TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

#TAPreviews: Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak ComLitOs

4 min bacaan
#TAPreviews: Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak ComLitOs

Apabila anak mula menunjuk minat kepada permainan dan 'game' menguji minda, berikan sahaja dia aktiviti fizikal yang membenarkan dia menggunakan semua deria yang ada.

Anak sulung saya, Jasmine, dah menginjak usia 3 tahun 5 bulan. Belum masuk tadika lagi tapi dah mula menunjukkan minat kepada pembelajaran dan ‘game’ menguji minda. Daripada membiarkan dia bermain game di gajet terlalu lama, lebih baik berikan dia aktiviti fizikal yang menggunakan kesemua deria yang dia ada, betul tak? Apatah lagi permainan menguji minda dia!

Apabila ComLitOs hantarkan tiga set permainan menguji minda untuk kanak-kanak ni, terus-terang saya cakap, saya agak ragu-ragu kalau Jasmine mampu selesaikan permainan-permainan tu. Saya yang dewasa ni pun, tengok setiap set permainan tu agak susah. Tapi jangan dipandang rendah kecekapan minda kanak-kanak! Mereka sangat cepat serap pembelajaran baru.

Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak Reviu Anak-Anak Saya

1) Set permainan pertama: Logic Game Mini – Jungle, Tahap 1

#TAPreviews: Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak ComLitOs

Sebuah permainan mini sudoku ini ada beberapa tahap. Tahap 1 adalah yang paling mudah, sesuai untuk kanak-kanak seusia Jasmine. Set ini datang dalam sebuah tin petak yang sangat kemas dan berkualiti tinggi.

Di dalamnya terdapat 15 keping kad permainan yang dicetak dua belah (bermakna ada 30 permainan untuk diselesaikan), 9 keping magnet bergambar serta sebuah buku panduan permainan.

Permainan ini menguji logik kanak-kanak untuk menyusun kesemua 9 keping magnet mengikut kriteria setiap baris dan lajur. Lepas saya terangkan arahan permainan dengan perlahan dan jelas, saya agak terkejut dengan tahap kefahaman Jasmine kerana dia betul-betul mengambil kira setiap ciri baris dan lajur sebelum menyusun setiap magnet di posisi yang logik.

Tak sangka anak sekecil ini boleh menunjukkan logik akalnya dalam permainan macam ni! Satu permainan sudoku ni boleh mengambil masa 15 minit untuk diselesaikan. Seronok tengok anak mengetap bibir sambil berfikir.

2) Set permainan kedua: Wipe-Off Box Game – Brain Teasers

#TAPreviews: Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak ComLitOs

Dari luaran, kotak permainan ni nampak sangat menarik. Kanak-kanak yang melihatnya pasti teruja untuk bermain. Di dalamnya terdapat 32 keping kad permainan yang dicetak 2 belah, sebatang pen marker dakwat tidak kekal dan sehelai kain lap.

Terdapat pelbagai aktiviti berbeza pada kad-kad yang disediakan untuk mengasah minda kanak-kanak. Antaranya adalah aktiviti mengira, melukis dan menyambung garisan. Arahannya juga mudah difaham kerana ia dalam bentuk gambar, kanak-kanak yang masih belum pandai membaca pun boleh faham.

Jasmine semestinya ‘excited’ melakukan aktiviti di setiap kad yang berwarna-warni. Tapi tak boleh dibiarkan dia sendirian dengan marker pen tu, takut conteng kat tempat lain pulak. Yelah, umurnya pun baru 3 tahun, pantang dapat pen mesti nak menconteng.

3) Set permainan ketiga: L Shape Matching – Circle and Square

permainan menguji minda

Di dalam kotak yang rapi dan berkualiti ini, terdapat 32 keping kad permainan dan 12 keping kayu berbentuk L dalam 3 warna, serta sebuah buku panduan permainan. Pemain perlu menyusun setiap kepingan L sambil memadankan bentuk petak dan bulat yang ada di atas kad permainan.

Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Oleh sebab itu, ia agak susah untuk Jasmine selesaikan. Selepas 30 minit bermain, Jasmine menangis kerana dia agak ‘frust’ tidak dapat menyelesaikan permainan tersebut.

Walaupun gagal pada kali pertama dan kedua bermain permainan ini, saya bangga dengannya kerana dia masih mahu mencuba dan dia dapat belajar merasai pelbagai emosi – teruja, gembira, geram, kecewa, sedih.. 

permainan menguji minda

Dan akhirnya, pada kali ketiga percubaan, Jasmine berjaya menyelesaikan permainan ini. Lihat saja gambar di atas, terpancar rasa bangga dengan diri sendiri setelah berjaya menyelesaikan permainan untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas!

Saya mengesyorkan ibu bapa di luar sana untuk mencuba pelbagai variasi permainan mengasah minda kanak-kanak dari ComLitOs kerana ia bukan sahaja dapat mengembangkan intelek anak-anak, malah ia memupuk perkembangan sosial dan emosi mereka apabila dapat bermain bersama ibu dan ayah.

Untuk maklumat lanjut tentang permainan-permainan ini, kunjungi laman Instagram ComLitOs di sini.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

img
Penulis

Sharifah Syazreen

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • #TAPreviews: Permainan Menguji Minda Kanak-Kanak ComLitOs
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
    Stories Rakan Kongsi

    Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian
    Stories Rakan Kongsi

    Bukan Sekadar Nutrisi: Cara Menyokong Perkembangan Otak Anak Melalui Nutrisi dan Pengalaman Harian

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham