Wah, sekejap saja usia anak sudah mencapai satu tahun sebulan! Gembira rasanya bila si kecil itu sudah melalui tempoh setahun yang cukup bermakna buat kedua-dua ibu bapanya.
Tapi apakah perkembangan anak usia 13 bulan ini yang anda impikan?
Perkembangan anak usia 13 bulan ini adalah dari sudut bagaimana nak berkomunikasi dengan si kecil.
Hal ini kerana dia boleh memberikan tindak balas jika anda berbuat sesuatu kepada mereka. Contohnya bila anda bertepuk tangan si kecil juga akan ikut.
Antara yang lain tentang perkembangan anak usia 13 bulan juga apabila dia mendepakan tangannya ke arah anda sebagai tanda untuk diangkat dan dipeluk.
Selain berdiri di sebelah kerusi meja makan untuk menikmati makan malam bersama atau membawa buku cerita kegemarannya kepada anda.
Jom lihat lagi apakah perkembangan anak usia 13 bulan yang lain.
Perkembangan anak usia 13 bulan: Perkembangan Fizikal
-
Semakin lincah merangkak, berjalan dan memanjat
Si kecil ini semakin lincah merangkak, berjalan dan memanjat. Tak kira berdiri dengan sendiri atau berpaut pada sesuatu benda untuk berdiri.
Masa inilah mata anda harus lebih peka terhadap si kecil itu bimbang jika dia kerap terjatuh dan sebagainya.
Bahkan, dia juga tidak mahu duduk diam dalam kereta sorongnya lagi. Dia lebih suka berdiri dan berjalan walaupun terkedek kedek saja pergerakannya itu.
Sebab itu bila jadi ibu dan ayah anda harus kuat melayan karenah anak kecil itu yang semakin lincah.
2. Jatuh setiap hari
Sebilangan pengkaji mendakwa kanak-kanak berusia satu tahun ke atas jatuh lebih kurang 38 kali sehari. Tapi jangan risau, kanak-kanak dalam usia ini mempunyai tulang yang sangat fleksibel.
Ketika umurnya semakin bertambah , tulangnya akan bertambah kuat dan cekap malah kaki kecilnya akan berada dalam keadaan baik meskipun jatuh berulang kali.
Namun begitu dalam perkembangana anak usia 13 bulan ini, tulang kakinya masih belum kuat jadi jangan pakaikan kasut yang terlalu ketat kerana boleh menganggu tumbesaran tulang kaki anak. Biarkan kakinya membesar secara semulajadi.
3. Sudah pandai campak barang
Selain itu, perkembangan lain yang boleh dilihat juga adalah anak anda suka mencampak barang-barangnya. Dia juga belajar cara membuka, mengambil dan menanggalkan apa saja benda yang ada dihadapan mata.
Dalam usia ini anda boleh membimbing si kecil itu supaya meniru setiap tindak tanduk anda seperti mencium pipi, membuka dan menutup kotak dan sebagainya.
Perkembangan anak usia 13 bulan: Perkembangan kognitif
-
Menjatuhkan semula barang
Dalam perkembangan anak usia 13 bulan juga anda dapat melihat si kecil itu sudah tahu menjatuh barang kemudian apabila diangkat kembali dia akan buang kembali barang tersebut
Contonnya terdapat satu kotak atas meja lalu ketika bermain kotak tersebut terjatuh. Setelah anda angkat dan letak kembali atas meja. Si kecil itu dengan tangkas menjatuhkan semula hingga anda angkat semula.
Dia akan berulang kali buat perkara yang sama ini. Akhirnya dia akan ketawa lucu. Pandai sungguh!
2. Komunikasi
Seterusnya cara si kecil berkomunikasi adalah dengan meniru, menunjuk atau memprotes. Contohnya jika anda lambat bancuh susu.
Pasti dia menjerit atau memprotes. Begitu jugalah bila nak tidur. Ragam lebih kurang sama!
