Anak 2 tahun 11 bulan mula tunjukkan tumbesaran intelektual yang positif!

Sebulan lagi si kecil akan masuk ke usia 3 tahun. Adakah perkembangan mereka ke arah positif? Ayuh parents, bantu anak dengan 'lebih' lagi supaya si kecil membesar seiring kanak-kanak yang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Horrey! Kini usia anak sudah hampir nak capai usia 3 tahun. Cuma tinggal satu bulan lagi! Adakah anda sudah bersedia untuk tahu perkembangan anak usia 35 bulan ini? Ayuh kita lihat bersama! 

Jika dahulu, anak anda masih lagi duduk dalam kereta sorong, tapi kini, si kecil itu gembira berjalan di hadapan orang lain dengan begitu lincah dan tangkas. 

Tenaga mereka seolah tiada kesudahan! Oleh sebab itu, anda perlu tahu tonggak perkembangan anak usia 35 bulan ini dari perlbagai segi. 

Tapi, harap maklum: perkembangan anak kecil berbeza-beza. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai perkembangan anak usia 35 bulan ini, jangan teragak-agak untuk berunding dengan ahli pediatrik.

Perkembangan anak usia 35 bulan 

1 – Perkembangan fizikal 

Mula-mula dulu, dia akan merangkak naik tangga dan berjalan berganti kaki. Tapi kini, anda dapat melihat anak kecil itu dengan penuh yakin menurun setiap anak tangga di hadapan mereka. 

Malah, anda juga dapat melihat peningkatan yang besar dalam kemahiran memanjat dan larian mereka.

Anda boleh melatih anak permainan mengimbangi bola dengan satu kaki. Malah ajarlah juga cara menangkap bola. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak kecil anda berkembang dengan baik. Namun jangan terlepas pandang pada ciri-ciri keselamatan yang perlu sentiasa dipantau. Bimbang jika sebarang kemungkinan boleh berlaku. Teruskan rutin ini seperti selalu.

Tips:

  • Sering ingatkan anak supaya berhati-hati dan tidak bermain di tangga. 
  • Menawarkan bantuan dengan membawa mainan mereka semasa menuruni tangga dengan selamat
  • Pola perkembangan menangkap bola semakin berkembang. Anda boleh bawa anak ke luar bermain. 
  • Bola pantai adalah pilihan jenis bola yang sesuai kerana ringan dan selamat.
  • Ingatkan anak supaya berhati-hati ketika berinteraksi dengan orang lain. 

2 – Perkembangan sosial 

Kredit: Dunia anak

Anak kecil anda itu kini sudah pandai menunjukkan empati dan menjaga hati orang sekeliling seperti menghiburkan orang atau menawarkan sesuatu kepada rakan yang sedang bersedih.

Di samping itu, anak kecil anda juga akan mula membina persahabatan dengan orang dewasa (pengasuh) ataupun kanak-kanak lain yang sering meluangkan masa bersamanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips:

  • Sentiasa lakukan rutin aktiviti harian. Namun jangan lakukan perubahan kerana anak mudah kecewa. 
  • Jangan rasa bersalah membiarkan anak-anak bermain kerana ia bantu membina tumbesaran mereka yang lebih sihat. 
  • Berikan banyak masa untuk anak bermain. Ia membantu mereka belajar sesuatu dari situ. 

3 – Perkembangan emosi 

Dalam sebahagian perkembangan anak usia 35 bulan ini, anda boleh membantu mereka menguruskan perasaan dan emosi yang lebih baik.

Tetapkan peraturan yang munasabah, jelas dan mudah diikuti. 

Tips:

  • Ketika membaca buku pada anak, tunjukkan reaksi dan kaitkan sesuatu perkara dengan watak-watak dalam buku cerita itu.
  • Banyakkan berkomunikasi dengan anak dengan tanyakan aktiviti mereka dengan rakan-rakan. 

4 – Perkembangan motor halus 

Perkembangan anak usia 35 bulan juga dapat dilihat dari sudut kemahiran motor halus. Contohnya, si kecil anda itu sudah pandai menutup jar air atau pintu pagar rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, kemahiran tumpuan mereka juga meningkat kerana boleh bermain lebih banyak permainan berstruktur dengan orang lain. Selain, turut bijak bermain puzzle dan permainan lain yang dapat menguji minda mereka. 

Tips:

  • Ketika membaca, biarkan si kecil mengubah halaman seterusnya. 
  • Projek-projek seni yang mudah dapat mengimbangkan kreativiti dan inovasi kanak-kanak.
  • Menyimpan beberapa lukisan anak dan jadikannya sebagai pembalut hadiah. 

5 – Perkembangan bahasa dan percakapan 

Walaupun bahasa mereka mungkin belum cukup hebat, namun kanak-kanak dalam perkembangan anak usia 35 bulan ini boleh mengikut arahan dengan baik. 

Anak kecil anda juga mempunyai perbendaharaan kata yang bagus dan tahu menggunakan kata nama, kata sifat, kata ganti dan lain-lain. 

Tetapi kata-kata yang sering diulangi adalah ‘kenapa’. Mereka akan terus bertanya untuk mendapatkan jawapan yang pasti hingga ada ketikanya anda akan rasa penat melayan pertanyaan si kecil itu. 

Bahkan si kecil ingat lirik-lirik lagu tertentu dan dendangkan di telinga anda. Namun, jika kanak-kanak mengalami masalah pendengaran dan lewat bercakap, dapatkan bantuan terapi secepat mungkin. 

Tips: 

  • Terus menyokong perkembangan bahasa mereka dengan amalkan bacaan setiap hari. 
  • Banyakkan bernyanyi lagu mudah. Selain, bermain permainan berirama supaya dapat menggalakkan ucapan dan sebutan yang lebih baik. 
  • Hadkan masa menonton tv hanya satu jam sehari dan isikan masa tersebut dengan program yang lebih berkualiti 
  • Menjawab setiap soalan anak dengan penuh sabar. 

6 – Kemahiran kognitif 

Dalam perkembangan anak usia 35 bulan ini, si kecil itu sudah tahu membezakan satu hingga tiga warna. Malah mempunyai warna kegemaran tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah tanda yang cukup baik. Sekaligus intektual mereka semakin berkembang. 

Selain itu, bermain permainan seperti menamakan bahagian tubuh. Contohnya…

Nana, tangan mana?  Nana, ini apa? (tunjuk ke arah mata)

Di samping itu, minta dia membuat bunyi binatang dengan menunjuk haiwan tersebut dalam sebuah buku. Contoh, 

Nana, macam mana bunyi Harimau? AUUUUMMMMMMM

Namun begitu, menonton televisyen juga dapat memupuk pembelajaran yang baik pada anak-anak dan memberikan manfaat seperti Upin Ipin, Sesame Street dan banyak lagi. 

Tips

  • Bantu memperkuatkan pengetahuan anak kecil dengan bermain permainan yang menguji minda dan kecerdasan otak. (Contohnya seperti yang diberitahu tadi). 
  • Cuba tidak membandingkan anak anda dengan kanak-kanak yang lain selagi tidak ada yang membimbangkan. 
  • Terus memupuk perkembangan anak anda dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. 

Apa yang pasti, anda mungkin terkejut apabila anak kecil itu mengajar  satu atau dua perkara kepada ibu bapanya! Semoga artikel ini memberi manfaat berguna pada anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Get Yasabe 

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-usia-34-bulan/