Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Lagi seminggu kandungan anda akan mencecah lima bulan. Sekejapnya! Apa perkembangan janin 22 minggu ni?
Perkembangan janin 22 minggu: Bayi anda besar mana?
Perkembangan janin 22 minggu: Perkembangan bayi
- Bayi anda kini kelihatan seperti bayi baru lahir dengan bibir dan mata yang sudah terbentuk sepenuhnya.
- Gusi sudah membentuk putik gigi kecil anak anda.
- Organ terus membesar sementara pankreas sedang menghasilkan hormon penting.
- Jika anak perempuan, faraj mereka sudah terbentuk sepenuhnya.
- Anda mungkin tak percaya, tapi mereka sudah mempunyai kitaran tidur dan berjaga sekarang.
Perkembangan janin 22 minggu: Simptom mengandung
- Bayi anda sedang memenuhkan ruang dalam badan dengan sangat cepat. Hasilnya? Dia akan menekan tulang rusuk anda dan membuatkan anda sukar untuk bernafas.
- Anda sedang menarik perhatian orang lain untuk memang perut anda, tapi jika anda tak selesa, beritahu mereka.
- Pusat anda akan terkeluar ini terjadi kerana perut anda yang membesar menolaknya keluar. Ia mungkin nampak pelik, tapi apabila anda melahirkan, pusat anda akan kembali normal.
Penjagaan kandungan
- Jika anda membuat perjalanan jauh, pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi jika anda naik pesawat.
- Pastikan postur badan anda memegang dan sokong badan anda yang sakit menggunakan kusyen.
- Jika bengkak di tangan dan kaki buatkan anda sakit untuk memakai barang kemas, jangan pakai untuk sementara waktu.
- Pakai kasut yang mempunyai tapak yang kukuh untuk menampung kaki anda yang semakin membesar.
Checklist
- Lawat doktor secara berkala untuk pantau perkembangan bayi anda.
- Nikmati rambut anda yang lebat dan berkilat. Kebanyakan wanita, kehamilan membuatkan rambut mereka lebih lebat dan berkilat dari biasa
- Jangan terlalu kuat bekerja kerana stress tak baik untuk anda mahupun bayi anda.
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 21
Minggu seterusnya: Minggu ke – 23
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tak Minum Susu Langsung Sepanjang Kehamilan, Apa Makanan Pengganti Susu Ibu Hamil?
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!