Pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak adalah unik, malah mungkin tidak akan sama seperti sebelum ini. Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah, pastinya persiapan untuk bersalin sudah lebih awal dilakukan supaya urusan berjalan lancar.
Namun siapa sangka akan berlakunya perkara di luar jangkaan. Ada yang bersalin terlebih awal sehingga terpaksa bergegas ke hospital dalam keadaan yang kelam-kabut.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Persiapan untuk bersalin, tular video lelaki turun dari kereta minta laluan
- Doktor kongsi tips bersalin dengan tenang
Persiapan untuk bersalin, tular video lelaki turun dari kereta minta laluan
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fififlyy03 telah menjadi tular. Dia sempat merakam situasi ketika berada di sebuah persimpangan lampu isyarat di sekitar Banting, Selangor baru-baru ini.
Memandangkan ada banyak kenderaan sedang beratur menantikan lampu bertukar hijau, dengan tidak semena-mena pemandu kereta kuning berlari keluar meminta kenderaan di hadapannya memberikan laluan kerana ada hal kecemasan.
@fififlyy03 semoga segala urusan awak dipermudahkan..isteri nk bersalin atau kemalangan ke x tahu…🤲🏻🤲🏻#fyp#mudahkanurusanorglain ♬ Ya Allah – Wali
Pemilik kenderaan terbabit rupa-rupanya sedang bergegas membawa seorang wanita hendak bersalin ke hospital. Selepas tularnya rakaman video berkenaan, wanita bernama Norhamizah Musa telah tampil mengucapkan tanda penghargaan kepada pihak yang membantu kakaknya pada masa itu.
Semoga owner kereta satria kuning dimurahkan rezeki, dan dilindungi Allah S.W.T. Terima kasih susah payah bawa kakak saya ke hospital. Alhamdulillah semuanya selamat.- tulisnya.
Apabila melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tersebut terharu dengan usaha yang telah dilakukan oleh lelaki berkenaan serta sikap bertimbang rasa pemandu kenderaan lain sudi memberikan laluan untuk kecemasan seperti ini.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman cemas ketika dalam perjalanan untuk melahirkan bayi masing-masing.
Saya dulu nak bersalin, suami buka semua tingkap. Beritahu isteri nak bersalin. Anak-anak dekat tempat duduk belakang jerit adik nak keluar. Alhamdulillah sempat sampai hospital.
Saya pernah alami situasi isteri nak bersalin dari Shah Alam sampai HTAR. Sampai depan hospital, tahu-tahu isteri dah bersalin. Pengalaman sambut baby.
Saya nak bersalin anak yang pertama, lambai kain lampin bayi dekat tingkap dan bagi double signal. Alhamdulillah tak sangka ramai yang faham isyarat kami, semuanya bagi jalan. Terharu sangat!
Persiapan untuk bersalin, doktor kongsi tips bersalin dengan tenang
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim, setiap proses kelahiran sepatutnya dilalui dengan tenang. Berikut beberapa panduan penting bagi ibu-ibu yang baru pertama kali berdepan pengalaman ini:
#1. Peka dengan rasa kontraksi
Pada peringkat awal kelahiran, ibu mungkin berasa sakit yang teruk di bahagian bawah belakang atau abdomen. Ia disertai dengan rasa kejang seolah-olah senggugut.
Namun jika tidak disertai rasa sakit dan lelehan mukus berwarna coklat atau bercampur darah, ia mungkin kontraksi palsu.
#2. Bersedia ke hospital
Pastikan ibu ayah telah memilih hospital bersalin dengan lebih awal. Jika inginkan hospital kerajaan, pastikan anda teliti berapa jauh jarak lokasinya dengan tempat tinggal.
Hal ini adalah penting bagi membolehkan anda menganggar tempoh perjalanan, sekiranya tinggal di bandar teliti juga kesesakan jalan raya terutamanya waktu puncak bagi mengelakkan ibu bersalin dalam kereta!
#3. Pantau dan catat rasa sakit
Perhatikan masa sakit. Jika ia datang setiap setengah jam, pantau lagi dengan merekodkan secara bertulis di kertas atau catat dalam nota telefon bimbit.
Ambil perhatian jika sakit kontraksi sama berulang sebanyak tiga kali. Ketika ini, ibu sepatutnya sudah menuju ke hospital. Sesetengah orang mengalami keluarnya lendir kental berwarna coklat atau sedikit darah menandakan berlakunya pembukaan rahim.
Namun ada juga tidak merasainya, namun mengalami pecah air ketuban terlebih dahulu. Jika ini terjadi, ibu hendaklah ke hospital berdekatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!
Baca juga: Bagaimana Rasa Kontraksi Yang Sebenar Dengan Palsu? Ibu WAJIB Tahu Sebelum Bersalin!
Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar