Sembilan bulan sudah berlalu, dan kini anda dapat melihat perkembangan bayi 6 minggu yang semakin aktif sekaligus menerbitkan lebih rasa bahagia dalam hati.
Mengimbas kembali saat baru dilahirkan, ketika tangan anda gementar menyambut tubuh si kecil setelah menahan sakit kontraksi yang cukup luar biasa…
Kini, anda boleh menarik nafas kerana bayi sudah boleh tersenyum dan wajahnya juga sudah mulai kelihatan mirip ibu atau ayahnya.
Pada masa ini juga, anda harus banyakkan waktu bermain, berbicara, memeluk dan mencium lembut pipinya supaya dia rasa selesa dengan kehadiran anda di sisi.
Perhatikan juga reaksi si kecil pada bunyi yang berlaku di sekitarnya dan bagaimana dia mengawal situasi tersebut.
Permainan bagi perkembangan bayi 6 minggu
#1. Buku ada gambar: Duduk bersama bayi dan tunjukkan si kecil gambar buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan lain. Kemudian sebut nama tersebut satu persatu.
Permainan ini bermanfaat bagi pembentukan kemampuan visual dan verbal si kecil meskipun mereka belum pandai bertutur.
#2. Letakkan bayi di atas papan ayunan dan tolak perlahan-lahan. Dengan permainan ini, bayi dapat memahami apa yang terjadi.
Seterusnya dia dapat gerakkan tangan supaya tubuhnya bergeser ke hadapan. Selain dapat melatih koordinasi motor kasar, bayi lebih bersiap untuk belajar merangkak.
#3. Berinteraksi dengan bayi juga dapat membantu si kecil untuk tidur lebih lena di malam hari.
Pada perkembangan bayi 6 minggu adalah masa yang tepat untuk ajar rutin tidur yang betul sekaligus dapat belajar tidur sendiri tanpa perlu didodoikan atau disusukan.
Perkembangan bayi 6 minggu – Tips untuk anda
- Biasanya setelah masuk ke perkembangan bayi 6 minggu, suami isteri akan masuk ke tahap yang lebih sukar kerana anda berdua akan mengalami kepenatan dan kurang tidur kerana perlu menjaga bayi yang tak henti menangis
- Bagi membantu ketegangan anda, luangkan sedikit masa untuk bermesra dan berbincang dengan suami ketika bayi tidur.
- Sentiasa positif dan tanamkan dalam fikiran bahawa anak anda itu akan membesar dan tak lagi merengek seperti sekarang.
- Sentiasa berfikiran positif dan tidak selalu mengeluh dengan beban kerja rumah yang semakin bertambah.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Mandira. id
Sumber : Penulis asal jpqosinbo. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperingkat-perkembangan-bayi/