Tanda-tanda perkembangan positif anak umur 1 tahun 7 bulan

Adakah si kecil semakin ligat dan lincah? Sebab itu, anda harus tahu juga cara membantu kembangkan lagi kepintaran si kecil itu supaya setanding dengan anak kecil yang lain tapi jika boleh jangan cuba bandingkan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak benda lagi yang anda perlu tahu dalam perkembangan anak usia 19 bulan ini. Si kecil itu akan lebih lincah berlari, menari, mendaki dan sebagainya. Bahkan, tahap tenaga dia macam tak turun-turun. Bersemangat saja nak bermain setiap hari. 

Lihat sajalah aktiviti dia setiap hari seperti membuka kabinet, sepahkan mainan, tarik rambut ibunya, naik atas badan ayah dan banyak lagi.

Walaupun sikap si kecil itu nakal sekalipun, anda akan tersenyum melihat telatahnya. Inilah saat yang anda ‘sesuai’ untuk kembangkan lagi kebijaksaan dan kecerdasan anak. 

Perkembangan anak usia 19 bulan

Kredit: baby center

Perkembangan anak usia 19 bulan dari sudut fizikal 

#1. Masa sesuai meneroka dunia luar 

Ya betul, ini adalah masa yang sesua untuk bawa anak meneroka dunia luar seperti beriadah ke taman atau bermain gelongsor di taman permainan. 

Di sana dia boleh berlatih berjalan, berlari dan membaling bola. Tapi anda harus memerhatikan langkah si kecil itu supaya tidak berlaku sebarang kecederaan semasa bermain.

Nanti  kalau terjatuh dan menyebabkan lutut luka misalnya, dia akan mengelak untuk terus bermain. Jadi masa untuk perkembangan fizikalnya akan terganggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kurang tidur 

Apabila terlalu aktif, anak akan sukar untuk tidur. Ditepuk tepuk punggung pun masih mahu bermain lagi. Namun begitu, pastikan anak ambil sedikit masa untuk tidur di waktu petang. 

Manakala malam pula kalau dia masih nak berjaga dan bermain, anda boleh guna tips ini tutup semua lampu , tv dan gelapkan rumah. Paling tidak beri dia susu supaya perutnya rasa kenyang. Pasti dia rasa mengantuk selepas itu. 

Perkembangan anak usia 19 bulan dari sudut kognitif 

Kredit: gifts for learning

#1. Suka eksplore banyak benda 

Kini, anak kecil anda semakin bijak. Jika ada anak perempuan dalam usia ini, dia suka bermain mekap-mekap atau berdandan cantik. Kasut tumit tinggi ibu akan jadi sepatu kegemarannya. Selain, cuba-cuba untuk pakai topi, selendang dan barang-barang yang lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tahu guna peralatan di rumah 

Perhatikan anak kecil anda. Dia semakin bijak menggunakan peralatan rumah seperti si kecil itu tahu sudu digunakan untuk makan. Kegunaan pinggan pula untuk meletak nasi dan sebagainya. 

Apatah lagi dia suka meniru gaya orang dewasa seperti sikatkan rambut anak patung dan suap teddy bear makanan. 

#3. Faham setiap arahan 

Anak kecil anda sudah faham dan memberikan tindak balas setiap arahan lisan pendek seperti memintanya duduk, berdiri, berjalan dan sebagainya. 

Perkembangan anak usia 19 bulan dari sudut emosi dan sosial 

#1. Suka pelukan dan ciuman 

Dalam perkembangan anak usia 19 bulan ini, anda dapat melihat banyak keseronokkan dalam hidup anak kecil seperti dia suka berpelukan dan ciuman. Dia juga sudah tahu memeluk ibu dan ayahnya secara tiba-tiba, tanda dia sayangkan kedua-duanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Banyakkan aktiviti menarik 

Mungin menjadi sukar untuk melakukan aktiviti bersama si kecil yang semakin aktif itu. Tapi anda boleh mencubanya sepeti meletakkan buku-buku cerita dihadapannya, bermain air ketika mandi, meletakkan bola-bola kecil di dalam biliknya dan lain-lain. Pasti dia rasa terhibur dan seronok. 

#3. Mengajarnya erti perkongsian 

Kalau dalam umur sebelum ini si kecil tidak suka berkongsi. Tapi dengan perkembangan anak usia 19 bulan ini, anda harus mengajarnya cara-cara berkongsi dengan menggunakan kata-kata. Ini adalah kerana anak kecil suka mendengar dan belajar sesuatu dari situ. 

Perkembangan anak usia 19 bulan dari sudut bahasa dan pertuturan 

#1. Sudah boleh meluahkan kata-kata 

Biasanya, anak kecil akan mula belajar bercakap sekitar umur lapan hingga 24 bulan. Tapi jangan terlalu risau jika anak anda belum boleh bercakap lagi. Kelewatan untuk bertutur adalah perkara biasa.

Namun, jika terlalu lewat sehingga 19 bulan anda harus berunding dengan pakar kanak-kanak. Bagaimana cara membantu si kecil untuk mula bertutur. 

#2. Pelajari banyak bahasa

Jika anda sudah mula mengajar anak bercakap pelbagaikan pengunaan bahasanya seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan semestinya bahasa Melayu. Anak anda akan mulakan kalimat penggunaan bahasa itu dengan baik nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, parents adalah guru yang paling bagus untuk mengajar anak bercakap. Gunakan perkatan dan ayat yang mudah bagi menyokong anak bercakap. Selain terangkan gambar dalam buku dengan warna dan penggunaan ayat yang besar serta jelas. 

Perkembangan anak usia 19 bulan dari sudut kesihatan dan nutrisi 

#1. Sepahkan makanan

Inilah antara dilemma para ibu sekalian. Dalam perkembangan anak usia 19 bulan ini, si kecil paling tak tahu duduk diam bila makan. Habis makanan itu bersepah atas meja. Tapi caranya ibu boleh lapik pinggan makanan dengan plastik atau surat khabar supaya mudah untuk dibersihkan nanti. 

Tips untuk ibu bapa 

  • Memastikan langkah keselamatan di rumah setiap dua bulan kerana si kecil itu sudah aktif berjalan, mencapai barang, memanjat dan melompat.
  • Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari walaupun dia semakin aktif 

Walaubagaimanapun jika anak anda seperti berkelakuan pelik, tidak aktif, kurang selera makan dan sebagainya. Bawa si kecil itu berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mengetahui permasalahan yang dialami. Manfaatkan artikel ini dengan berkongsi di socmed anda. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Katrijn de Ronde. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-1-tahun-6-bulan/