X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Perkembangan Bayi Anda Selepas 1 Minggu, Si Kecil Dah Kenal Suara Ibu Ayah!

6 min bacaan
Ini Perkembangan Bayi Anda Selepas 1 Minggu, Si Kecil Dah Kenal Suara Ibu Ayah!

Ini antara perkembangan bayi 1 minggu yang anda perlu tahu. Selepas dilahirkan, mereka giat membesar! Jadi parents ambil perhatian, ya?

Tahniah ibu! Sembilan bulan dalam perut, kini bayi comel anda sudah selamat dilahirkan. Anda mungkin fikir tiada apa yang perlu anda tahu tentang perkembangan bayi 1 minggu, tapi anda sebenarnya salah.

Walaupun si manja itu baru saja dilahirkan, tapi setiap hari, perkembangannya semakin maju. Tak percaya jom kita tengok.

Perkembangan bayi 1 minggu: Perkembangan fizikal

Comel kan bila bayi dah mula nampak lemak-lemak macam ikon tayar Michelin? Sebenarnya, ini kerana mereka masih belum boleh memproses lemak. 

Kepala bayi 1 minggu juga mungkin nampak sedikit besar dari badannya. Tapi jangan risau, itu benda normal. 

Satu lagi perkembangan bayi 1 minggu yang anda perlu tahu ialah mereka tidak mampu merenung anda kembali. Ini kerana pada usia 1 minggu, mereka masih rabun dekat.

perkembangan bayi 1 minggu, perkembangan bayi minggu satu, perkembangan bayi usia 1 minggu, perkembangan bayi umur 1 minggu, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak usia 1 minggu, perkembangan anak 1 minggu,

Jadi, apabila anda merenungnya, anda akan nampak dia akan melihat kening, garis rambut atau mata anda. Matanya juga mungkin nampak juling!

Tapi jangan bimbang, itu juga perkara biasa. Apa yang anda boleh bantu ialah dengan menggerakkan kepala anda ke kiri dan kanan perlahan-lahan. Tengok sama ada mata bayi ikut atau tidak. 

Dengan melakukan perkara ini, anda membantu menguatkan otot mata mereka. 

Lagi satu, jangan beli permainan yang berwarna-warni. Sebaliknya, beli permainan dengan warna kontras seperti hitam, putih atau merah. 

Sehingga anak berumur enam bulan, hanya warna-warna itu yang mereka paling boleh nampak.

Alat sulit dan payudara bayi juga akan kelihatan sedikit bengkak. Jangan risau ibu, itu juga benda biasa. Ia kerana hormon yang diserap bayi ketika dalam rahim.

Satu lagi perkembangan bayi 1 minggu ialah mereka akan ada bulu-bulu halus di belakang badan, bahu dan dahi. Bulu halus ini dipanggil sebagai lanugo.

Ia bertujuan untuk melindungi kulit bayi. Ia akan hilang dalam masa beberapa minggu. 

Pada peringkat ini, panjang dan berat anak harus seperti berikut

- Lelaki
Panjang : 49.8 cm (19.6 inci)
Berat : 3.3 kg (7.4 lb)

- Perempuan
Panjang : 49.2 cm (19.4 inci)
Berat : 3.3 kg (7.3 lb)

Lilitan kepala

Lelaki : 34.5 cm (13.6 inci)
Perempuan : 33.9 cm (13.3 inci)

Perkembangan bayi 1 minggu: Perkembangan kognitif

perkembangan bayi 1 minggu, perkembangan bayi minggu satu, perkembangan bayi usia 1 minggu, perkembangan bayi umur 1 minggu, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak usia 1 minggu, perkembangan anak 1 minggu,

Walaupun baru seminggu dilahirkan, mereka sudah mengenali anda, wahai ibu. Mereka kenal suara anda kerana anda selalu menyanyi dan cakap dengan bayi dalam rahim.

Mereka juga kenal sentuhan anda kerana anda kerap mengusap perut dan bayi membalasnya dengan tendangan kecil. Kini, mereka mengenali bau anda! 

Ibu, sentuhan, kasih sayang dan suara anda bergabung untuk membantu bayi rasa lebih selamat. Selain itu, otaknya juga akan bertindak balas dan makin berkembang.

Jadi, teruskan bercakap dan mengasihi anak kecil anda itu.

Perkembangan bayi 1 minggu: Perkembangan kesihatan dan pemakanan

Sumber nutrisi bayi kini hanyalah susu badan anda. Susu badan mengandungi nutrien penting yang amat berharga seperti antibodi, mineral dan vitamin. 

Susu badan akan melindungi bayi 1 minggu anda dari sebarang penyakit, sambil memperkembangkan imunisasi badannya. 

