Anak pada usia ini sudah semakin membina personaliti sendiri. Bakal memasuki persekolahan tidak lama lagi, dalam perkembangan anak umur 5 tahun 7 bulan, mereka sudah mula mencapai pelbagai peristiwa penting.
Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak pada usia ini? Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak anda.
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 7 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Kenal perbezaan antara lelaki dan perempuan
- Mempunyai semua kemahiran motor – kutip, balik, angkat – tanpa bantuan
- Melompat dengan tangkas
- Berdiri atas satu kaki dengan yakin
- Menggenggam pensil dengan tiga jari
- Memasukkan manik pada tali
Tips Untuk Ibu Bapa
- Jangan lupakan penjagaan gigi terutamanya bila gigi susu anak anda mula longgar
- Masukkan anak anda ke dalam kelas yang melibatkan aktiviti fizikal, seperti berenang atau tarian.
- Ajar anak anda untuk menyarung dan menanggalkan pakaian berseorangan.
- Hadkan masa menonton skrin ke sejam atau kurang.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal berdiri atas satu kaki, walaupun hanya untuk beberapa saat
- Kerap jatuh atau tersungkur semasa berlari
- Tak boleh menggenggam pen atau pensil dengan betul
Tumbesaran Anak Umur 5 Tahun Ke Atas: Perkembangan Kognitif
- Menyelesaikan masalah matematik yang mudah
- Menyelesaikan dan menyusun susun suai gambar
- Meniru apa yang boleh dilihat dalam gambar
- Fokus kepada sesuatu aktiviti selama 10 – 15 minit
- Mempunyai pendapat tentang beberapa perkara
Tips Untuk Ibu Bapa
- Hormati anak anda sebagai individu dan jangan memperkecilkan pendapat atau idea mereka.
- Pilih rancangan berilmu untuk anak anda tonton.
- Sediakan anak anda untuk sekolah dengan memperkenalkan anak anda kepada buku, cabaran matematik dan lawatan ke muzium.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tak boleh menyiapkan susun suai gambar yang mudah
- Gagal mengira sampai 20
- Tak menunjukkan minat dalam bertanya atau belajar tentang perkara baru
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Lebih berdikari
- Memilih rakan sama jantina lebih daripada rakan berlainan jantina
- Mengarah rakan-rakan, terutamanya yang lebih muda
- Menunjukkan emosi mereka melalui kata-kata
- Menolong anda dengan kerja rumah untuk menggembirakan anda
Tips Untuk Ibu Bapa
- Bantu anak anda fahami setiap emosi yang mereka rasa seperti keliru dan cemburu.
- Puji anak anda bila mereka melakukan perkara yang baik untuk anda atau orang lain
- Ajar anak anda adab yang baik dan bagaimana untuk membawa diri di tempat awam
- Jika anak anda berbuat salah, jangan jatuhkan hukuman yang berat. Berbincang dengan mereka dan terangkan kenapa.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Menjadi tak tentu arah bila terpisah daripada anda
- Sentiasa agresif apabila bermain dengan kanak-kanak lain
- Tidak suka bermain dengan kanak-kanak lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Menyusun ayat yang penuh dan menggunakan 7-8 perkataan
- Membaca buku dengan kuat
- Menulis ayat-ayat pendek
- Menunjukkan emosi melalui tona kata
Tips Untuk Ibu Bapa
- Berkomunikasi dengan anak anda sebanyak mungkin.
- Galakkan anak anda untuk membaca sekerap mungkin.
- Dapatkan kamus kanak-kanak untuk anak anda dan ajar mereka bagaimana menggunakannya.
- Ajak anak anda untuk bercerita tentang apa-apa yang terjadi dengan penuh deksripsi dan emosi.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Teramat malu apabila bercakap dengan rakan-rakan dan orang lain
- Mula gagap
- Enggan bercakap langsung dengan orang lain
Perkembangan Nutrisi
- Ketinggian normal mereka adalah antara 106 cm – 112 cm dan berat normal mereka adalah antara 17 kg – 20.3 kg.
- Anak anda memerlukan 1200-2000 kcal sehari dan tidur yang cukup
Jumlah sajian yang dicadangkan:
- 0.5 cawan protein
- 1 – 1.5 cawan buah-buahan
- 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
- 0.75 cawan bijirin
- 2.5 cawan susu
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya.
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Baca juga:
Anak Umur 4 Tahun 1 Bulan Sudah Pandai Berdikari & Banyak Soalan, Apa Lagi Kemampuan Mereka?