Wanita Perlu Bawa Kondom & Relakan Diri Dirogol Jika Tak Nak Dibunuh - Pengarah Filem Terkenal

Pengarah filem ini mencetuskan kemarahan netizen selepas memberi statement yang tak masuk akal tentang perkosaan terhadap wanita!

Seorang pengarah Filem India telah dibantah dan menerima kecaman orang ramai setelah memberi  statement yang bukan-bukan tentang perkosaan wanita di mana dia mencadangkan rogol tanpa keganasan adalah dibenarkan, tapi wanita perlu membawa kondom dan bekerjasama dengan perogol.

Perkosaan wanita dibenarkan asalkan bukan membunuh

Pengarah filem tersebut, Daniel Shravan membuat komen berikut selepas seorang doktor haiwan, Priyanka Reddy, 27 ditemui mati di bawah jambatan berhampiran Hyderabad di India selepas dia diperkosa dan dibunuh oleh lelaki yang tak dikenali.

Lantas, Daniel memberi kenyataan yang tak masuk akal dengan mengatakan bahawa rogol bukan perkara yang serius, tetapi pembunuhan tidak boleh dimaafkan. Malah, dia turut menambah pemerintah harus menghalalkan rogol tanpa keganasan untuk keselamatan wanita. Amboi, pelik sungguh statement dia, kan?

Bahkan, dia juga mencadangkan kerajan meluluskan undang-undang untuk mengawal kematian selepas dirogol dan hasrat seksual perlu dipenuhi untuk orang lelaki supaya mereka tidak bertindak kejam dengan membunuh wanita.

Komennya itu telah dikutuk secara meluas di India dengan mengatakan bagaimanakah kenyataan tersebut boleh melindungi keselamatan wanita?

Kerjasama dengan perogol dan bawa kondom sendiri

Lebih memeranjatkan, dia turut mengatakan wanita perlu memberi kerjasama dengan perogol dan membawa kondom mereka sendiri.

“Jika anda diperkosa, serahkan kondom kepada perogol dan bekerjasama dengannya semasa dia memenuhi hasrat seksualnya itu. Dengan cara itu, dia tidak akan cuba mencederakan anda,” katanya.

Malah, dia turut mencadangkan agar kerajaan meluluskan undang-undang untuk mengawal kematian selepas diperkosa kerana India mempunyai kes rogol dan bunuh yang semakin berleluasa serta menakutkan orang ramai.

Peminat filem di India memberi komen, sekiranya dia seorang pengarah filem mereka tidak akan terus menonton filem arahannya lagi.

Temui mayat doktor veterinar

Kejamnya, itu yang boleh dibicara kepada kes yang berlaku di India baru-baru ini apabila penemuan mayat seorang doktor veterinar yang berada dalam keadaan rentung selepas disyaki dibunuh sebelum dibakar hidup-hidup.

Mayat Dr Potula Priyanka Reddy dilaporkan ditemui di pinggir bandar Shadnagar pada sebelah pagi.

Sebelum itu, doktor tersebut baru pulang dari hospital dan dilaporkan hilang. Namun selepas beberapa jam mayatnya ditemui berhampiran sebuah saluran air di Lebuhraya Nasional Hyderabad Bengaluru.

Menurut pihak polis, mayat doktor wanita itu ditemui seorang penjual susu pada jam 6 pagi dan kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari hospital dan sedang menuju ke plaza tol di Tondupally untuk mendapatkan skuter yang diletakkan di sana sebelum pergi ke hospital di Gachibowli.

Mangsa dikhabarkan sempat memberitahu kepada adik perempuannya, P Bhavya Reddy yang tayar motonya pancit dan beberapa orang asing cuba membantu.

Dia turut menggesa adiknya supaya terus bercakap dengannya melalui telefon kerana takut dengan orang yang menawarkan bantuan tersebut.

Beberapa minit kemudian telefon dimatikan lalu memaksa keluarganya melaporkan kepada pihak polis.

Namun, empat orang telah berjaya ditahan pihak polis dan salah seorang merupakan pemandu lori bernama Mohammed Pasha.

Identiti semua supek telah dikenalpasti dan pihak berkuasa masih meneliti kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian.

Disebakan kejadian itu, ibu mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan mendesak pihak berkuasa segera menahan pembunuh anaknya.

Dalam masa yang sama kerajaan India menetapkan hukuman yang berat akan dilaksanakan bagi pelaku perkosaan wanita itu di Parlimen mereka baru-baru ini.

Bahkan, semua penduduk di New Delhi turut menuntut keadilan kepada Priyanka dan meminta siasatan cepat dilakukan ke atas mayat mangsa. Malah, mereka turut menggesa undang-undang yang lebih ketat dikenakan kepada pelaku jenayah demi keselamatan wanita di India. 

Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan perogol dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan tersebut. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Daily Mail 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kebaikan Seks Antara Pasangan Termasuk Kulit Awet Muda & Cantik? Wow, Tak Sangka Ya!