X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?

3 min bacaan
Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?

Kalau anda sangka bayi anda itu masih belum matang untuk merasai sebarang kesakitan, anda mungkin akan terkejut dengan penemuan baru tentang otak bayi ini!

Adakah bayi baru lahir tidak merasai kesakitan?

Ramai pakar perubatan dan penyelidik menyangka bayi baru lahir tidak cukup matang untuk merasai kesakitan.

Sangkaan awal ialah, bayi baru lahir belum mempunyai reseptor sakit yang matang dan apa-apa respon sakit sebenarnya adalah reaksi otot.

Namun, teori ini telah disangkal oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Oxford.

Di dalam kajian mereka yang menggunakan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI), mereka mendapati bayi yang baru baru lahir menunjukkan respon yang sama seperti orang dewasa apabila rasa sakit.

Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?

Kajian tentang bagaimana otak bayi mentafsir rasa sakit

Kajian tersebut mengkaji 10 bayi baru lahir yang sihat berusia antara  sehari hingga 6hari dengan izin ibu bapa mereka. 

Kajian juga mengambil 10 orang dewasa berusia 23 hingga 36 tahun.

Bayi-bayi tersebut ditemani ibu bapa mereka dan pembantu penyelidik, ditempatkan dalam imbasan MRI, di mana mereka dikatakan sering kali tertidur.

Imbasan MRI dijalankan semasa bayi-bayi itu dicucuk lembut di tapak kaki dengan rod khas.

Advertisement

Para pengkaji menyifatkan sensasi tersebut umpama dicucuk dengan pensil dan cukup perlahan hingga ia tidak mengejutkan bayi yang tertidur itu.

Imbasan MRI kemudian di bandingkan dengan imbasan orang dewasa yang juga dicucuk pada tapak kaki kecuali mereka dicucuk 4kali ganda lebih kuat.

Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?

Foto dari youtube: screengrab

Apa yang terjadi seterusnya?

18 daripada 20 bahagian dalam otak telah teraktif pada orang dewasa sebagai respon terhadap rasa sakit itu. Begitu juga dengan otak bayi!

Ini bermakna bayi bukan sahaja turut merasai kesakitan seperti orang dewasa, malah mereka juga mmpunyai tahap rasa sakit yang jauh lebih rendah.

Jelas doktor pakar dan  ketua kajian, bayi tidak dapat memberitahu kita apa yang mereka rasa dan kita sukar untuk mentafsir rasa sakit melalui pemerhatian saja.

Malah sesetengah orang berbahas yang otak bayi belum cukup matang untuk mereka rasa sakit kecuali refleks – tapi kajian ini telah membuktikan perkara yang sebaliknya.

Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?

Imbasan MRI menunjukkan perbandingan aktiviti otak pada orang dewasa dan bayi apabila dicucuk dengan rod khas yang meniru sensasi kesakitan. Kawasan berwarna merah-kuning mewakili kawasan otak aktif. Maklumat dan imej dari www.ox.ac.uk

Apakah yang boleh kita belajar dari kajian ini?

Dr Slater menerangkan – sehingga tahun 1980-an, bayi diberikan penyekat neuromuskular tapi bukan ubat tahan sakit ketika pembedahan.

Pada tahun 2014, sebuah kajian tentang pengurusan neonatal di ICU menegaskan walaupun bayi-bayi ini melalui lebih kurang 11 prosedur sehari, 60% daripada mereka tidak dapat ubat tahan sakit.

Pengalaman tersebut pada usia yang sangat muda boleh menyebabkan mereka menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit kemudian hari, ujar Dr Slater pada Time Report.

Contohnya kajian tentang bayi lelaki yang disunat. 

Bukti menunjukkan bayi yang menerima ubat tahan sakit semasa prosedur akan rasa kurang sakit apabila mendapat suntikan vaksin kemudiannya.

Ini berbeza berbanding bayi yang tidak mendapat apa-apa ubat.

Kajian terbaru Universiti Oxford tentang bayi dan rasa sakit bukan sahaja menunjukkan si kecil anda ini boleh merasai kesakitan, malah lebih daripada apa yang kita rasa!

Ini membuktikan ahli klinikal perlu mempertimbangkan untuk memberi ubat tahan sakit kepada bayi-bayi ini jika mereka perlu menjalani sebarang prosedur.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Untuk lebih lanjut mengenai kajian ini, tonton video di bawah.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com15-tanda-tanda-kanser-pada-kanak-kanak-yang-mungkin-anda-abaikan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Bagaimana Otak Bayi Baru Lahir Anda Mentafsir Rasa Sakit?
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham