Kenapa kebanyakan lelaki, lepas kahwin mesti perut jadi boroi? Tak payah tengok jauh, cik abang dekat sebelah tu, amboi… makin hari makin besar nampak perut boroi tu.
Haa, tapi cakap dengan suami jangan risau! Ini kami sediakan beberapa cara untuk hilangkan masalah perut boroi yang melanda mereka sejak lepas kahwin. Jom ajak suami baca sama-sama.
7 makanan untuk hilangkan perut boroi
Dengan mengambil makanan rendah lemak ini, anda boleh minimumkan saiz perut hanya dalam masa beberapa minggu!
1. Tomato
Tomato bukan saja boleh buat makanan jadi lebih sedap, tapi ia juga boleh bantu kurangkan lemak pada perut!
Tomato berfungsi mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Bukan itu saja, tomato juga mempunyai sumber vitamin A, C, K dan potasium yang tinggi.
2. Tembikai
Tembikai adalah antara buah yang sedap dan menyihatkan. Ia penuh dengan nutrisi dan mineral tapi dengan kalori yang sikit.
Tembikai mempunyai air yang banyak dan perlu diambil sebelum makan untuk mengurangkan lemak dan juga mengisi perut anda yang lapar supaya anda tak makan terlalu banyak nanti.
Kajian mengatakan, minum dua gelas jus tembikai sehari selama tujuh minggu boleh mengurangkan lemak di bahagiam perut. Tapi, jangan tambah gula pula ya!
3. Betik
Betik adalah buah yang disarankan doktor untuk memperbaiki sistem pencernaan. Dalam buah ini, terdapat enzim yang dipanggil Papain.
Enzim ini boleh membantu untuk menghadam makanan dengan cepat dan mengurangkan lemak di perut.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi asid yang dipanggil asid oleik yang membantu anda untuk menghapurkan lemak berlebihan dari badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun pula boleh mengekalkan paras gula dalam darah.
Jadi, anda boleh mula tukarkan minyak masak anda dengan minyak zaitun untuk mendapatkan pemakanan yang lebih sihat.
5. Pisang
Ramai mengatakan pisang menambahkan lemak dalam badan, tapi sebenarnya, ia mengandungi potasium yang boleh mengurangkan kandungan air untuk menambahkan keperluan air dalam badan kita.
Selain itu, pisang juga boleh menghilangkan rasa lapar dan anda boleh makan pisang tanpa risau berat badan anda naik.
5 senaman untuk hilangkan masalah perut boroi
Selain menjaga pemakanan, senaman juga boleh membantu anda turunkan lemak di perut. Ini adalah senarai senaman yang boleh anda lakukan untuk mengempiskan perut dan mendapat kembali bentuk badan seperti zaman bujang dulu.
1. Crunches
Senaman ini mungkin agak susah untuk anda lakukan pada hari pertama, tapi lepas beberapa hari, anda dah boleh lakukan senaman ini dengan selesa.
Caranya: Pertama sekali, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan bengkokkan lutut anda kepada bentuk V dan kemudian letakkan kedua-dua tapak tangan pada sebelah telinga.
Perlahan-lahan angkat kepala anda dan cuba untuk naikkan sikit dada anda dari lantai. Ulang proses ini sebanyak yang anda mampu.
2. Basikal udara
Basikal udara adalah antara senaman yang berkesan menghilangkan lemak degil di perut. Ia bukan saja boleh bakar lemak pada perut, tapi juga menguatkan otot pada perut.
Caranya: Baring atas permukaan rata dan letakkan kedua-dua tangan anda lurus di atas lantai. Perlahan-lahan angkat kedua-dua kaki anda dan mula buat pergerakan mengayuh basikal.
Lakukan selama dua minit. Tapi, sebelum anda mulakan senaman ini, pastikan anda warm-up terlebih dulu.
3. Plank
Plank ini senamannya lebih kurang seperti push-up atau “pumping” bezanya anda perlu kekal pada posisi yang sama selama mungkin.
Caranya: Bengkokkan siku anda rapat dengan pinggang dan angkat keseluruhan badan anda. Badan anda perlu kekal lurus.
Pada masa yang sama, anda perlu tahan menggunakan lengan dan jari kaki. Anda perlu gunakan kekuatan perut dan belakang untuk kekal pada posisi ini selama yang anda boleh.
4. Squat
Senaman ini bukan saja boleh meratakan perut anda, malah ia juga boleh mencantikkan punggung anda. Senaman ini meletakkan tekanan pada otot perut anda.
Caranya: Anda perlu diri dan kangkangkan kaki anda sikit, kemudian anda duduk dalam posisi mencangkung dan berdiri semula.
5. Angkat tangan
Senaman ini sangat mudah dan anda boleh lakukannya dengan senang.
Caranya: Pegang pemberat yang tak terlalu berat untuk anda dan kemudian berdiri tegak dengan tangan di sisi.
Perlahan-lahan, angkat tangan anda sehingga anda merasakan tekanan di bahagian perut. Anda perlu membuat senaman ini hari-hari, tapi jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan badan anda sakit.
Macam mana? Senangkan cara-cara nak hilangkan perut boroi ini. Bukan itu saja, anda juga tak perlu untuk bayar trainer untuk bantu anda bersenam atau menyediakan makanan yang susah. Semuanya sangat mudah dan simple.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Health Living Yoga
Baca juga:
Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin Cepat & Selamat: Panduan Lengkap Buat Ibu