Tahukah anda, perkembangan bahasa anak boleh berkembang jika ibu bapa membacanya lima buah buku sehari dan mereka dapat mendengar 1.4 juta perkataan berbanding kanak-kanak yang tidak pernah membaca?
Penyelidikan dari Ohio State University menjelaskan, terdapat jurang dalam perbezaan perbendaharaan kata dan perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak.
Menurut penyelidik, kira-kira 25% kanak-kanak tidak membaca dan 25% lagi hanya membaca di waktu tertentu. Penemuan itu menemui, manfaat membacakan buku cerita kanak-kanak kepada mereka.
Anak yang hanya membaca satu buku setiap hari akan mendengar lebih kurang 290,000 perkataan pada masa mereka berumur 5 tahun berbanding kanak-kanak yang langsung tidak membaca di rumah!
Anak-anak yang mendengar lebih banyak kosa kata akan lebih bersedia untuk melihat kata-kata yang dicetak dalam buku ketika masuk ke sekolah. Malah kemahiran membaca mereka lebih cepat dan mudah.
Perkembangan bahasa anak – Berapa banyak perkataan yang mereka dengar?
Para penyelidik bekerjasama dengan Perpustakaan Colombus Metropolitan mengedar 100 buah buku yang diketegorikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama kepada board book mensasarkan kepada bayi dan kanak-kanak, manakala bahagian kedua ialah buku bergambar untuk murid prasekolah.
Kemudian, mereka memilih 30 buah buku dari kedua-dua senarai secara rawak dan mengira berapa banyak perkataan dalam setiap buku.
Mereka mendapati board book mengandungi kira-kira 140 perkataan dan buku bergambar memiliki 228 patah perkataan.
Setelah itu, para penyelidik mengira berapa banyak perkataan yang didengari oleh kanak-kanak bermula dari lahir sehingga lima tahun pada tahap bacaan yang berbeza.
Berdasarkan pengiraan tersebut berikut hasil yang telah disimpulkan:
- Tidak pernah membaca – 4,662 perkataan
- Baca hanya 1 hingga 2 kali seminggu – 63,570 perkataan
- Baca sebanyak 3 ke 5 kali seminggu – 169,520
- Baca setiap hari – 1,483,300 perkataan
Jumlah perkataan yang dikira itu bukan semata-mata semasa membacakan buku kepada anak, tetapi ia juga dikira apabila ibu bapa membiasakan diri bercakap dengan mereka.
Apabila ibu bapa kerap bercakap dengan anak, ia dapat memperluaskan kosa kata baru dan memperkenalkan lebih banyak perkataan.
Kesimpulannya, membaca bukan saja menerapkan hobi kepada anak-anak tetapi mengajar kemahiran baru kepada anak yang merupakan ilmu penting yang sangat berguna di kemudian hari.
Para penyelidik turut menambah, ibu bapa boleh jadikan masa tidur untuk membaca buku kepada anak supaya perbendaharaan dan perkembangan bahasa mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun
Baca juga: Buku Untuk Anak 4 Tahun, Pupuk Pengetahuan dan Minat Anak Dengan Buku-Buku Yang Menarik Ini!