Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

undefined

Perut bayi kembung dan berbunyi membuatkan ibu berasa risau. Ditambah pula dengan si manja menangis bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

Pernah tak ibu berdepan masalah perut bayi kembung dan berbunyi ketika memeluknya? Pasti situasi ini  membuatkan anda musykil adakah bunyi itu tanda si kecil sedang menahan rasa sakit atau sebab lain?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perut bayi kembung dan berbunyi itu tanda usus bekerja dengan baik? 
  • Perut bayi kembung dan berbunyi juga boleh jadi petanda penyakit
  • Sebab-sebab bayi mengalami masalah kembung perut
  • Langkah bagi mengatasi masalah bayi perut kembung dan berbunyi
  • Urutan yang boleh ibu ayah cuba 
  • Bila ibu ayah perlu berjumpa doktor

Menurut kajian University of Iowa Stead Family Children’s Hospital, perut bayi berbunyi itu adalah normal. Bunyi itu merupakaan gerakan usus bagi mendorong makanan untuk dicerna dan sisanya diproses menjadi najis. 

Perut bayi kembung dan berbunyi itu tanda usus bekerja dengan baik? 

masalah perut bayi

Sebenarnya, struktur usus manusia mirip sebuah terowong panjang yang berongga sehingga tercipta bunyi dari dalam perut. Ini sebabnya kenapa perut bayi mengeluarkan bunyi. 

Selain itu, makanan seperti kekacang juga boleh membuatkan perut bayi berbunyi. Ini terjadi kerana bakteria normal yang hidup dalam usus memakan gula yang dihasilkan dari makanan berkenaan. 

Kemudian, bakteria tersebut mengeluarkan gas sebagai kesan sampingan dari proses pencernaan. 

Kesimpulannya, perut bayi berbunyi adalah normal. Itu tanda sistem pencernaannya sedang bekerja dengan baik. Jadi tak ada apa yang perlu dibimbangkan. 

Akan tetapi, bunyi tersebut juga boleh muncul sekiranya bayi lapar. Keadaan ini sama seperti perut orang dewasa. Ini sebenarnya signal dari otak yang menandakan bayi memerlukan makanan. 

Perut bayi kembung dan berbunyi juga boleh jadi petanda penyakit

Dalam keadaan biasa, bunyi perut bayi akan berkurang ketika si kecil tidur. Namun, jika terdapatnya bunyi selepas makan atau muncul gejala lain, itu boleh jadi tanda sesuatu penyakit. 

Gejala perut bayi kembung dan berbunyi ini biasanya tidak normal apabila terjadi seperti keadaan di bawah ini:

  • Perut mengeras. Ia boleh jadi petanda bayi mengalami cirit-birit, alergi makanan, jangkitan pada usus atau radang usus besar yang menyebabkan berdarah.
  • Bunyi perut menurun. Jika bunyi perut bayi seperti berkurang atau menurun dari biasa terutama selepas makan, itu menandakan bayi mengalami sembelit. Jika langsung tak berbunyi, kemungkinan berlakunya usus tersumbat.
  • Bunyi meningkat dan menurun. Itu tanda masalah usus atau kematian jaringan usus pada bayi (nekrosis). 

bayi kembung perut

Jika masalah ini berterusan, segera bawa si kecil berjumpa doktor. Untuk lebih lanjut, doktor akan melakukan pemeriksaan perut dan ujian darah bagi mendapatkan rawatan dan ubatan yang sesuai.

Menurut Dr. Irna Cecilia, perut kembung merupakan keadaan yang sering terjadi pada bayi baru lahir. Hal ini akan membuatkan bayi menangis dan merengek ketika di waktu malam. 

Ia berlaku disebabkan sistem pecernaan yang belum matang. Tanda yang mudah dilihat adalah keluar susu dari mulut bayi ketika sendawa. 

Sebab-sebab bayi mengalami masalah kembung perut

  • Menelan udara terlalu banyak kerana kerap menangis
  • Minum susu terlalu cepat kerana saiz lubang botol yang terlalu besar atau susu badan mengalir terlalu laju.
  • Penggunaan susu formula hingga mengalami gangguan pencernaan seperti kembung dan sembelit. 
  • Tidak disendawakan dalam beberapa hari
  • Alergi terhadap susu atau makanan yang dimakan ibu (kerana susu badan). 

Langkah bagi mengatasi masalah bayi perut kembung dan berbunyi

  • Betulkan posisi bayi ketika minum susu. Letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perut. Ia membuatkan lebihan gas berada atas saluran pencernaan sekaligus memudahkan bayi sendawa.
  • Sendawakan bayi selepas minum susu. 
  • Dukung bayi dalam posisi menegak selama 20 ke 30 minit selepas minum susu.
  • Gantikan puting botol susu dengan lubang yang lebih kecil. 
  • Pam dulu susu sebelum menyusukan bayi untuk mengelak bayi tersedak ketika minum susu yang terlalu laju. 
  • Mengurut lembut bayi, angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dan mandikan si kecil dengan air hangat dapat membantu mengeluarkan gas dari perut.

Urutan yang boleh ibu ayah cuba bagi mengelakkan berlakunya masalah bayi kembung perut

#1. Urutan I Love You

urutan bayi kembung perut

foto: johnsons

Bagi melakukan urutan Baby I Love You ini, ibu perlu memegang jari telunjuk dan jari tengah. Kemudian bermula dari sebelah kanan hujung perut bayi bagi mengesan huruf ‘I’.

Seterusnya dari sudut kiri atas perut bayi dan bergerak melintasi dan ke bawah bahagian kanan perut bagi mengesan huruf ‘L’

Jejak semua huruf dan anda boleh menyelesaikan dengan U terbalik bermula dari sudut kiri bawah perut, bergerak ke atas melintasi tulang badan (di atas butang perut) dan kembali kea rah kanan.

Untuk ini, anda perlu memegang jari telunjuk dan jari tengah anda bersama-sama. Sekarang, bermula dari sebelah kanan hujung perut bayi anda mengesan huruf ‘I.’

Seterusnya, ikuti dengan mengesan huruf ‘L’ di sisi, anda boleh bermula dari sudut kiri atas perut bayi anda bergerak melintasi dan ke bawah bahagian kanan perut.

Jejak semua huruf dan anda boleh menyelesaikan dengan U terbalik bermula dari sudut kiri bawah perut menelusuri ke atas melintasi tulang badan (di atas butang perut) dan kembali ke arah kanan.

#2. Menekan lutut

Sokong lutut bayi dengan menjepit jari telunjuk anda di belakang lutut dan bawa lutut dibengkokkan ke arah perutnya.

Sekarang, tekan perlahan dan lenturkan lutut ke perutnya. Ini adalah teknik yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan angin dalam badan.

#3. Urutan mendayung

Urutan mendayung memerlukan ibu letakkan tangan yang panjang dan lebar ke bahagian perut si manja secara mendatar (jari kelingking menghala ke perut).

Kemudian, tekan dengan perlahan-lahan di bawah tulang rusuk dan geselkan tangan anda ke bawah sehingga perut bayi. Ikuti langkah yang sama dengan menggunakan tangan sebelah lagi.

Bila ibu ayah perlu berjumpa doktor

  • Bayi tidak membuang air besar, najis berdarah atau muntah. 
  • Bayi menangis dan tak boleh ditenangkan. 
  • Perut kembung dan tak boleh keluarkan gas.
  • Demam terutama bayi bawah tiga bulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!

Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu

Baca juga: Amalan Tungku Bayi Perlu Dibuat Dengan Cara Betul, Barulah Si Manja Tak Meragam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!