Perkembangan anak usia 13 bulan: Perkembangan sosial dan emosi
-
Menunjukkan emosi yang lebih luas
Tahu tak, otak anak dalam usia setahun sebulan ini semakin berkembang pesat. Dengan wajah comel, dia akan menunjukkan pelbagai emosi yang lebih luas termasuk beberapa jenis perangai yang ‘kurang cantik’.
Contohnya, anda harus banyakkan bersabar tatkala ingin memakaikan pampers atau lampin pakai buang kepadanya.
Dia pasti tak duduk diam. Silap haribulan, berlari satu rumah baru dapat pakaikan pampers. Boleh berpeluh ketiak mak-mak ini.
Jika tak dapat sesuatu atau anda melarang dia bermain. Si kecil akan meraung hingga menarik-narik rambut halus anda. Tapi teruskan bersabar okey, hembus nafas banyak-banyak dan bawa mengucap! hehe
2. Pandai membuat hubungan mata
Maksudnya si kecil anda itu sudah pandai tersenyum pada orang yang memandang ke arahnya. Kalau diacah, lagi ketawa mengekek tanda suka.
Bukan itu saja, dia akan mengerutkan dahi jika melihat orang yang tidak dikenali. Bijak kan? Siapa anak dia macam ini?
3. Menangis bila sebut ‘good bye’
Ini satu lagi perkembangan positif dalam usia setahun sebulan ini. Bila anda sebut saja ‘good bye’ sambil melambai tangan ke arahnya. Dia akan meraung, meronta dan menangis. Walaupun anda hanya acah-acah saja.
Ini juga antara dilemma ibu yang bekerja bila hantar anak ke rumah pengasuh, si kecil akan menangis jika ditinggalkan. Yalah, masa ini dia sudah tahu dan kenal orang jadi agak sukar bila nak hantar anak ke rumah pengasuh. Bertabah ya ibu-ibu sekalian.
Perkembangan anak usia 13 bulan: Perkembangan bahasa dan pertuturan
-
Faham bahasa isyarat
Bahasa pertama anak dalam usia ini adalah bahasa tubuh. Jika anda telah mengamalkan bahasa isyarat, kanak-kanak akan dapat belajar dengan lebih cepat terhadap benda dan objek baru setiap hari.
Perbendaharaan kata pasifnya akan berkembang pesat.
Contohnya, jika ada cakap ‘no’, si kecil akan faham itu tanda tak boleh. atau anda menunjukkan sesuatu ke arahnya lalu dia akan memandang ke arah itu. Ini menunjukkan sesuatu yang positif. Tanda si kecil faham apa yang anda ingin sampaikan.
Perkembangan anak usia 13 bulan: Nutrisi dan pemakanan
-
Belajar guna cawan
Apabila kemahiran motor halus kanak-kanak berkembang, anda boleh mula mengajarnya minum dari cawan terutamanya minuman jus buah atau air kosong.
2. Kurangkan minuman dan makanan manis
Jika makanan dan minuman manis diberikan seawal umur satu tahun ia boleh menyumbang kearah kerosakan gigi. Jadi elakkan. Selain pastikan anda memberus gigi si kecil setiap hari supaya mulut tidak berbau dan gigi tetap putih bersih.
Tips keibubapaan
- Jauhkan anak dengan soket elektrik dan barangan kaca kerana boleh mendatangkan kecederaan jika dia bermain di situ.
- Jangan berjauh hati jika anak lambat berkembang kerana ada kanak-kanak yang sudah nampak tumbesaran positif sekitar awal 10 bulan dan ada yang perlu menunggu hingga 16 bulan. Jadi anda harus tetap terus bersabar.
- Tetapi jika ada perkara yang membimbangkan anda terhadap perkembangan anak usia 13 bulan ini, bawa si kecil berjumpa dengan pakar pediatrik. Mereka sedia membantu setiap persoalan anda dalam membesarkan anak-anak.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Solusi sehatku
Sumber: Penulis asal Katrijn de Ronde. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.