Selain susu badan, bayi juga dapat memperoleh kebaikan dari kolostrum anda. Namun, kolostrum mungkin akan hilang lepas 2 3 hari. Yang tinggal hanyalah susu badan. 

perkembangan bayi 1 minggu, perkembangan bayi minggu satu, perkembangan bayi usia 1 minggu, perkembangan bayi umur 1 minggu, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak usia 1 minggu, perkembangan anak 1 minggu,

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Antara benda yang perlu anda ingat tentang menyusu bayi 1 minggu ialah:

  • Susu keluar atas permintaan. Lebih banyak anda beri anak minum susu, lebih banyak susu badan akan keluar. Tapi bayi tak dapat mengawal pemakanannya, jadi ibulah kena bertanggungjawab untuk tahu bila anda patut bagi bayi susu. Tanda-tanda bayi lapar ialah: rooting, menghisap jari/tangan, mulut terbuka
  • Perut bayi baru besar sebiji marmar, jadi anda TAK BOLEH beri sebarang makanan lain pada mereka, melainkan susu badan
  • Selepas 3 hingga 5 hari, anda akan mengalami let-down iaitu pengeluaran susu yang meningkat
  • Kalau payudara bengkak, pastikan bayi betul-betul melekap dengan elok pada payudara. Anda kena kosongkan payudara
  • Jika anda ada masalah untuk menyusu, jangan lupa dapatkan pandangan pakar

Bayi yang diberi susu badan mungkin akan hilang berat dalam hari pertama ke tiga selepas dilahirkan. Ia normal. 

Jangan benarkan pelawat atau tetamu mencium bayi anda. Ini kerana sistem imun badan mereka masih lemah dan sedang membangun. Mereka cepat terdedah pada jangkitan. 

Secara umum, bayi anda memerlukan sekitar 368.7 kalori sehari bagi membantu meningkatkan pertumbuhannya.

Biasanya jumlah susu ibu atau susu formula untuk bayi pada peringkat ini seperti berikut:

Susu badan : 19.3 - 30. 4 auns sehari
Formula : 16 - 24 auns sehari

Vaksinasi dan penyakit biasa

Semasa lahir, anak kecil anda sepatutnya menerima suntikan seperti berikut:

BCG : imunisasi terhadap Tuberkulosis
Hepatitis B: Imunisasi terhadap Hepatitis B

Perlu tahu, selepas dua ke tiga hari selepas vaksin BCG diambil, benjolan merah kecil biasanya muncul di tempat suntikan. Benjolan ini boleh membesar sedikit dan berbentuk seperti keloid. Namun usah risau ia hanya parut biasa tanpa kesan sampingan yang lain.

Dalam masa yang sama badan bayi masa ini mudah terkena penyakit jadi pastikan mereka yang mengendalikan bayi mengamalkan kebersihann yang ketat termasuklah mencuci tangan dengan kerap.

Paling penting, pastikan tiada sesiap yang mencium bayi anda sama ada di muka, mulut, tangan, pipi dan sebagainya kerana kuman boleh merebak pada bayi .

Perkembangan bayi 1 minggu: Cara jaga bayi baru lahir

perkembangan bayi 1 minggu, perkembangan bayi minggu satu, perkembangan bayi usia 1 minggu, perkembangan bayi umur 1 minggu, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak usia 1 minggu, perkembangan anak 1 minggu,

Sentiasa periksa lampin bayi pada beberapa minggu pertama untuk memastikan bayi dapat susu yang mencukupi. Bayi yang diberi susu badan akan memiliki najis berwarna hijau.

Kemudian, ia akan bertukar ke warna kekuningan, memiliki sedikit bijian dan seperti sos mustard. 

Perkembangan bayi 1 minggu juga dapat dilihat dari berapa banyak lampin yang harus ditukar. Biasanya, dalam 24 jam, anda perlu tukar lampin sebanyak 3 hingga 5 kali. 

Lampin yang basah pula dalam 5 hingga 6 kali sehari. 

Cara menjaga keselamatan bayi baru lahir

perkembangan bayi 1 minggu, perkembangan bayi minggu satu, perkembangan bayi usia 1 minggu, perkembangan bayi umur 1 minggu, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak umur 1 minggu, perkembangan anak usia 1 minggu, perkembangan anak 1 minggu,

Ibu, ingat, mereka ini masih sangat fragile. Pegang kepala mereka dengan lembut. 

Untuk mengelak kejadian bayi mati terkejut (SIDS), sentiasa baringkan bayi secara terlentang ketika tidur. Jangan letak sebarang selimut, permainan atau bantal dalam katil bayi.

Tips untuk ibu bapa baru

Perubahan yang mendadak antara mengandung dan betul-betul ada bayi mungkin akan buat anda rasa terlalu "serabut".

Sebab itu anda memerlukan sokongan pada peringkat awal menjadi ibu bapa baru ini. Benda yang suami anda tak boleh tolong hanyalah menyusu badan.

Tapi, itupun dia masih boleh tolong sebenarnya iaitu dengan memastikan anda makan nutrisi yang secukupnya. 

Bahagi tugas dengan suami seperti mandikan bayi dan salin lampin. 

Anda juga perlu mengurut untuk menjaga kesihatan dalaman badan. Ingat, hormon dalam badan ketika ini tengah melonjak, jadi anda berkemungkinan untuk rasa depresi.

Dapatkan bantuan doktor dan pasangan jika anda ada tanda-tanda ingin meroyan. Jangan rasa malu!

Apapun, kami mengucapkan tahniah kepada anda. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Bayi 6 Bulan, Wajib Galakkan Perkembangan Kognitif Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Ini Perkembangan Bayi Anda Selepas 1 Minggu, Si Kecil Dah Kenal Suara Ibu Ayah!
Kongsikan:
  • Perkembangan & Penjagaan Bayi Selepas 2 Minggu Kelahiran

    Perkembangan & Penjagaan Bayi Selepas 2 Minggu Kelahiran

  • Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

    Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.