Posmen Hantar Bekalan Ubat Ke Rumah, KKM Tanggung Caj Penghantaran Sehingga 30 Jun

Memandangkan PKP telah menghalang orang ramai keluar dari rumah, KKM bersedia menanggung kos perkhidmatan kurier untuk menghantar ubat ke rumah pesakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, semua rakyat diminta untuk berada di rumah. Apa yang pasti perkhidmatan kurier menjadi begitu sibuk kerana segelintir individu menghabiskan masa dengan pembelian atas talian bagi mendapatkan setiap keperluan.

Disebabkan oleh segala urusan boleh dilakukan pada hujung jari sahaja, ketua keluarga tidak perlu keluar dan hanya perlu menunggu pesanan sampai di hadapan pintu rumah.

Memanfaatkan perkhidmatan kurier

foto: mstar

Bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama perkhidmatan kurier akan menghantar ubat-ubatan secara terus ke rumah pesakit.

Pendekatan yang disediakan ini adalah perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) di seluruh fasiliti KKM bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah untuk memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit tidak terganggu selain penjarakan sosial dikekalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“KKM amat menggalakkan pesakit diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan perkhidmatan VAS. Antara perkhidmatan VAS ditawarkan adalah Ubat Melalui Pos (UMP), farmasi pandu lalu, Locker4U, sistem temujanji farmasi seperti telefon atau SMS,''

“Pesakit digalakkan menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sebelum ini kos penghantaran ubat dianggarkan antara RM5.30 hingga RM10.60 ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai kepada Pos Malaysia ketika pesakit menerima bekalan ubat,''

Namun untuk meringankan beban pesakit, beliau berkata, KKM akan menanggung kos penghantaran ubat melalui UMP yang dianggarkan berjumlah RM638,000 bermula 6 April sehingga 30 Jun.

Tidak perlu keluar rumah

Kini, pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet atau kapsul tidak perlu lagi menghadirkan diri ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat, sebaliknya hanya tunggu ubat-ubatan anda sampai di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos ialah:

#1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan

#2. Pesakit akan didaftarkan jika memenuhi kriteria 

#3. Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit

Bergantung kepada farmasi di klinik kesihatan berhampiran, anda perlu menghubungi mereka 7 hari sebelum bekalan ubat habis ketika hari bekerja.

Bukan itu sahaja, anda perlu menghantar e-mel gambar kad pengenalan, gambar preskripsi ubat hadapan dan belakang, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat terkini.

Contoh preskripsi hadapan dan belakang

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kriteria yang perlu dipatuhi

Pesakit

  • Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
  • Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
  • Stabil

Preskripsi

  • Susulan
  • Penyakit kronik
  • Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
  • Tempoh melebihi 1 bulan

Ubat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bentuk dos tablet / kapsul sahaja
  • Tidak memerlukan penyimpanan khusus
  • Bukan jenis psikotropik
  • Tidak dibekalkan secara berasingan

Hanya ubat berbentuk tablet dan kapsul

Walaubagaimanapun, penghantaran melalui perkhidmatan kurier ini hanya sesuai untuk ubat-ubatan jenis tablet dan kapsul. Ia tidak melibatkan ubatan yang memerlukan pengendalian dan kawalan ketat seperti ubatan psikotropik.

Ubat cecair serta ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2 hingga 8°C juga tidak dapat dihantar melalui khidmat ini.

“Bagi ubat jenis cecair dan ubat memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 8 darjah celsius, pesakit disaran menggunakan pilihan perkhidmatan VAS lain,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan VAS, beliau meminta pesakit menghubungi unit farmasi di kemudahan KKM, tempat anda menerima rawatan untuk didaftarkan bagi menikmati kemudahan ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang, kecuali cuti umum).

Justeru, inisiatif ini telah memudahkan urusan para pesakit dalam memperoleh bekalan ubat tanpa perlu bersusah payah menghadirkan diri ke klinik.

Sumber: Harian Metro, Selangor Kini

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: