Doktor Kongsi Cara Bonding Ayah & Bayi Baru Lahir, Lakukan 15 Minit Ini Setiap Hari!

Persiapan menjadi ayah amat penting bagi memudahkan anda mengurus dan membina hubungan rapat dengan bayi baru lahir. Justeru lakukan beberapa perkara ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata melengkapkan hubungan suami isteri. Ketika berbadan dua, bakal ibu atau bapa disaran untuk kerap membelai dan bercakap dengan janin dalam kandungan. Bukan itu sahaja, persiapan menjadi ayah juga penting bagi membina hubungan rapat dengan bayi yang bakal lahir kelak.

Sudah menjadi kebiasaan buat ibu ayah baru pertama kali untuk berasa kekok apabila menguruskan bayi baru lahir. Selain perlu mengenalpasti jenis tangisan, anda juga perlu memahami bahasa badan si manja.

Persiapan menjadi ayah, ini cara untuk membina hubungan dengan bayi

credit to sources

Dalam menguasai ilmu keibubapaan, ia memakan masa yang lama. Hampir setiap hari anda akan mempelajari pelbagai perkara baharu bermula si manja masih bayi sehinggalah dewasa.

Setiap ibu ayah pastinya ingin memiliki hubungan yang rapat dengan anak. Bagi ibu, waktu paling sesuai adalah ketika menyusu. 

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Redza Zainol, ada beberapa perkara yang boleh para ayah lakukan untuk membina hubungan rapat dengan bayi baru lahir.

Nak anak jadi rapat dengan ayah, tidak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.

Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.

Menurut satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ini menjadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oksitosin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.

Hormon oksitosin yang tinggi dapat memperlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah serta bayi. Jadi, bayi akan rasa tenang dan selamat dengan si ayah.

Ayah pula akan rasa kurang gemuruh, jadi lebih yakin dan tertarik untuk menjaga bayi sepanjang tempoh ibu berpantang. Kajian turut mendapati semakin kerap kulit ayah bersentuhan dengan kulit bayi, ia boleh mengeratkan lagi hubungan bayi itu dengan si ayah.

Ketika ada peluang bersama dengan anak terutamanya sewaktu ibu tengah berehat, ayah boleh cuba lakukan empat perkara ini untuk membina hubungan erat ayah-anak. Antaranya dengan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Tenung mata dan wajah bayi
  • Letakkan bayi yang tidak memakai baju pada kulit dada ayah
  • Peluk dan sentiasa menyentuh bayi
  • Bercakap dengan bayi dengan suara perlahan

Lakukan setiap hari paling kurang 15 minit. Lagi lama sesi itu, lagi bagus untuk bayi. Si manja pula akan mula sedar yang penjaga utama dan paling dominan ialah si ayah.

Persiapan menjadi ayah, cara lain yang berkesan untuk membina hubungan dengan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak hanya ibu, si ayah juga memainkan peranan penting dalam proses perkembangan bayi. Bagi memudahkan anda menguruskan si manja, lakukan beberapa perkara mudah ini:

#1. Melibatkan diri mengurus keperluan bayi

Walaupun penat bekerja seharian, ketika ayah pulang ke rumah, cubalah untuk selalu merajinkan diri mengurus keperluan harian bayi. Sebagai contoh, menggantikan lampin atau menidurkan si manja.

#2. Mempelajari bahasa tubuh anak

Anak masih kecil hanya pandai berkomunikasi melalui tangisan dan bahasa tubuh yang sangat sederhana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ayah, cuba belajar beberapa jenis tangisan bayi, biasanya si manja menangis disebabkan oleh rasa lapar, lampin pakai buang telah penuh atau hanya ingin mahu berdukung.

#3. Kerap bercakap dengan bayi

credit to sources

Setiap orang pastinya suka apabila diajak bercakap, termasuklah bayi. Walaupun si manja masih tidak mengerti, tetapi cara ini dikatakan dapat membantu para ayah untuk rapat dengan bayi.

Misalnya cuba bercakap-cakap dengan si manja ketika anda menukar lampin atau pakaiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Memberikan urutan pada tubuh bayi

Selain mengeratkan hubungan, urutan bayi juga terbukti dapat meningkatkan perkembangan si manja termasuklah otak, fizikal, emosi, mental dan sosial. 

Terdapat kajian membuktikan bahawa sentuhan kasih sayang dapat membuatkan bayi kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkait dengan fakta di mana si manja tidur lebih lama dan kurang tekanan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!