Antara perkembangan janin 31 minggu adalah mereka sibuk membuat muka dan menegakkan tangan dan kaki mereka di sekeliling perut anda.
Perkembangan janin 31 minggu: Bayi anda besar mana?
Perkembangan janin 31 minggu: Perkembangan bayi anda
- Tangan, kaki dan badan bayi anda kini seimbang dengan kepala mereka.
- Organ mereka terus berkembang termasuk pundi kencing yang sekarang akan mengeluarkan air. Ini sebagai latihan mereka untuk kencing nanti.
- Bayi anda juga tahu tahu perbezaan gelap dan terang tapi ini tak menentukan masa tidur dan bangun mereka.
- Mereka sekarang sibuk membuat muka, sedu,menelan,bernafas,mengayuh dengan tangan dan kaki disekeliling dinding rahim dan menghisap jari.
Perkembangan janin 31 minggu: Simptom kehamilan
- Anda akan kerap kencing uterus anda meletakkan tekanan pada pundi kencing anda yang kini mempunyai ruang yang sikit untuk menyimpan air kencing.
- Anda jika akan mendapat sakit kepala. Jika anda pening, pergi ke bilik yang gelap dan sunyi untuk tenangkan diri.
- Perut yang semakin membesar akan sakit kerana ia melengkung untuk menampung bebanan. Ini adalah masa yang sesuai untuk memasukkan yoga dalam rutin senaman anda.
- Adakah anda menjadi semakin pelupa? Ini terjadi kerana sel otak mengecil pada trimester ketiga. Tapi sel otak anda akan kembali normal selepas bersalin.
Penjagaan kandungan
- Berhati-hati semasa anda mandi. Juga pastikan rumah anda selamat untuk mengelakkan anda dari tergelincir atau tersadung.
- Elakkan untuk memanjat tempat-tempat yang tinggi kerana perut anda yang besar membuatkan anda kurang stabil. Serahkan tugas-tugas memanjat pada suami.
- Senaman seperti berjalan dan senaman ringan lain boleh membantu anda untuk melancarkan perjalanan darah.
- Ini juga adalah masa yang terbaik untuk anda pack baju untuk ke hospital mana tahu kalau anda bersalin lebih awal dari jangkaan.
- Jika anda mengalami bengkak di muka, beritahu doktor anda. Perubahan penglihatan,sakit kepala, bengkak adalah antara tanda preeclampsia.
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jasmine Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 30
Minggu seterusnya: Minggu ke – 32
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mengidam Nasi Putih Dengan Sambal Petai Ketika Hamil? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu