 

 

Penulis

Yaya