Senarai "last minute" sebelum anda bersalin, ibu hamil wajib baca!

Sementara menunggu saat untuk bersalin, apa kata anda buat persiapan bersalin "last minute" ini. Anda pun tak kelam-kabut dan gelisah saja sambil menunggu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7 persiapan bersalin yang ibu hamil wajib semak

Adakah anda sudah bersedia menerima orang baru di rumah anda? Sebelum anda panik, berikut antara 7 persiapan bersalin atau senarai “last minute” yang boleh anda lakukan sebelum bersalin. 

Anda ada beberapa hari lagi sebelum menunggu saat bersalin. Anda mungkin sudah memulakan cuti bersalin. Proses hanya menunggu ini boleh membuatkan anda tidak senang duduk. 

Jadi, kami menyediakan persiapan bersalin last minute ini untuk mengisi masa anda sambil menanti saat-saat anda akan bersalin. 

Jika anda buat ia awal-awal, tak payahlah kelam-kabut lepas bersalin nanti. Betul tak?

#1 Mencuci baju bayi 

Memang ia baju baru. Namun anda tidak tahu siapa yang telah memegang baju-baju bayi tersebut. Sekiranya baju itu dari anak yang sebelumnya, ia mungkin sudah berhabuk.

Jadi, anda digalakkan untuk membuat persiapan bersalin ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat, pastikan anda membaca label bahan pencuci terlebih dulu. Kulit bayi lebih-lebih lagi bayi baru lahir sangat sensitif. Hati-hati dengan bahan yang anda guna.

Kalau anda ragu-ragu, apa kata cuba kaedah yang diajar dalam artikel yang menyentuh tentang cara mencuci baju bayi ini.

#2 Ibu beli pad menyusu

Ramai yang tidak tahu akan keperluan pad ini. Sebenarnya, ia penting kerana payudara cepat basah akibat badan belum tahu bila waktu yang sesuai untuk mengeluarkan susu mengikut keperluan bayi anda.

Susu ini akan menyebabkan kesan pada baju, jadi adalah lebih baik untuk semua ibu-ibu yang bakal bersalin untuk menyediakan pad menyusu terlebih dahulu.

#3 Bersihkan botol yang akan diguna anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persiapan bersalin last minute kedua yang wajib ibu-ibu hamil buat sementara tidak senang duduk menanti saat bersalin adalah mencuci botol yang akan diguna anak.

Sama ada botol susu atau botol menyimpan susu, basuh kesemua botol-botol ini sebersihnya. Anda tidak tahu bila anda akan gunakannya.

Sekurang-kurangnya ia bersih ketika anda perlu menggunakannya.

#4 Periksa bateri apa yang diperlukan

Adakah buaian yang anda pilih itu akan menggunakan bateri? Bagaimana pula dengan pam susu?

Periksa semua persiapan bersalin ini supaya anda tidak perlu tercari-cari bateri saat anda perlu menggunakan alat tersebut kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nak suruh suami cari nanti, entah dia jumpa ke tidak, kan!

#5 Pasang dan buka car seat

Kredit: Kid Sitting Safe

Jika anda masih belum membeli car seat, ini mungkin saat yang paling sesuai. Keliru nak pilih jenis car seat yang mana? Belajar tentang jenis-jenis car seat untuk anak ini dulu.

Selepas itu, barulah anda boleh tentukan nak beli car seat jenis yang mana. Kemudian, elakkan 5 kesilapan yang sering dibuat ibu bapa berhubung car seat buat anak ini.

Jangan ambil mudah, ada kesilapan yang boleh mengancam nyawa anak anda!

Selepas itu, barulah anda belajar tentang cara-cara membawa car seat dan pasang car seat itu dengan betul.

Cuba buka dan pasang semula car seat tersebut. Ini supaya anda biasa dengan proses itu nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Beg hospital

Periksa lagi sekali beg hospital anda. Anda tidak mahu tertinggal apa-apa ketika bergegas ke hospital, kelak kan.

Atau mungkin anda terbawa barang yang terlalu banyak dari sepatutnya. Jadi, jom semak balik apa yang ada dalam beg hospital itu!

#7 Relaks

Cuba fokus dengan sesuai yang lain. Cuba relaks dan nikmati masa yang ada terlebih dahulu. Kerana nanti anda perlu fokus pada si kecil pula.

Pergi ke spa atau baca buku kegemaran anda. Nikmati masa sementara belum masanya.

Sudah tentu anda sangat teruja dengan kedatangan si kecil nanti. Jadi, gunakan saat akhir untuk melengkapkan persiapan akhir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-mudah-bersalin/

Penulis

Aqma